Khamis, 12 November 2009

Dulu Kini Dan Selamanya

SERINDIK MERAH 13 Nov.

Bagi memenangi hati rakyat dan kekal relevan, Pergerakan Pemuda UMNO membuat persiapan lebih awal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, langkah itu akan bermula seawal tahun depan dan ia juga selaras dengan petunjuk prestasi utama (KPI) parti yang ditetapkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada perhimpunan agung parti bulan lalu.Antara KPI yang ditetapkan oleh Najib adalah penambahan ahli baru UMNO dan pendaftaran pengundi.

Antara strategi Pemuda menjelang 2010 adalah terus masuk mode pilihan raya walaupun pilihan raya umum akan datang mungkin berlangsung dalam tiga tahun lagi.Ini dasar yang ditetapkan di peringkat Exco Pemuda UMNO.

Selari dengan itu, sayap pemuda harulah peka dan peranan yang dimainkan di peringkat Bahagian dan seterusnya turun ke Cawangan cawangan...

Jangan gah diatas saja...Exco Pemuda turun lah jengok jengok ke Bahagian-Bahagian,kerana sekarang Pemuda UMNO di Bahagian dan Cawangan nampak lesu..letih...

Alahai.....perkemaskan Pemuda dahulu baru pikirkan untuk PRU ke 13....

ANUAR pkr IBRAHIM LAGI

13 Nov. – Strategi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyerang kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh dianggap sebagai satu usaha untuk mensabotaj ekonomi negara,tindakan mereka itu akan menyebabkan keyakinan pelabur terhadap kestabilan politik dan ekonomi negara terhakis.

Kerajaan telah bertindak pantas untuk menangani masalah ekonomi global dengan memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi, meliberalisasi pelbagai sektor dan menyatukan rakyat melalui gagasan 1Malaysia.

Semua ini untuk memulihkan ekonomi negara supaya rakyat kembali mendapat pekerjaan yang sewajarnya untuk mereka menyara hidup keluarga dan anak-anak yang masih di bangku sekolah.

Namun apabila wujud usaha yang digerakkan Anwar dan sekutunya untuk menyerang kepimpinan Perdana Menteri dan kerajaan, sudah tentu ia akan menyebabkan keyakinan pelabur terhakis dan mereka tidak akan menanam modal di negara kita.

Mengenai imej negara dari sudut ekonomi, pelbagai tindak tanduk pembangkang sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 menyebabkan sebuah akhbar di Jerman baru-baru ini melabelkan Malaysia sebagai mempunyai masalah yang sama dengan Thailand.

Malaysia dan Thailand adalah politik yang tidak berkesudahan, jika ada tulisan sebegitu dalam akhbar negara asing, siapa yang nak datang melabur.

Usaha menarik pelabur asing sekarang bukannya tugas yang mudah kerana kita perlu bersaing dengan negara-negara lain yang juga giat melakukan perkara sama dan sedih kerana perancangan yang menyebabkan ekonomi negara menjadi mangsa dilakukan oleh rakyat negara ini sendiri iaitu Anuar Ibrahim ( PKR )bekas Timbalan Perdana Menteri,bekas Menteri Kewangan, bukannya oleh pihak asing.

Ini sesuatu yang amat tidak adil kepada rakyat, mereka semua (Anwar dan pemimpin pembangkang) mempunyai duit simpanan yang banyak tapi rakyat ada apa? Rakyat hanya menang sorak tapi kampung tergadai, inilah yang sedang berlaku sekarang.

Dalam suasana ekonomi dunia yang amat mencabar dan kerajaan giat berusaha untuk memastikan negara mampu bersaing di arena ekonomi global, tiba-tiba ada orang kita sendiri yang ‘sekat kaki’ dan mewujudkan halangan dan rintangan, bagaimana kita nak berjaya.

Walaupun pada mulanya rakyat mempunyai rasa sangsi dengan pelbagai pembaharuan yang dibuat oleh kerajaan, mereka kini mula merasakan angin perubahan yang sedang berlaku.

1Malaysia Rakyat di Dahulukan Pencapaian di Utamakan...

Rabu, 11 November 2009

PRU KE 13 BAI'AH PAS

MENAKJUBKAN! Itu sahaja kata-kata yang mampu menggambarkan bai'ah taat setia wakil rakyat Pas pada parti mereka (bukan pada Islam). Dalam banyak umat Islam di Malaysia, hanya Pas yang mampu mengeluarkan idea yang begitu beragama dan bernas.

Saya sebagai rakyat Malaysia begitu kagum dengan kaedah yang tidak pernah sesiapa dalam dunia pernah terfikir. Mungkin tidak keterlaluan untuk mengatakan Nabi Muhammad SAW sendiri pun tidak terfikir untuk meletakkan bai'ah sedemikian terhadap tentera-tentera yang memperjuangkan Islam supaya tidak lari dari medan perang.

Saya begitu bangga dengan kebijaksanaan Pas dan saya yakin UMNO sudah jauh ditinggalkan Pas dari sudut agama. Dengan bai'ah tersebut, Pas akan kekal selama-lamanya sehingga ke hari kiamat. Malah, Pas boleh jadi parti contoh kepada semua parti Islam dalam dunia termasuk di Indonesia, Iran, Iraq, dan lain-lain dalam usaha menjamin dan mengekalkan kuasa sebelum tawakal pada Allah.

Sehubungan itu, saya mohon kepada Pas supaya memperluaskan bai'ah taat setia pada semua ahli Pas termasuk ahli Kelab Penyokong Pas dan Muslimah Pas (boleh automatik tuntut fasakh daripada suami). Ini kerana Islam itu adil dan jika berjaya dilaksanakan, Pas pasti mampu memerintah Malaysia selepas PRU akan datang. Jika Pas mewajibkan semua ahli Pas bai'ah taat setia, saya bersumpah akan sertai Pas secara automatik.

Bagi menjamin kemenangan Islam Pas, adalah wajar untuk mewajibkan ahli Pas bukan saja bai'ah taat setia, tetapi juga bai'ah gerenti undi Pas di setiap pilihan raya, jika gagal, jatuh talak tiga secara automatik kepada isteri-isteri ahli Pas.

Anuar Oh Anuar.....

12 Nov. – Langkah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggerakkan strategi menyerang kepimpinan Perdana Menteri, dilihat sebagai percubaan untuk mengalih perhatian daripada pelbagai kemelut peribadi dan parti yang diterajuinya.

Anwar juga sudah mula berasa tercabar dengan gabungan mantap Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila dasar demi dasar yang dilancarkan kerajaan diterima rakyat.Kenapa Anwar mahu menyerang Perdana Menteri? Dia sepatutnya tidak lari daripada kenyataan bahawa PKR dan dirinya sedang menghadapi banyak masalah dalaman.Dia sendiri pun sedang berhadapan dengan perbicaraan mahkamah dan PKR juga sedang dilanda tsunami kepimpinan. Orang dalaman PKR itu juga sedang mengkritik kepimpinan Anwar.

Kenyataan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin tentang mesyuarat Majlis Tertinggi PKR yang dipengerusikan Anwar kelmarin.Pada mesyuarat itu, menurut Zulkifli, Penasihat PKR itu menasihati ahli-ahli mengenai strategi baru untuk melancarkan serangan peribadi terhadap Perdana Menteri. Anwar sengaja mahu mengalihkan pandangan orang ramai terhadap pelbagai isu yang sedang dihadapinya.

Begitulah yang berlaku setiap kali dia mahu ke mahkamah, ada sahaja perkara yang dibangkitkan supaya orang ramai ‘terleka’ dengan kisahnya.Justeru itu rata rata rakyat Malaysia tidak bersetuju dan berasa meluat dengan tindak-tanduk Anwar yang mahu menyerang Perdana Menteri.

Anuar dan PKR sudah kelam-kabut sebab Najib dan Muhyiddin bergabung dengan baik. Pemimpin negara ini sudah berjaya mengembalikan keyakinan rakyat terhadap dasar kerajaan Barisan Nasional (BN).Anwar dan pemimpin pembangkang kenalah matang dalam politik. Jangan berpolitik sepanjang masa. Kita sepatutnya bersama-sama memberi tumpuan terhadap pembangunan negara.

PKR baru-baru ini berhadapan dengan krisis dalaman yang menyaksikan dua pemimpinnya di Sabah iaitu Datuk Dr. Jeffrey Kitingan meletak jawatan sebagai Naib Presiden dan Christina Liew pula meletak jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu.Seorang wakil rakyatnya iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah pula bertindak keluar parti itu dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Ketiga-tiganya memberi alasan hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti itu yang diterajui ‘3A’ iaitu Anwar; Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presidennya, Azmin Ali.

Kelmarin, Anwar menggelar ahli parti itu yang gagal mematuhi disiplin dan ideologi parti sebagai ‘pengacau’ dan meminta mereka berundur sebelum disingkirkan. Anwar gemar menyalahkan kerajaan kononnya wujud konspirasi sehingga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga dikaitkan begitu.

Bila mereka menang lima negeri pada pilihan raya umum tahun lalu, tidak pula mereka mengatakan SPR ada konspirasi. Kalau pemimpin mereka didapati tidak bersalah oleh SPRM, tidak pula mereka menuduh agensi berkenaan ada konspirasi.Semua isu dan perkara yang tidak betul pada pandangan Anwar, semuanya ada konspirasi. Sampai bila dia mahu membohongi rakyat.

Mengenai tindakan Anwar yang menimbulkan keresahan pelabur kononnya negara ini tidak stabil dari segi politik termasuk laporan negatif agensi media asing,ini adalah salah satu itu strategi untuk melihat rakyat ini berada dalam kesusahan.Siapa yang hendak melabur, jika strategi demikian dimainkan oleh Anwar. Yang menjadi mangsa ialah rakyat. Kalau pelabur datang, peluang pekerjaan akan lebih baik.

Pada masa yang sama,kita tidak mahu rakyat jangan terlalu seronok melihat gelagat serta kenyataan Anwar kerana kelak negara akan terus menderita dan menjadi mangsa kerakusannya.Orang yang menjadi ‘aktor’ akan terus menjadi ‘aktor’. Dia punya ‘sarkas’ akan pergi dari satu tempat ke satu tempat yang lain, yang menderita adalah mereka yang ditinggalkan.


DAN INILAH YANG AKAN PKR LAKUKAN SEPANJANG MASA.......

Selasa, 10 November 2009

MANISNYA SI HIDUNG TINGGI PAKSITAN

11 Nov. - Kisah seorang lelaki warga emas yang didakwa menikam isterinya sehingga mati di Alor Setar, Kedah semalam masih hangat diperkatakan.

Namun, beberapa jam sebelum kejadian itu, seorang lagi wanita hampir menerima nasib yang sama seperti warga emas terbabit - ditikam oleh bekas teman lelaki kerana enggan kembali ke pangkuannya.

Kejadian berlaku di depan sebuah rumah di tingkat lima Flat Samudera, Gombak di sini kira-kira pukul 11 pagi semalam.

Mangsa, seorang wanita berusia 27 tahun terpaksa menerima 12 jahitan di leher, dagu dan tapak tangan selepas ditikam bekas teman lelakinya.

Kejadian dikatakan berpunca apabila suspek, seorang lelaki Pakistan( WARGA ASING ) berang terhadap mangsa yang enggan kembali ke pangkuannya(KEKASIH RAKYAT MALAYSIA YANG COMEL DAH BERSUAMI)

Pihak Polis berkata, mangsa yang berpisah dengan suaminya sejak Januari lalu didatangi oleh suspek dan berbincang mengenai hubungan mereka.

"Dipercayai mangsa enggan untuk berbaik dan kembali ke pangkuan bekas teman lelakinya itu menyebabkan suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap bertindak mengelar dagu kanan dan leher mangsa.( APAKAH INI NEGARA KITA MASIH LAGI SAYANG PENDATANG ASING YANG MEMBUAT SEBAHAGIAN DARIPADA ONAR ONAR JAHAT MEREKA )

"Dalam pergelutan itu, mangsa juga mungkin cuba melepaskan diri kerana terdapat kesan kelar di tapak tangannya,"

Polis menambah, akibat kecederaan itu, mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk mendapat rawatan sebelum dibenarkan pulang.

Difahamkan, wanita malang itu sebelum ini tinggal bersama suaminya di Alor Setar sebelum pulang ke rumah ibunya di sini baru-baru ini.

Polis memberitahu, biarpun motif mangsa diserang dipercayai akibat rasa cemburu dan kecewa suspek terhadap mangsa, namun pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci.

"Polis akan menyiasat dari pelbagai sudut berhubung kes tersebut bagi memastikan suspek dapat ditahan dalam masa terdekat,"

Polis berkata, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

ADUHAI JEJAKA PAKSITAN HIDUNG TINGGI TAPI JAHAT..

WARGA ASING OH PENDATANG ASING

ALAHAI.......

11Nov...JIKA ada perkara yang paling mengganggu fikiran Serindik Merah sejak lebih dua dekad lalu, ia tidak lain membabitkan isu kebanjiran warga asing dan manipulasi golongan itu ke atas negara ini.

Kalau mahu mengira berapa banyak sudah Serindik Merah menggeleng kepala kerana kecewa dan marah dalam isu tersebut, rasanya tidak terkira. Kalau kepala anak patung mungkin sudah lama terputus.

Hari demi hari semakin banyak petunjuk yang meresahkan dan setakat ini pihak berkuasa masih kelihatan gagal menangani isu tersebut. Rumusan yang jelas – penguatkuasaan bermusim dan kita lebih banyak berdiam daripada bertindak.

Oleh sebab itu, Serindik Merah tidak hairan ada kajian menyebut Malaysia adalah negara yang paling diambil mudah oleh warga asing sama ada yang menceroboh masuk mahupun yang memalsukan dokumen dan tinggal melebihi tempoh yang ditetapkan. Serindik Merah dan ramai rakyat Malaysia sudah berbuih mulut bercakap tentang hal ini. Ramai juga golongan dalam bidang strategik turut bimbang kerana kebanjiran warga asing bukan setakat menjadi hambatan sosial yang membimbangkan malah sudah menjadi ancaman keselamatan. Ada yang meramalkan saiz warga asing di negara ini termasuk secara haram (meliputi Sabah), berjumlah hampir enam juta orang. Warga Indonesia yang masuk secara sah sahaja hampir dua juta orang. Jumlah keseluruhan enam juta orang itu cukup besar, Serindik Merah harap maklumat itu tidak benar dan biarlah jauh lebih kecil daripada itu.

Dalam kita menghargai sumbangan warga asing kepada ekonomi, janganlah kita memperjudikan kedaulatan negara. Peluang pekerjaan rakyat tempatan juga semakin terhimpit kerana majikan lebih gemar menggajikan pekerja asing yang gaji mereka lebih rendah selain persekitaran lambakan mereka di tanah air ini menguntungkan majikan.

Suasana kebanjiran golongan itu juga boleh dilihat pada Hari Raya Aidilfitri. Utusan Malaysia baru-baru ini menyiarkan ‘penguasaan’ warga asing di beberapa kawasan termasuk KLCC di ibu negara pada hari raya pertama dan kedua. Sebenarnya Serindik Merah yang berkesempatan memandu menyusuri jalan di hadapan KLCC juga terkedu. Hendak katakan terkejut – tidak – kerana ia adalah pemandangan biasa setiap kali musim perayaan. Masalahnya saban tahun makin bertambah jumlah mereka. Ramai sungguh warga Indonesia, Bangladesh, Filipina, Pakistan, Nepal, India, China, Vietnam, Myanmar,sipipi merah dari Ubzek dan negara-negara Afrika menguasai lokasi utama di Kuala Lumpur pada hari itu.

Minggu lalu Serindik Merah berkesempatan melalui kawasan Kepong di pinggir Kuala Lumpur dan terkejut kerana ia sudah menjadi tumpuan utama warga Afrika yang hanya kelihatan berlegar-legar. Apabila diceritakan kepada sekumpulan rakan-rakan masing-masing memberitahu di kawasan mereka seperti di Nilai, Cheras, Damansara dan Puchong, juga menjadi sarang lelaki Afrika. Semua orang tahu, kebanyakan mereka tidak mempunyai pekerjaan dan bukan pelajar mana-mana IPT awam atau swasta. Mengapa jumlah mereka terlalu ramai?

Pergilah ke mana sahaja di kawasan Lembah Klang dan kawasan yang sama waktu dengannya kita tidak akan sunyi daripada kelibat warga asing dan sebahagiannya berada di negara ini dengan bebas walaupun tanpa dokumen yang sah. Salah siapa? Apakah kita mahu menyalahkan rakyat? Terus terang Serindik Merah katakan ini adalah antara kelemahan kerajaan, yang tidak mempunyai pelan strategik khas menangani isu tersebut.

Menurut seorang rakan yang merupakan pegawai kanan polis, ramai warga asing tiada dokumen sah dan beliau hairan keadaan sebegitu boleh menimpa negara. Katanya, polis tidak menang tangan untuk memberkas mereka kerana jumlahnya begitu ramai. Ini termasuk wanita dari China,Ubzek dan beberapa negara lain yang menjalankan kegiatan pelacuran di negara ini. Persoalannya lagi mengapa Jabatan Imigresen mudah membenarkan golongan warga asing ini masuk dan kemudian tidak mengambil langkah penguatkuasaan yang serius untuk memburu mereka sekiranya tidak pulang dalam tempoh yang ditetapkan? Dengar khabarnya, pelancong yang tidak pulang dan tinggal lebih masa, berjumlah ratusan ribu orang.INI BELUM LAGI DI KIRA KAHWIN DENGAN ANAK-ANAK DARA MALAYSIA...

Dalam hubungan ini, Serindik Merah tidak setuju langkah kerajaan melaksanakan VOA (visa waktu ketibaan) kerana ia hanya merumitkan keadaan. Syarat-syarat VOA yang ada agak longgar. Dasar ini ditetapkan oleh kerajaan, Jabatan Imigresen cuma pelaksana. Alasan bahawa VOA boleh meningkatkan kedatangan pelancong tidak boleh dihalalkan kerana akhirnya rakyat yang akan menanggung mudarat. Belum lewat untuk kita bertindak. Jangan sampai rakyat hilang keyakinan dan bertindak pula menghukum kerajaan.

KARAT DAH FIKIRAN NI....

CUBA SAHABAT DI LUAR SANA KOMEN.....

Ahad, 8 November 2009

MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN

ALAHAI KEPADA PEROKOK SEPERTI kebiasaan, perokok adalah spesies yang akan menggelabah menjelang pembentangan bajet sejak dahulu lagi. Ye lah, bukan apa, ini disebabkan setiap kali bajet dibentangkan, cukai rokok pasti akan dinaikkan tidak kiralah tahun defisit atau lebihan, cukai rokok dan rakan 'sejenayahnya', arak pasti akan dinaikkan.

Namun tahun ini, bajet yang dibentangkan seolah-olah memihak kepada mereka pula.

Sah perokok akan tersenyum lebar walaupun kini mereka rata-rata terpaksa membayar sekotak RM9.30 untuk 20 batang bagi rokok yang berjenama manakala sekitar RM4 lebih untuk yang kurang berjenama.TERMASUK ROKOK SELUDUP DARI INDON.

Jadi selepas 30 Oktober lalu, muka perokok tersenyum ( SENYUM DALAM KESAKITAN ) tidak seperti selalu masam mencuka dan pahit kalau dilihat sekali imbas.

Apa pun, pasti ada rasional kenapa bajet kali ini tidak menaikkan atau mengubah cukai rokok seperti selalu.

Cuma apa yang ingin diutarakan kali ini ialah susulan daripada keadaan itu, ramai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyarankan harga rokok di naikkan sehingga RM30 sekotak.

Walau apa cara sahaja yang akan dapat menyebabkan perokok meninggalkan tabiat buruk mereka, akan disokong 300 % kerana itu lah yang terbaik untuk mereka kaki perokok.

Bukan nak menindakkan hak individu, tapi ini soal kesihatan individu terbabit dan juga orang lain.

Seperti yang sering di katakan, segelintir perokok memang berperangai tidak senonoh dan mereka juga penyumbang kepada kepupusan segelintir spesies laut udara dan darat.

Bukan apa, sepanjang hidup jarang terdapat dan nampak ada perokok yang akan membuang putung rokok ke dalam bekas yang sepatutnya dibuang ketika memandu kereta, menaiki motosikal, memancing, melepak di taman atau di dalam hutan ketika berkhemah malah berdating pun mereka buang puntung ikut seseka hati saja.

Apa yang mereka lakukan hanyalah menjentik putung rokok itu ke mana-mana sahaja tidak kira tempat, dan yang lebih tepat, ikut mana sempat sahaja.

Inilah mentaliti segelintir daripada perokok. Mungkin otak mereka dah beku dengan tar, nikotin dan karbon monoksida yang realitinya memang membawa binasa kepada manusia.

Asap rokok membahayakan kepada yang bukan perokok jika mereka mahu mati, matilah sendiri dan janganlah menyusahkan orang lain yang tidak bersalah.

Tapi yang segelintir lagi yang tidak mendatangkan masalah ini mungkin boleh dibilang dengan jari.

Berlainan dengan Jepun, negara yang pernah satu ketika dahulu dibom dan hampir musnah.

Kegigihan rakyat Negara Matahari Terbit itu berjaya membangunkan kembali negara mereka dan kini menjadi antara gergasi dunia dalam pelbagai bidang.

Namun semua yang dikecapi itu tidak mengalpakan mereka daripada menjaga persekitaran supaya lebih aman, bersih dan juga makmur.

Mereka walaupun boleh dikatakan dalam 10 yang ditemui, lapan daripadanya perokok, namun tidak mengamalkan 'budaya' rakyat Malaysia yang membuang-buang tanpa melihat keadaan sekeliling.Mereka lebih tertib, tak kiralah di tepi jalan, di restoran, di pejabat atau di mana-mana sahaja.Mereka akan merokok hanya di tempat yang disediakan dan akan membuang putung rokok ke dalam bekas yang disediakan. Kalau dikira, tempat membuang rokok ada di mana-mana dan disediakan tempat khas.

Jadi mereka akan berkumpul di satu tempat untuk menghisap rokok, tidak berjalan-jalan sambil membuang putung rokok merata-rata.

Lebih menarik, pemandu teksi (yang amat banyak, suka membantu dan tidak menipu meter) akan parking tepi jalan berdekatan kawasan merokok berkenaan akan merokok di situ dan sesudah habis, dia meneruskan perjalanan. Jadi mereka tidak merokok di dalam teksi.

Apakan daya, berbuihlah kerajaan membuat pelbagai kempen, tapi tak berkesan.Malah ada yang mengatakan merokok itu baik untuk kesihatan dan mereka tetap sihat dan segar walaupun dah berusia setengah abad.(contoh :perokok umur 40 tahun tapi urat saraf dalam badan berumur 56 tahun )

Entahlah, itu pada fikiran masing-masing.

Pada Serindik Merah : 'Biarlah Si Perokok Terbang Dengan Asapnya '

Fikir Fikirkan lah.....

NIK AZIZ TAKUT PERPADUAN

9 Nov.Kenyataan terbaru Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat menerusi blognya yang mahu Muktamar Agung khas (EGM) diadakan bagi menukar pemimpin tertentu tiba-tiba menggoncang parti itu.

Ini disebabkan perbezaan pendirian berhubung isu kerjasama dengan UMNO menerusi kerajaan perpaduan yang pernah dicadangkan oleh Presiden Pas, Hadi Awang tidak lama dulu. Ternyata isu itu belum padam walaupun semua pemimpin kanan Pas dikatakan sudah mencapai kata sepakat mengenainya.

Nik Aziz yang menentang idea kerajaan perpaduan itu rupa-rupanya masih kurang senang terhadap beberapa kerat pemimpin Pas antaranya Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung, Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr.Hassan Ali yang menyokong idea itu. Malah difahamkan, Nik Aziz ‘makan hati’ dan amat tidak selesa dengan Hadi tetapi tidak dinyatakan secara terbuka,malah Nik Aziz tak sempat hendak mendengar ucapan Haji Hadi baru baru ini kerana ada urusan penting katanya atau mungkin atas percaturan politik. Ia umpama cerita pukul anak sindir menantu.

Bukan rahsia lagi, Nasharuddin dan beberapa lagi pemimpin kanan Pas diketahui adalah orang kepercayaan Hadi. Pemilihan dalam muktamar parti itu sebelum ini turut menyaksikan beberapa pemimpin pro Hadi memenangi jawatan kanan termasuk timbalan presiden, yang dilihat sebagai tamparan kepada Nik Aziz.

Maka makin jelas terdapat dua kelompok dalam Pas. Satu yang memihak kepada Hadi dan satu lagi kumpulan menyokong Nik Aziz. Dalam konteks pakatan pembangkang pula, Nik Aziz dilihat lebih akomodatif kepada aspirasi politik PKR dan DAP sementara kumpulan Hadi melihatnya sebagai berbahaya kepada kepentingan agama dan bangsa.

UMNO MEMPERJUANGKAN BANGSA AGAMA DAN NEGARA...


LAGI PAS PUNYA ANGKARA

9 Nov. - Terdapat isteri calon wakil rakyat Pas yang menangis dan menggeletar pada majlis bai'ah apabila mendengar ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi kepentingan politik kepartian yang sempit dan jumud.Gelojak rasa itu turut dikongsi si suami yang menggigil sewaktu mengangkat bai'ah yang memberi kata dua sama ada terus setia kepada parti atau bercerai talak tiga dengan isteri.

Debaran dan suasana hiba pada majlis bai'ah Pas itu didedahkan oleh selepas mendengar pengakuan daripada beberapa wakil rakyat parti itu. wakil rakyat terbabit juga meminta bantuannya supaya membawa isu bai'ah itu ke tengah selepas ia menjadi perdebatan umum apabila disahkan oleh beberapa Ahli Parlimen PAS beberapa hari yang lalu. Mereka sudah tidak mampu menanggung bebanan yang dipikul tetapi tiada kekuatan untuk mendedahkannya kerana takut dikutuk dan dikenakan tindakan oleh pemimpin tertinggi PAS Pusat,supaya kemungkaran yang berlaku dapat dicegah.Kemungkaran demi kemungkaran dalam PAS amat banyak berlaku...

ANEHNYA DASAR BAI'AH TALAK TIGA INI DILULUSKAN DAN DIRESTUI OLEH KEPIMPINAN TERTINGGI PAS...

MALAH beberapa tokoh parti yakin tidak berasa bersalah dan berdosa dengan bai'ah itu, malah mempertahankannya dengan alasan-alasan yang dangkal lagi memualkan tanpa sandaran kepada al-Quran, sunah Rasulullah mahupun amalan para sahabat.

Sebaliknya jelas ia sekadar dasar yang berpaksikan kepada alasan dan sandaran akal dangkal semata-mata, sebagai mempertuhankan politik, mempertuhankan demokrasi dan terlalu taksub dengan politik sehingga sanggup menggadai kesucian, kemuliaan dan kemurnian perkahwinan sebagai bahan gadaian politik, umpama kembali ke zaman jahiliah dengan menjadikan wanita sebagai bahan dagangan, pajakan dan gadaian.

"Tidakkah kita sedar bahawa perceraian adalah perkara halal yang paling dibenci Allah dan kita jadikan perkara yang paling dibenci Allah ini sebagai dasar bai'ah dan sumpah taat setia.

Bagaimana rakyat nak meletakkan harapan dan kepercayaan untuk kita memimpin dan memerintah negara jika kita sanggup menggadai dan menjadikan isteri dan perkahwinan kita sendiri sebagai gadaian politik...

Apakah kelak bila menjadi kerajaan Persekutuan dan memerintah maka semua pegawai dan kakitangan kerajaan akan dipaksa bai'ah menceraikan isteri mereka jika tidak taat kepada kerajaan.

BN Juara Rakyat.

9 Nov. - Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu bangun menjadi juara rakyat atau bersedia menghadapi nasib yang pernah menimpa parti tersohor Jepun, LDP yang tersungkur di tangan rakyat negara itu. LDP yang pernah memerintah Jepun selama lebih 50 tahun dan merintis kemerdekaan negara matahari terbit itu jatuh kerana mereka melupakan rakyat.

Oleh itu, kita mesti menjadikan BN parti yang bukan sahaja dilihat sebagai juara rakyat, tetapi bertindak menjuarai (nasib) rakyat,

LDP parti Jepun itu mempunyai banyak persamaan dengan UMNO dari segi peranan mendapat kemerdekaan negara, perjuangan mengisi kemerdekaan serta tempoh pemerintahan.LDP jatuh sebab parti itu hilang sentuhan dengan rakyatnya, kejatuhan parti LDP Jepun harus diambil iktibar dan semua parti komponen BN harus kembali kepada idea asal BN untuk memenangi hati rakyat dengan memberikan perkhidmatan terbaik.

Manakala parti-parti komponen BN pada masa ini harus meletakkan komitmen yang tinggi untuk memberi khidmat kepada masyarakat tanpa mengharapkan apa-apa balasan, semangat sukarela harus disegar dan pertingkatkan semula kerana ia merupakan resipi kejayaan pada masa lalu. Cuba di imbaskan kembali mengenai pengorbanan ahli-ahli Pergerakan Wanita UMNO dulu yang sanggup menyerahkan barang kemas masing-masing bagi mengumpul wang membolehkan bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman pergi ke London membincangkan kemerdekaan negara.

Maka jika sekiranya semua parti komponen dapat memberikan perubahan yang bermakna kepada rakyat, BN mampu memenangi pilihan raya akan datang,jika rakyat sentiasa diutamakan, adalah tidak mustahil BN akan direkodkan dalam sejarah dunia sebagai parti paling lama memerintah.

Cuba kita renungkan kekalahan BN di beberapa negeri pada pilihan raya umum lalu harus dijadikan pengajaran berguna.Ini bukanlah kerana pembangkang kuat, tetapi kerana kita lemah. Ia bukanlah kerana pembangkang popular, tetapi kerana kita menjadi kurang popular.

AYUH SEDAR LAH WAHAI BN....