Ahad, 23 Ogos 2009

PKR oh PKR


  • ANGGOTA Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lunas, Kedah, Mohd. Radzhi Salleh mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan melepaskan semua jawatan dalam parti serta mengisytiharkan dirinya menjadi wakil rakyat Bebas selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti tersebut.
  • Beliau tidak melepaskan jawatan sebagai Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia negeri.

  • PKR Padang Serai dibubar. 200 ahli bertindak keluar parti.

  • Bekas ahli PKR mendakwa kekecohan melibatkan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan ketika proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Isnin lalu, dibuat atas arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim.( yang kemaruk kuasa untuk menjahanamkan MELAYU di Malaysia ) Tak nampak kah lagi kita orang orang Melayu..terutama puak puak PAS..yang sekarang ini pening lalat dek Tok Guru Nik Ajis yang ( KINI MEMEGANG SYURGA DAN NERAKA )

  • Mohd. Radzhi yang kini menjadi wakil rakyat Bebas serta ahli parti lain mengisytiharkan berbuat demikian setelah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan selain menganggap perjuangan PKR kini tidak lagi seiring dengan matlamat asal penubuhannya.


    KEBERKATAN BULAN RAMADHAN, bulan yang mulia ini, saya ingin mengumumkan pembubaran PKR Bahagian Padang Serai berkuat kuasa serta-merta dan keluar parti. Tindakan saya ini disokong semua 14 ahli jawatankuasa bahagian.

    “Amat menyedihkan, PKR tidak lagi memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu sebaliknya hanya mengutamakan kepentingan politik peribadi dan pemimpin-pemimpin atas pula hanya pandai bersandiwara dan bermain politik peribadi,”

    Jamaludin turut menyarankan rakan-rakannya di bahagian lain di seluruh negara mengikut langkahnya, memandangkan perjuangan asal PKR tidak lagi relevan dan berkepentingan rakyat.

    “Saya tak letak jawatan Exco kerana itu hak Sultan Kedah, kalau Sultan suruh saya letak, saya baru letak,” katanya yang menyertai PKR sejak 1998.

    Tambahnya, beliau akan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasannya di samping memberi sokongan penuh kepada kerajaan Pusat di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    “Namun semenjak PKR berjaya menguasai dan memerintah beberapa negeri selepas Pilihan Raya Umum 8 Mac lalu (2008), saya lihat hala tuju parti telah berubah. Ia menjurus kepentingan peribadi pula, orang yang bekerja kuat untuk pucuk pimpinan parti pula diketepikan.

    Mohd. Radzhi Salleh......Tak pe lah jadi wakil rakyat bebas lebih seribu elok dan baik dari PKR...



    2 ulasan:

    1. Salam serindik Merah,

      Allah telah memberi pertunjuk akan kemungkaran PAS & PKR kepada umat Melayu yang selama ini telah terjurumus dalam lembah kejahatan mereka.

      InsyaAllah, PAS & PKR akan kecundang juga akhirnya...

      BalasPadam
    2. Salam, itu lah cara DAP & PKR sanggup melakukan apa sahaja demi dapat memerintah negara ini.
      Mereka akan melakukan apa cara supaya Anwar akan berjaya sebagai PM.
      Tolak sikap PKR yang memperjuang seorang.

      BalasPadam