Rabu, 30 September 2009

Duit Raya Dulu Duit Raya Kini...

JIKA diingat kembali zaman kanak-kanak dulu, kita tidak pernah merungut begitu juga dengan kawan-kawan lain, malah kami senyum dengan ikhlas apabila dihulur duit raya lima sen atau 10 sen oleh tuan-tuan rumah yang kami ziarahi.

Duit raya paling banyak yang kita dapat waktu itu ialah 20 sen dan paling besar ialah 50 sen yang disedekahkan oleh tuan tuan rumah yang kami kunjungi...

Sehinggalah di penghujung hari, setelah seharian puas berhari raya dari satu rumah ke rumah yang lain, di tangan hanya ada RM1 atau paling banyak RM1.50. Dengan jumlah itu pun saya dan kekawan sudah senyum lebar kerana seperti beroleh kekayaan yang tak di duga.

Sebenarnya duit raya bukanlah motif utama saya dan kekawan lain seharian meredah tidak sahaja rumah jiran tetangga tetapi sehingga ke hujung kampung. Sebaliknya, ia semata-mata kerana seronok hendak berhari raya di rumah rakan-rakan sedarjah, terutama sekali guru-guru sekolah, malah ketua kampung, imam masjid sehinggalah rumah mak bidan.

Ketika itu duit raya bukan soalnya, jika tidak diberi pun tidak mengapa. Asal sahaja terhidang air dan pelbagai jenis kuih muih untuk dipulun al maklum saja lah musim raya.

Berbeza pula pada hari ini apabila pemberian duit raya itu semakin subur dibudayakan di kalangan masyarakat setiap kali tibanya Aidilfitri.

Daripada sekadar untuk 'suka-suka,' ia kini seolah-olah menjadi satu kemestian yang kadang kala membebankan kerana jumlahnya bukan lagi lima atau 10 sen sebaliknya paling rendah RM2 sehinggalah yang paling tinggi RM10 sehinggalah RM50 bagi seorang budak.

Malah kadang kala tanpa perlu 'merayap' atau pergi ke mana-mana, sekadar memerap duduk di rumah kerana ralit dengan pelbagai rancangan istimewa di televisyen, mudah-mudah sahaja mereka menerima 'angpau' raya itu.

KINI DUIT RAYA BAGAIKAN 1 KEWAJIPAN BAGI SETIP RUMAH YANG AKAN DIKUNJUNGI OLEH TETAMU TERUTAMA SEKALI KANAK KANAK..

Semua ini bagi memastikan hari raya dapat disambut tanpa sebarang cacat cela dan kekurangan.

KERANA penyediaan DUIT RAYA ada di antara kita yang sanggup bergolok bergadai sedangkan kebanyakannya bukanlah yang wajib dan dituntut oleh Islam,

Duit Raya merupakan satu isu dan polemik yang menarik untuk dibicarakan.

"Ini apabila ada di antara kita yang menganggap pemberian duit raya sebagai satu 'pelaburan', dengan harapan orang lain pula akan memberi duit raya untuk anak-anak mereka pula.

"Kononnya untuk tujuan simpanan atau menabung yang hendak digunakan di kala sesak dan susah tetapi lazimnya sering berakhir dengan perkara-perkara yang menyimpang daripada tujuan yang murni," sebaliknya duit pemberian hari raya akan terlepas ke kedai VEDIO GAME..yang kaya siapa yang habis siapa...Ini termasuklah duit itu dibelanjakan sesuka hati, membazir dan sebagainya.

"Namun banyak perkara kita perlu perhatikan dan ambil berat fenomena memburu duit raya di kalangan anak-anak zaman sekarang..mereka bukan nak merasa atau menjamah kuih kuih raya cuma sekadar minum sedikit air sirap atau oren dan menunggu serta mengharapkan duit raya sahaja.

Lazimnya jika di kampung-kampung dan taman taman perumahan kanak-kanak akan berkumpul beramai-ramai selepas sembahyang sunat hari raya dan mereka akan berbincang sesama mereka untuk memilih rumah-rumah siapa yang akan menjadi 'sasaran'.

"Ini menjadikan tradisi kunjung mengunjung untuk berkenal-kenalan, mengeratkan silaturrahim, bermaaf-maafan sebagaimana yang dituntut oleh agama sudah agak tercemar.

"Kanak-kanak itu tidak lagi mempunyai pemahaman yang baik mengenai kewajipan menziarahi di musim raya itu. Kebanyakan mereka akan bergerak dari satu rumah ke satu rumah yang lain semata-mata hanya kerana duit raya.

Kononnya lebih banyak rumah yang mereka 'redah' lebih banyak duit raya bakal diperoleh.

Malahan ada di antara mereka yang sanggup berkata: "Kami tak mahu minum, kami tak mahu makan, kami hanya nak duit raya aje."

Lebih teruk lagi apabila ada tanpa ditunggu-tunggu lagi, mereka terus membuka sampul duit raya.

Kanak-kanak ini kemudiannya terus mencemuh apabila habuan yang diberi tidak setimpal atau tidak seperti yang diharapkan,

"Takkan RM1 aje pakcik, rumah sebelah bagi RM2. Pakcik ni kedekutlah. Pakai kereta besar-besar tapi bagi duit raya, RM1 sahaja". Antara kata-kata sinis yang 'menghiris' kita mendengarnya.

Ada juga di kalangan kanak-kanak ini yang bargain dengan tuan rumah yang mereka kunjungi dengan berkata: "Raya tahun lepas, pakcik dah bagi RM1, takkan raya tahun ini RM1 juga lagi?"

Sebenarnya terdapat pelbagai lagi kerenah yang kurang menyenangkan apabila 'pemburuan' duit raya di kalangan kanak-kanak ini tidak dikawal.

"Kanak-kanak pada zaman 60-an dan 70-an agak berbeza lagaknya, kalau bertandang untuk berhari raya mereka tidak mementingkan duit raya tetapi kata-kata dan tingkah laku mereka adalah lebih berlapik.

"Mereka akan minum dan menjamah sedikit makanan yang dihidangkan, kemudian barulah bersalaman dengan tuan rumah sebelum beredar.

"Dan sekiranya duit raya yang diberi 20 sen atau pun 50 sen, kita tidak pernah merungut sebaliknya berterima kasih kepada tuan rumah dan terus berkunjung ke rumah yang lain pula,"

ADUHAI DUIT RAYA...

Selasa, 15 September 2009

BERHATI HATI DI JALAN RAYA

PADA hari pertama Ops Sikap kali ke-20 iaitu pada 14 September 2009 telah mencatatkan angka kematian seramai tujuh orang akibat nahas jalan raya. Angka ini dijangka akan terus meningkat menjelangnya waktu puncak iaitu dua atau tiga hari sebelum dan selepas hari raya.Saban tahun, Ops Sikap diadakan bertujuan mengurangkan angka kemalangan jalan raya pada musim perayaan, sekali gus mengurangkan kehilangan nyawa yang begitu berharga.

Menjelang usianya yang kedua puluh ini, diharapkan suatu statistik yang lebih baik dapat dilihat apabila berakhirnya Ops Sikap ini.Pelbagai pihak telah cuba sedaya-upaya bagi mencapai objektif meminimumkan nahas jalan raya pada musim perayaan.

Bukan sahaja pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) turut melaksanakan tanggungjawabnya dengan kolaborasi agensi-agensi kerajaan yang lain.Pelbagai pendekatan telah dan akan diambil bagi menurunkan kadar kemalangan dan angka nahas yang maut ekoran insiden ini. Antaranya ialah larangan ke atas kenderaan barangan menggunakan jalan raya pada 18, 19 September 2009 (sebelum Hari Raya) dan 26, 27 September 2009 (selepas Hari Raya).Juga pemantauan dan kawalan trafik melalui 19 Menara Kawalan Trafik PDRM, pemantauan dan pemeriksaan perkhidmatan bas ekspres di depoh dan 35 lokasi terminal bas, pengurangan had laju maksimum sebanyak 10km/j bagi Jalan Persekutuan dan Negeri mulai 13 hingga 27 September 2009, penggalakkan penggunaan sistem pengangkutan awam serta kempen-kempen advokasi keselamatan jalan raya.

Menteri Kerja Raya juga telah mengarahkan kerja-kerja pembaikpulihan di lebuh-lebuh raya dihentikan buat seketika bagi mengurangkan risiko kesesakan dan yang lebih penting meminimumkan jumlah kemalangan.

Sungguhpun begitu, Ops Sikap ini seringkali dipandang enteng dan kurang penting oleh pengguna-pengguna jalan raya yang terbabit. Dalam mereka berwaspada dengan perangkap-perangkap had laju, pedal minyak kembali ditekan setelah lokasi penguat kuasa polis atau kamera perakam kelajuan dilepasi.Inilah sebenarnya masalah yang besar yang dilihat sukar ditangani saban tahun. Aktiviti memotong barisan boleh dilihat di mana-mana jalan asal ada sahaja barisan.

Di mana ada barisan, di situlah ada yang mengambil kesempatan memintas, tanpa memikirkan perasaan mereka yang berbaris menunggu sekian lama berbaris.Apa sahaja yang difikirkan cepat, akan mereka lakukan tanpa mengira ia garisan berkembar, bahu jalan atau selekoh. Namakan apa sahaja.Kita seharusnya ingat bahawa mungkin disebabkan perbuatan kita, ada orang lain yang menjadi mangsa. Kita mungkin terlepas namun orang lain mungkin terbabas kerana mengelakkan kenderaan kita begitu deras dan pantas.

Harga satu nyawa amatlah berharga. Apakah justifikasi yang harus diberikan untuk bilangan kes kematian di jalan raya jika bukan kerana sikap kita sendiri.

JADI BERHATI HATI DIJALAN RAYA KETIKA MEMANDU DAN INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG.....

Isnin, 14 September 2009

Melayu Di Hina Di Bumi Sendiri..

Para pemimpin UMNO menyifatkan cadangan perwakilan MIC supaya meletakkan 'kalungan selipar' pada gambar Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai perbuatan melampau, biadab dan kurang ajar.

Sehubungan itu mereka mendesak pimpinan MIC supaya segera bertanggungjawab dengan mengambil tindakan ke atas perwakilan berkenaan termasuk parti itu sendiri perlu meminta maaf kepada Dr. Mahathir.

''Kalau mereka hendak dihormati orang lain mereka mesti juga menunjukkan kepimpinan yang sopan santun, hormat menghormati seperti kita warisi daripada pemimpin-pemimpin terdahulu.

''Hanya dengan cara itu sahaja dapat kita hidup dengan harmoni, stabil dan padu mengajar generasi apa maksud sebenarnya gagasan 1Malaysia....

Cadangan itu dilontarkan sewaktu sesi perbahasan pada Perhimpunan Agung MIC ke-63 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Rata rata mengharapkan agar BN mengambil tindakan sekiranya pimpinan MIC membiarkan perkara ini berlalu begitu sahaja demi menjaga kerukunan dalam BN.

Mereka kena cari jalan menonjolkan perancangan dan kerja yang baik, bukan dengan menyalahkan orang lain apatah lagi menghina pemimpin besar negara. Budaya seperti ini bukan budaya BN. MIC perlu bertanggungjawab,

Rakyat Malaysia merasakan cadangan itu sangat kurang ajar dan melampau kerana ia penghinaan kepada Dr. Mahathir yang menjadi pemimpin untuk semua kaum di negara ini bagi satu tempoh yang lama.

Teguran dan pandangan Dr. Mahathir itu adalah pandangan seorang negarawan ulung dan jika ada yang tidak bersetuju, masih ada kaedah lain untuk menyuarakan pendapat.

Perwakilan MIC sudah menunjukkan tahap kurang matang dalam menyatakan pandangan. Memainkan isu seperti ini menghadirkan rasa marah orang Melayu.

Mendesak MIC mengambil tindakan disiplin kepada perwakilan terbabit dengan menggantung keahliannya serta merta kerana BN tidak memerlukan ahli seperti itu.

Katanya, perbandingan dengan selipar termasuk tempat alas kaki untuk menjatuhkan maruah seseorang amat ditegah oleh masyarakat Melayu dan berupa satu penghinaan yang tidak boleh dimaafkan.

Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu, jika dia benar-benar ikhlas supaya memohon maaf bagi pihak MIC di atas sikap kurang ajar perwakilan tersebut.

Dalam hal ini MIC jangan lupa bahawa menghina Dr. Mahathir samalah menghina seluruh ahli dan pemimpin UMNO serta orang Melayu...