Khamis, 12 November 2009

Dulu Kini Dan Selamanya

SERINDIK MERAH 13 Nov.

Bagi memenangi hati rakyat dan kekal relevan, Pergerakan Pemuda UMNO membuat persiapan lebih awal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, langkah itu akan bermula seawal tahun depan dan ia juga selaras dengan petunjuk prestasi utama (KPI) parti yang ditetapkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada perhimpunan agung parti bulan lalu.Antara KPI yang ditetapkan oleh Najib adalah penambahan ahli baru UMNO dan pendaftaran pengundi.

Antara strategi Pemuda menjelang 2010 adalah terus masuk mode pilihan raya walaupun pilihan raya umum akan datang mungkin berlangsung dalam tiga tahun lagi.Ini dasar yang ditetapkan di peringkat Exco Pemuda UMNO.

Selari dengan itu, sayap pemuda harulah peka dan peranan yang dimainkan di peringkat Bahagian dan seterusnya turun ke Cawangan cawangan...

Jangan gah diatas saja...Exco Pemuda turun lah jengok jengok ke Bahagian-Bahagian,kerana sekarang Pemuda UMNO di Bahagian dan Cawangan nampak lesu..letih...

Alahai.....perkemaskan Pemuda dahulu baru pikirkan untuk PRU ke 13....

ANUAR pkr IBRAHIM LAGI

13 Nov. – Strategi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyerang kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh dianggap sebagai satu usaha untuk mensabotaj ekonomi negara,tindakan mereka itu akan menyebabkan keyakinan pelabur terhadap kestabilan politik dan ekonomi negara terhakis.

Kerajaan telah bertindak pantas untuk menangani masalah ekonomi global dengan memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi, meliberalisasi pelbagai sektor dan menyatukan rakyat melalui gagasan 1Malaysia.

Semua ini untuk memulihkan ekonomi negara supaya rakyat kembali mendapat pekerjaan yang sewajarnya untuk mereka menyara hidup keluarga dan anak-anak yang masih di bangku sekolah.

Namun apabila wujud usaha yang digerakkan Anwar dan sekutunya untuk menyerang kepimpinan Perdana Menteri dan kerajaan, sudah tentu ia akan menyebabkan keyakinan pelabur terhakis dan mereka tidak akan menanam modal di negara kita.

Mengenai imej negara dari sudut ekonomi, pelbagai tindak tanduk pembangkang sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 menyebabkan sebuah akhbar di Jerman baru-baru ini melabelkan Malaysia sebagai mempunyai masalah yang sama dengan Thailand.

Malaysia dan Thailand adalah politik yang tidak berkesudahan, jika ada tulisan sebegitu dalam akhbar negara asing, siapa yang nak datang melabur.

Usaha menarik pelabur asing sekarang bukannya tugas yang mudah kerana kita perlu bersaing dengan negara-negara lain yang juga giat melakukan perkara sama dan sedih kerana perancangan yang menyebabkan ekonomi negara menjadi mangsa dilakukan oleh rakyat negara ini sendiri iaitu Anuar Ibrahim ( PKR )bekas Timbalan Perdana Menteri,bekas Menteri Kewangan, bukannya oleh pihak asing.

Ini sesuatu yang amat tidak adil kepada rakyat, mereka semua (Anwar dan pemimpin pembangkang) mempunyai duit simpanan yang banyak tapi rakyat ada apa? Rakyat hanya menang sorak tapi kampung tergadai, inilah yang sedang berlaku sekarang.

Dalam suasana ekonomi dunia yang amat mencabar dan kerajaan giat berusaha untuk memastikan negara mampu bersaing di arena ekonomi global, tiba-tiba ada orang kita sendiri yang ‘sekat kaki’ dan mewujudkan halangan dan rintangan, bagaimana kita nak berjaya.

Walaupun pada mulanya rakyat mempunyai rasa sangsi dengan pelbagai pembaharuan yang dibuat oleh kerajaan, mereka kini mula merasakan angin perubahan yang sedang berlaku.

1Malaysia Rakyat di Dahulukan Pencapaian di Utamakan...

Rabu, 11 November 2009

PRU KE 13 BAI'AH PAS

MENAKJUBKAN! Itu sahaja kata-kata yang mampu menggambarkan bai'ah taat setia wakil rakyat Pas pada parti mereka (bukan pada Islam). Dalam banyak umat Islam di Malaysia, hanya Pas yang mampu mengeluarkan idea yang begitu beragama dan bernas.

Saya sebagai rakyat Malaysia begitu kagum dengan kaedah yang tidak pernah sesiapa dalam dunia pernah terfikir. Mungkin tidak keterlaluan untuk mengatakan Nabi Muhammad SAW sendiri pun tidak terfikir untuk meletakkan bai'ah sedemikian terhadap tentera-tentera yang memperjuangkan Islam supaya tidak lari dari medan perang.

Saya begitu bangga dengan kebijaksanaan Pas dan saya yakin UMNO sudah jauh ditinggalkan Pas dari sudut agama. Dengan bai'ah tersebut, Pas akan kekal selama-lamanya sehingga ke hari kiamat. Malah, Pas boleh jadi parti contoh kepada semua parti Islam dalam dunia termasuk di Indonesia, Iran, Iraq, dan lain-lain dalam usaha menjamin dan mengekalkan kuasa sebelum tawakal pada Allah.

Sehubungan itu, saya mohon kepada Pas supaya memperluaskan bai'ah taat setia pada semua ahli Pas termasuk ahli Kelab Penyokong Pas dan Muslimah Pas (boleh automatik tuntut fasakh daripada suami). Ini kerana Islam itu adil dan jika berjaya dilaksanakan, Pas pasti mampu memerintah Malaysia selepas PRU akan datang. Jika Pas mewajibkan semua ahli Pas bai'ah taat setia, saya bersumpah akan sertai Pas secara automatik.

Bagi menjamin kemenangan Islam Pas, adalah wajar untuk mewajibkan ahli Pas bukan saja bai'ah taat setia, tetapi juga bai'ah gerenti undi Pas di setiap pilihan raya, jika gagal, jatuh talak tiga secara automatik kepada isteri-isteri ahli Pas.

Anuar Oh Anuar.....

12 Nov. – Langkah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggerakkan strategi menyerang kepimpinan Perdana Menteri, dilihat sebagai percubaan untuk mengalih perhatian daripada pelbagai kemelut peribadi dan parti yang diterajuinya.

Anwar juga sudah mula berasa tercabar dengan gabungan mantap Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila dasar demi dasar yang dilancarkan kerajaan diterima rakyat.Kenapa Anwar mahu menyerang Perdana Menteri? Dia sepatutnya tidak lari daripada kenyataan bahawa PKR dan dirinya sedang menghadapi banyak masalah dalaman.Dia sendiri pun sedang berhadapan dengan perbicaraan mahkamah dan PKR juga sedang dilanda tsunami kepimpinan. Orang dalaman PKR itu juga sedang mengkritik kepimpinan Anwar.

Kenyataan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin tentang mesyuarat Majlis Tertinggi PKR yang dipengerusikan Anwar kelmarin.Pada mesyuarat itu, menurut Zulkifli, Penasihat PKR itu menasihati ahli-ahli mengenai strategi baru untuk melancarkan serangan peribadi terhadap Perdana Menteri. Anwar sengaja mahu mengalihkan pandangan orang ramai terhadap pelbagai isu yang sedang dihadapinya.

Begitulah yang berlaku setiap kali dia mahu ke mahkamah, ada sahaja perkara yang dibangkitkan supaya orang ramai ‘terleka’ dengan kisahnya.Justeru itu rata rata rakyat Malaysia tidak bersetuju dan berasa meluat dengan tindak-tanduk Anwar yang mahu menyerang Perdana Menteri.

Anuar dan PKR sudah kelam-kabut sebab Najib dan Muhyiddin bergabung dengan baik. Pemimpin negara ini sudah berjaya mengembalikan keyakinan rakyat terhadap dasar kerajaan Barisan Nasional (BN).Anwar dan pemimpin pembangkang kenalah matang dalam politik. Jangan berpolitik sepanjang masa. Kita sepatutnya bersama-sama memberi tumpuan terhadap pembangunan negara.

PKR baru-baru ini berhadapan dengan krisis dalaman yang menyaksikan dua pemimpinnya di Sabah iaitu Datuk Dr. Jeffrey Kitingan meletak jawatan sebagai Naib Presiden dan Christina Liew pula meletak jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu.Seorang wakil rakyatnya iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah pula bertindak keluar parti itu dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Ketiga-tiganya memberi alasan hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti itu yang diterajui ‘3A’ iaitu Anwar; Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presidennya, Azmin Ali.

Kelmarin, Anwar menggelar ahli parti itu yang gagal mematuhi disiplin dan ideologi parti sebagai ‘pengacau’ dan meminta mereka berundur sebelum disingkirkan. Anwar gemar menyalahkan kerajaan kononnya wujud konspirasi sehingga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga dikaitkan begitu.

Bila mereka menang lima negeri pada pilihan raya umum tahun lalu, tidak pula mereka mengatakan SPR ada konspirasi. Kalau pemimpin mereka didapati tidak bersalah oleh SPRM, tidak pula mereka menuduh agensi berkenaan ada konspirasi.Semua isu dan perkara yang tidak betul pada pandangan Anwar, semuanya ada konspirasi. Sampai bila dia mahu membohongi rakyat.

Mengenai tindakan Anwar yang menimbulkan keresahan pelabur kononnya negara ini tidak stabil dari segi politik termasuk laporan negatif agensi media asing,ini adalah salah satu itu strategi untuk melihat rakyat ini berada dalam kesusahan.Siapa yang hendak melabur, jika strategi demikian dimainkan oleh Anwar. Yang menjadi mangsa ialah rakyat. Kalau pelabur datang, peluang pekerjaan akan lebih baik.

Pada masa yang sama,kita tidak mahu rakyat jangan terlalu seronok melihat gelagat serta kenyataan Anwar kerana kelak negara akan terus menderita dan menjadi mangsa kerakusannya.Orang yang menjadi ‘aktor’ akan terus menjadi ‘aktor’. Dia punya ‘sarkas’ akan pergi dari satu tempat ke satu tempat yang lain, yang menderita adalah mereka yang ditinggalkan.


DAN INILAH YANG AKAN PKR LAKUKAN SEPANJANG MASA.......

Selasa, 10 November 2009

MANISNYA SI HIDUNG TINGGI PAKSITAN

11 Nov. - Kisah seorang lelaki warga emas yang didakwa menikam isterinya sehingga mati di Alor Setar, Kedah semalam masih hangat diperkatakan.

Namun, beberapa jam sebelum kejadian itu, seorang lagi wanita hampir menerima nasib yang sama seperti warga emas terbabit - ditikam oleh bekas teman lelaki kerana enggan kembali ke pangkuannya.

Kejadian berlaku di depan sebuah rumah di tingkat lima Flat Samudera, Gombak di sini kira-kira pukul 11 pagi semalam.

Mangsa, seorang wanita berusia 27 tahun terpaksa menerima 12 jahitan di leher, dagu dan tapak tangan selepas ditikam bekas teman lelakinya.

Kejadian dikatakan berpunca apabila suspek, seorang lelaki Pakistan( WARGA ASING ) berang terhadap mangsa yang enggan kembali ke pangkuannya(KEKASIH RAKYAT MALAYSIA YANG COMEL DAH BERSUAMI)

Pihak Polis berkata, mangsa yang berpisah dengan suaminya sejak Januari lalu didatangi oleh suspek dan berbincang mengenai hubungan mereka.

"Dipercayai mangsa enggan untuk berbaik dan kembali ke pangkuan bekas teman lelakinya itu menyebabkan suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap bertindak mengelar dagu kanan dan leher mangsa.( APAKAH INI NEGARA KITA MASIH LAGI SAYANG PENDATANG ASING YANG MEMBUAT SEBAHAGIAN DARIPADA ONAR ONAR JAHAT MEREKA )

"Dalam pergelutan itu, mangsa juga mungkin cuba melepaskan diri kerana terdapat kesan kelar di tapak tangannya,"

Polis menambah, akibat kecederaan itu, mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk mendapat rawatan sebelum dibenarkan pulang.

Difahamkan, wanita malang itu sebelum ini tinggal bersama suaminya di Alor Setar sebelum pulang ke rumah ibunya di sini baru-baru ini.

Polis memberitahu, biarpun motif mangsa diserang dipercayai akibat rasa cemburu dan kecewa suspek terhadap mangsa, namun pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci.

"Polis akan menyiasat dari pelbagai sudut berhubung kes tersebut bagi memastikan suspek dapat ditahan dalam masa terdekat,"

Polis berkata, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

ADUHAI JEJAKA PAKSITAN HIDUNG TINGGI TAPI JAHAT..

WARGA ASING OH PENDATANG ASING

ALAHAI.......

11Nov...JIKA ada perkara yang paling mengganggu fikiran Serindik Merah sejak lebih dua dekad lalu, ia tidak lain membabitkan isu kebanjiran warga asing dan manipulasi golongan itu ke atas negara ini.

Kalau mahu mengira berapa banyak sudah Serindik Merah menggeleng kepala kerana kecewa dan marah dalam isu tersebut, rasanya tidak terkira. Kalau kepala anak patung mungkin sudah lama terputus.

Hari demi hari semakin banyak petunjuk yang meresahkan dan setakat ini pihak berkuasa masih kelihatan gagal menangani isu tersebut. Rumusan yang jelas – penguatkuasaan bermusim dan kita lebih banyak berdiam daripada bertindak.

Oleh sebab itu, Serindik Merah tidak hairan ada kajian menyebut Malaysia adalah negara yang paling diambil mudah oleh warga asing sama ada yang menceroboh masuk mahupun yang memalsukan dokumen dan tinggal melebihi tempoh yang ditetapkan. Serindik Merah dan ramai rakyat Malaysia sudah berbuih mulut bercakap tentang hal ini. Ramai juga golongan dalam bidang strategik turut bimbang kerana kebanjiran warga asing bukan setakat menjadi hambatan sosial yang membimbangkan malah sudah menjadi ancaman keselamatan. Ada yang meramalkan saiz warga asing di negara ini termasuk secara haram (meliputi Sabah), berjumlah hampir enam juta orang. Warga Indonesia yang masuk secara sah sahaja hampir dua juta orang. Jumlah keseluruhan enam juta orang itu cukup besar, Serindik Merah harap maklumat itu tidak benar dan biarlah jauh lebih kecil daripada itu.

Dalam kita menghargai sumbangan warga asing kepada ekonomi, janganlah kita memperjudikan kedaulatan negara. Peluang pekerjaan rakyat tempatan juga semakin terhimpit kerana majikan lebih gemar menggajikan pekerja asing yang gaji mereka lebih rendah selain persekitaran lambakan mereka di tanah air ini menguntungkan majikan.

Suasana kebanjiran golongan itu juga boleh dilihat pada Hari Raya Aidilfitri. Utusan Malaysia baru-baru ini menyiarkan ‘penguasaan’ warga asing di beberapa kawasan termasuk KLCC di ibu negara pada hari raya pertama dan kedua. Sebenarnya Serindik Merah yang berkesempatan memandu menyusuri jalan di hadapan KLCC juga terkedu. Hendak katakan terkejut – tidak – kerana ia adalah pemandangan biasa setiap kali musim perayaan. Masalahnya saban tahun makin bertambah jumlah mereka. Ramai sungguh warga Indonesia, Bangladesh, Filipina, Pakistan, Nepal, India, China, Vietnam, Myanmar,sipipi merah dari Ubzek dan negara-negara Afrika menguasai lokasi utama di Kuala Lumpur pada hari itu.

Minggu lalu Serindik Merah berkesempatan melalui kawasan Kepong di pinggir Kuala Lumpur dan terkejut kerana ia sudah menjadi tumpuan utama warga Afrika yang hanya kelihatan berlegar-legar. Apabila diceritakan kepada sekumpulan rakan-rakan masing-masing memberitahu di kawasan mereka seperti di Nilai, Cheras, Damansara dan Puchong, juga menjadi sarang lelaki Afrika. Semua orang tahu, kebanyakan mereka tidak mempunyai pekerjaan dan bukan pelajar mana-mana IPT awam atau swasta. Mengapa jumlah mereka terlalu ramai?

Pergilah ke mana sahaja di kawasan Lembah Klang dan kawasan yang sama waktu dengannya kita tidak akan sunyi daripada kelibat warga asing dan sebahagiannya berada di negara ini dengan bebas walaupun tanpa dokumen yang sah. Salah siapa? Apakah kita mahu menyalahkan rakyat? Terus terang Serindik Merah katakan ini adalah antara kelemahan kerajaan, yang tidak mempunyai pelan strategik khas menangani isu tersebut.

Menurut seorang rakan yang merupakan pegawai kanan polis, ramai warga asing tiada dokumen sah dan beliau hairan keadaan sebegitu boleh menimpa negara. Katanya, polis tidak menang tangan untuk memberkas mereka kerana jumlahnya begitu ramai. Ini termasuk wanita dari China,Ubzek dan beberapa negara lain yang menjalankan kegiatan pelacuran di negara ini. Persoalannya lagi mengapa Jabatan Imigresen mudah membenarkan golongan warga asing ini masuk dan kemudian tidak mengambil langkah penguatkuasaan yang serius untuk memburu mereka sekiranya tidak pulang dalam tempoh yang ditetapkan? Dengar khabarnya, pelancong yang tidak pulang dan tinggal lebih masa, berjumlah ratusan ribu orang.INI BELUM LAGI DI KIRA KAHWIN DENGAN ANAK-ANAK DARA MALAYSIA...

Dalam hubungan ini, Serindik Merah tidak setuju langkah kerajaan melaksanakan VOA (visa waktu ketibaan) kerana ia hanya merumitkan keadaan. Syarat-syarat VOA yang ada agak longgar. Dasar ini ditetapkan oleh kerajaan, Jabatan Imigresen cuma pelaksana. Alasan bahawa VOA boleh meningkatkan kedatangan pelancong tidak boleh dihalalkan kerana akhirnya rakyat yang akan menanggung mudarat. Belum lewat untuk kita bertindak. Jangan sampai rakyat hilang keyakinan dan bertindak pula menghukum kerajaan.

KARAT DAH FIKIRAN NI....

CUBA SAHABAT DI LUAR SANA KOMEN.....

Ahad, 8 November 2009

MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN

ALAHAI KEPADA PEROKOK SEPERTI kebiasaan, perokok adalah spesies yang akan menggelabah menjelang pembentangan bajet sejak dahulu lagi. Ye lah, bukan apa, ini disebabkan setiap kali bajet dibentangkan, cukai rokok pasti akan dinaikkan tidak kiralah tahun defisit atau lebihan, cukai rokok dan rakan 'sejenayahnya', arak pasti akan dinaikkan.

Namun tahun ini, bajet yang dibentangkan seolah-olah memihak kepada mereka pula.

Sah perokok akan tersenyum lebar walaupun kini mereka rata-rata terpaksa membayar sekotak RM9.30 untuk 20 batang bagi rokok yang berjenama manakala sekitar RM4 lebih untuk yang kurang berjenama.TERMASUK ROKOK SELUDUP DARI INDON.

Jadi selepas 30 Oktober lalu, muka perokok tersenyum ( SENYUM DALAM KESAKITAN ) tidak seperti selalu masam mencuka dan pahit kalau dilihat sekali imbas.

Apa pun, pasti ada rasional kenapa bajet kali ini tidak menaikkan atau mengubah cukai rokok seperti selalu.

Cuma apa yang ingin diutarakan kali ini ialah susulan daripada keadaan itu, ramai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyarankan harga rokok di naikkan sehingga RM30 sekotak.

Walau apa cara sahaja yang akan dapat menyebabkan perokok meninggalkan tabiat buruk mereka, akan disokong 300 % kerana itu lah yang terbaik untuk mereka kaki perokok.

Bukan nak menindakkan hak individu, tapi ini soal kesihatan individu terbabit dan juga orang lain.

Seperti yang sering di katakan, segelintir perokok memang berperangai tidak senonoh dan mereka juga penyumbang kepada kepupusan segelintir spesies laut udara dan darat.

Bukan apa, sepanjang hidup jarang terdapat dan nampak ada perokok yang akan membuang putung rokok ke dalam bekas yang sepatutnya dibuang ketika memandu kereta, menaiki motosikal, memancing, melepak di taman atau di dalam hutan ketika berkhemah malah berdating pun mereka buang puntung ikut seseka hati saja.

Apa yang mereka lakukan hanyalah menjentik putung rokok itu ke mana-mana sahaja tidak kira tempat, dan yang lebih tepat, ikut mana sempat sahaja.

Inilah mentaliti segelintir daripada perokok. Mungkin otak mereka dah beku dengan tar, nikotin dan karbon monoksida yang realitinya memang membawa binasa kepada manusia.

Asap rokok membahayakan kepada yang bukan perokok jika mereka mahu mati, matilah sendiri dan janganlah menyusahkan orang lain yang tidak bersalah.

Tapi yang segelintir lagi yang tidak mendatangkan masalah ini mungkin boleh dibilang dengan jari.

Berlainan dengan Jepun, negara yang pernah satu ketika dahulu dibom dan hampir musnah.

Kegigihan rakyat Negara Matahari Terbit itu berjaya membangunkan kembali negara mereka dan kini menjadi antara gergasi dunia dalam pelbagai bidang.

Namun semua yang dikecapi itu tidak mengalpakan mereka daripada menjaga persekitaran supaya lebih aman, bersih dan juga makmur.

Mereka walaupun boleh dikatakan dalam 10 yang ditemui, lapan daripadanya perokok, namun tidak mengamalkan 'budaya' rakyat Malaysia yang membuang-buang tanpa melihat keadaan sekeliling.Mereka lebih tertib, tak kiralah di tepi jalan, di restoran, di pejabat atau di mana-mana sahaja.Mereka akan merokok hanya di tempat yang disediakan dan akan membuang putung rokok ke dalam bekas yang disediakan. Kalau dikira, tempat membuang rokok ada di mana-mana dan disediakan tempat khas.

Jadi mereka akan berkumpul di satu tempat untuk menghisap rokok, tidak berjalan-jalan sambil membuang putung rokok merata-rata.

Lebih menarik, pemandu teksi (yang amat banyak, suka membantu dan tidak menipu meter) akan parking tepi jalan berdekatan kawasan merokok berkenaan akan merokok di situ dan sesudah habis, dia meneruskan perjalanan. Jadi mereka tidak merokok di dalam teksi.

Apakan daya, berbuihlah kerajaan membuat pelbagai kempen, tapi tak berkesan.Malah ada yang mengatakan merokok itu baik untuk kesihatan dan mereka tetap sihat dan segar walaupun dah berusia setengah abad.(contoh :perokok umur 40 tahun tapi urat saraf dalam badan berumur 56 tahun )

Entahlah, itu pada fikiran masing-masing.

Pada Serindik Merah : 'Biarlah Si Perokok Terbang Dengan Asapnya '

Fikir Fikirkan lah.....

NIK AZIZ TAKUT PERPADUAN

9 Nov.Kenyataan terbaru Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat menerusi blognya yang mahu Muktamar Agung khas (EGM) diadakan bagi menukar pemimpin tertentu tiba-tiba menggoncang parti itu.

Ini disebabkan perbezaan pendirian berhubung isu kerjasama dengan UMNO menerusi kerajaan perpaduan yang pernah dicadangkan oleh Presiden Pas, Hadi Awang tidak lama dulu. Ternyata isu itu belum padam walaupun semua pemimpin kanan Pas dikatakan sudah mencapai kata sepakat mengenainya.

Nik Aziz yang menentang idea kerajaan perpaduan itu rupa-rupanya masih kurang senang terhadap beberapa kerat pemimpin Pas antaranya Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung, Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr.Hassan Ali yang menyokong idea itu. Malah difahamkan, Nik Aziz ‘makan hati’ dan amat tidak selesa dengan Hadi tetapi tidak dinyatakan secara terbuka,malah Nik Aziz tak sempat hendak mendengar ucapan Haji Hadi baru baru ini kerana ada urusan penting katanya atau mungkin atas percaturan politik. Ia umpama cerita pukul anak sindir menantu.

Bukan rahsia lagi, Nasharuddin dan beberapa lagi pemimpin kanan Pas diketahui adalah orang kepercayaan Hadi. Pemilihan dalam muktamar parti itu sebelum ini turut menyaksikan beberapa pemimpin pro Hadi memenangi jawatan kanan termasuk timbalan presiden, yang dilihat sebagai tamparan kepada Nik Aziz.

Maka makin jelas terdapat dua kelompok dalam Pas. Satu yang memihak kepada Hadi dan satu lagi kumpulan menyokong Nik Aziz. Dalam konteks pakatan pembangkang pula, Nik Aziz dilihat lebih akomodatif kepada aspirasi politik PKR dan DAP sementara kumpulan Hadi melihatnya sebagai berbahaya kepada kepentingan agama dan bangsa.

UMNO MEMPERJUANGKAN BANGSA AGAMA DAN NEGARA...


LAGI PAS PUNYA ANGKARA

9 Nov. - Terdapat isteri calon wakil rakyat Pas yang menangis dan menggeletar pada majlis bai'ah apabila mendengar ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi kepentingan politik kepartian yang sempit dan jumud.Gelojak rasa itu turut dikongsi si suami yang menggigil sewaktu mengangkat bai'ah yang memberi kata dua sama ada terus setia kepada parti atau bercerai talak tiga dengan isteri.

Debaran dan suasana hiba pada majlis bai'ah Pas itu didedahkan oleh selepas mendengar pengakuan daripada beberapa wakil rakyat parti itu. wakil rakyat terbabit juga meminta bantuannya supaya membawa isu bai'ah itu ke tengah selepas ia menjadi perdebatan umum apabila disahkan oleh beberapa Ahli Parlimen PAS beberapa hari yang lalu. Mereka sudah tidak mampu menanggung bebanan yang dipikul tetapi tiada kekuatan untuk mendedahkannya kerana takut dikutuk dan dikenakan tindakan oleh pemimpin tertinggi PAS Pusat,supaya kemungkaran yang berlaku dapat dicegah.Kemungkaran demi kemungkaran dalam PAS amat banyak berlaku...

ANEHNYA DASAR BAI'AH TALAK TIGA INI DILULUSKAN DAN DIRESTUI OLEH KEPIMPINAN TERTINGGI PAS...

MALAH beberapa tokoh parti yakin tidak berasa bersalah dan berdosa dengan bai'ah itu, malah mempertahankannya dengan alasan-alasan yang dangkal lagi memualkan tanpa sandaran kepada al-Quran, sunah Rasulullah mahupun amalan para sahabat.

Sebaliknya jelas ia sekadar dasar yang berpaksikan kepada alasan dan sandaran akal dangkal semata-mata, sebagai mempertuhankan politik, mempertuhankan demokrasi dan terlalu taksub dengan politik sehingga sanggup menggadai kesucian, kemuliaan dan kemurnian perkahwinan sebagai bahan gadaian politik, umpama kembali ke zaman jahiliah dengan menjadikan wanita sebagai bahan dagangan, pajakan dan gadaian.

"Tidakkah kita sedar bahawa perceraian adalah perkara halal yang paling dibenci Allah dan kita jadikan perkara yang paling dibenci Allah ini sebagai dasar bai'ah dan sumpah taat setia.

Bagaimana rakyat nak meletakkan harapan dan kepercayaan untuk kita memimpin dan memerintah negara jika kita sanggup menggadai dan menjadikan isteri dan perkahwinan kita sendiri sebagai gadaian politik...

Apakah kelak bila menjadi kerajaan Persekutuan dan memerintah maka semua pegawai dan kakitangan kerajaan akan dipaksa bai'ah menceraikan isteri mereka jika tidak taat kepada kerajaan.

BN Juara Rakyat.

9 Nov. - Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu bangun menjadi juara rakyat atau bersedia menghadapi nasib yang pernah menimpa parti tersohor Jepun, LDP yang tersungkur di tangan rakyat negara itu. LDP yang pernah memerintah Jepun selama lebih 50 tahun dan merintis kemerdekaan negara matahari terbit itu jatuh kerana mereka melupakan rakyat.

Oleh itu, kita mesti menjadikan BN parti yang bukan sahaja dilihat sebagai juara rakyat, tetapi bertindak menjuarai (nasib) rakyat,

LDP parti Jepun itu mempunyai banyak persamaan dengan UMNO dari segi peranan mendapat kemerdekaan negara, perjuangan mengisi kemerdekaan serta tempoh pemerintahan.LDP jatuh sebab parti itu hilang sentuhan dengan rakyatnya, kejatuhan parti LDP Jepun harus diambil iktibar dan semua parti komponen BN harus kembali kepada idea asal BN untuk memenangi hati rakyat dengan memberikan perkhidmatan terbaik.

Manakala parti-parti komponen BN pada masa ini harus meletakkan komitmen yang tinggi untuk memberi khidmat kepada masyarakat tanpa mengharapkan apa-apa balasan, semangat sukarela harus disegar dan pertingkatkan semula kerana ia merupakan resipi kejayaan pada masa lalu. Cuba di imbaskan kembali mengenai pengorbanan ahli-ahli Pergerakan Wanita UMNO dulu yang sanggup menyerahkan barang kemas masing-masing bagi mengumpul wang membolehkan bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman pergi ke London membincangkan kemerdekaan negara.

Maka jika sekiranya semua parti komponen dapat memberikan perubahan yang bermakna kepada rakyat, BN mampu memenangi pilihan raya akan datang,jika rakyat sentiasa diutamakan, adalah tidak mustahil BN akan direkodkan dalam sejarah dunia sebagai parti paling lama memerintah.

Cuba kita renungkan kekalahan BN di beberapa negeri pada pilihan raya umum lalu harus dijadikan pengajaran berguna.Ini bukanlah kerana pembangkang kuat, tetapi kerana kita lemah. Ia bukanlah kerana pembangkang popular, tetapi kerana kita menjadi kurang popular.

AYUH SEDAR LAH WAHAI BN....

Khamis, 1 Oktober 2009

H1n1 vs Kemalangan Maut di Musim Perayaan

SEJAK kebelakangan ini, kes kematian terbaru akibat wabak penyakit H1N1 dilaporkan oleh media massa hampir saban hari. Melihat kepada jumlah kematian terkini yang mencecah 71 orang membuatkan kita berasa keluh kesah tentang kesihatan diri dan kaum keluarga.

Walau bagaimanapun, di sebalik pandemik H1N1 yang meruncing ini, kita perlu meyakini bahawa setiap perkara yang berlaku itu terkandung hikmahnya tersendiri.

Ia merupakan satu tanda, satu cetusan, satu peringatan untuk umat manusia renungkan dan fikirkan agar manusia kembali insaf atas amal perbuatannya.

Situasi yang berlaku kini juga sebenarnya mengajak kita untuk banyak mengingati Allah pada setiap masa, dan bertawakal kepada-Nya dalam apa jua urusan kita. Ini kerana tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah.

Dengan izin Allah kita masih selamat daripada jangkitan wabak selesema H1N1, dengan izin Allah kita senantiasa sihat zahir dan batin untuk meneruskan kehidupan.

Dengan izin Allah kita masih mempunyai peluang untuk menambah amal kebaikan, meninggalkan kemungkaran dan mengajak insan lain untuk maksud tujuan yang sama.

Pada masa yang sama, kehidupan seharian perlu diteruskan. Kita tetap perlu keluar dari rumah atas pelbagai urusan, sama ada mencari rezeki, membeli barang keperluan, menuntut ilmu, melaksanakan ibadah, menjalankan dakwah dan sebagainya.

Namun kita tidak tahu apakah ketentuan takdir yang akan berlaku kepada kita, terutamanya apabila keluar sahaja dari rumah, pergi ke pelbagai tempat, dan menemui pelbagai pihak, tanpa kita ketahui siapa pembawa wabak, atau di kawasan manakah virus itu terawang-awang di ruang udara.

Kini kita perlu sentiasa memakai penutup muka, kerap membasuh tangan, berusaha mengelakkan tempat yang sesak, serta berjumpa doktor apabila berasa kurang sihat, semuanya kita lakukan demi mengurangkan risiko penularan wabak penyakit H1N1.

Kini juga, kita perlu berbelanja lebih atas pembelian barangan kesihatan yang jarang kita gunakan sebelum ini, seperti penutup muka, cecair pencuci tangan, dan penyukat suhu badan.

Hal ini berbeza dengan situasi kehidupan kita sebelum ini. Selama ini kita dianugerahkan nikmat untuk bergerak ke sana sini tanpa sebarang kebimbangan.

Kita ke masjid untuk bersolat jemaah, kita ke taman permainan untuk beriadah, kita ke kedai atau pasar raya untuk membeli barangan keperluan.

Rupa-rupanya nikmat ketenangan fikiran tanpa terfikir sebarang wabak penyakit telah hilang daripada kita, digantikan dengan kebimbangan terhadap penularan H1N1. Hal ini membuatkan kita sentiasa berwaspada, mungkinkah virus itu di mana-mana.

Memikirkan hal ini, rupa-rupanya selama ini kita hidup kerana kasih sayang Allah yang Memberi perlindungan kepada hamba-Nya dan Mengurniakan daya upaya kepada hamba-Nya untuk melakukan perbuatan yang diinginkan.

Seharusnya situasi ini mencetuskan rasa keinsafan kepada kita, bahawa dengan segala nikmat kehidupan yang masih kita kecapi seharusnya kita manfaatkan dengan sebaik-baiknya, sementara nyawa masih dikandung badan. NAMUN....

KITA MUNGKIN TERLUPA...

BAHAWA dimusim musim perayaan KEMALANGAN MAUT lebih merbahaya dari H1N1...bayangkan dalam tempoh seminggu 200 lebih kematian di catatkan....


Kesimpulan

Wabak H1N1 dan wabak kemalangan maut di musim perayaan sebenarnya mengundang kita untuk sentiasa menyuburkan sifat bertawakal dan pengharapan kepada Allah pada setiap masa agar kita sentiasa terlindung daripada sebarang wabak penyakit, kejahatan makhluk, bencana atau apa jua kemudaratan.

Dengan doa, tawakal serta ikhtiar kita harapkan agar urusan kita dipermudahkan, diri kita dilindungi daripada wabak H1N1 dan kemalangan maut atau kemudaratan lain serta mendapat ganjaran pahala daripada Allah.

Rabu, 30 September 2009

Duit Raya Dulu Duit Raya Kini...

JIKA diingat kembali zaman kanak-kanak dulu, kita tidak pernah merungut begitu juga dengan kawan-kawan lain, malah kami senyum dengan ikhlas apabila dihulur duit raya lima sen atau 10 sen oleh tuan-tuan rumah yang kami ziarahi.

Duit raya paling banyak yang kita dapat waktu itu ialah 20 sen dan paling besar ialah 50 sen yang disedekahkan oleh tuan tuan rumah yang kami kunjungi...

Sehinggalah di penghujung hari, setelah seharian puas berhari raya dari satu rumah ke rumah yang lain, di tangan hanya ada RM1 atau paling banyak RM1.50. Dengan jumlah itu pun saya dan kekawan sudah senyum lebar kerana seperti beroleh kekayaan yang tak di duga.

Sebenarnya duit raya bukanlah motif utama saya dan kekawan lain seharian meredah tidak sahaja rumah jiran tetangga tetapi sehingga ke hujung kampung. Sebaliknya, ia semata-mata kerana seronok hendak berhari raya di rumah rakan-rakan sedarjah, terutama sekali guru-guru sekolah, malah ketua kampung, imam masjid sehinggalah rumah mak bidan.

Ketika itu duit raya bukan soalnya, jika tidak diberi pun tidak mengapa. Asal sahaja terhidang air dan pelbagai jenis kuih muih untuk dipulun al maklum saja lah musim raya.

Berbeza pula pada hari ini apabila pemberian duit raya itu semakin subur dibudayakan di kalangan masyarakat setiap kali tibanya Aidilfitri.

Daripada sekadar untuk 'suka-suka,' ia kini seolah-olah menjadi satu kemestian yang kadang kala membebankan kerana jumlahnya bukan lagi lima atau 10 sen sebaliknya paling rendah RM2 sehinggalah yang paling tinggi RM10 sehinggalah RM50 bagi seorang budak.

Malah kadang kala tanpa perlu 'merayap' atau pergi ke mana-mana, sekadar memerap duduk di rumah kerana ralit dengan pelbagai rancangan istimewa di televisyen, mudah-mudah sahaja mereka menerima 'angpau' raya itu.

KINI DUIT RAYA BAGAIKAN 1 KEWAJIPAN BAGI SETIP RUMAH YANG AKAN DIKUNJUNGI OLEH TETAMU TERUTAMA SEKALI KANAK KANAK..

Semua ini bagi memastikan hari raya dapat disambut tanpa sebarang cacat cela dan kekurangan.

KERANA penyediaan DUIT RAYA ada di antara kita yang sanggup bergolok bergadai sedangkan kebanyakannya bukanlah yang wajib dan dituntut oleh Islam,

Duit Raya merupakan satu isu dan polemik yang menarik untuk dibicarakan.

"Ini apabila ada di antara kita yang menganggap pemberian duit raya sebagai satu 'pelaburan', dengan harapan orang lain pula akan memberi duit raya untuk anak-anak mereka pula.

"Kononnya untuk tujuan simpanan atau menabung yang hendak digunakan di kala sesak dan susah tetapi lazimnya sering berakhir dengan perkara-perkara yang menyimpang daripada tujuan yang murni," sebaliknya duit pemberian hari raya akan terlepas ke kedai VEDIO GAME..yang kaya siapa yang habis siapa...Ini termasuklah duit itu dibelanjakan sesuka hati, membazir dan sebagainya.

"Namun banyak perkara kita perlu perhatikan dan ambil berat fenomena memburu duit raya di kalangan anak-anak zaman sekarang..mereka bukan nak merasa atau menjamah kuih kuih raya cuma sekadar minum sedikit air sirap atau oren dan menunggu serta mengharapkan duit raya sahaja.

Lazimnya jika di kampung-kampung dan taman taman perumahan kanak-kanak akan berkumpul beramai-ramai selepas sembahyang sunat hari raya dan mereka akan berbincang sesama mereka untuk memilih rumah-rumah siapa yang akan menjadi 'sasaran'.

"Ini menjadikan tradisi kunjung mengunjung untuk berkenal-kenalan, mengeratkan silaturrahim, bermaaf-maafan sebagaimana yang dituntut oleh agama sudah agak tercemar.

"Kanak-kanak itu tidak lagi mempunyai pemahaman yang baik mengenai kewajipan menziarahi di musim raya itu. Kebanyakan mereka akan bergerak dari satu rumah ke satu rumah yang lain semata-mata hanya kerana duit raya.

Kononnya lebih banyak rumah yang mereka 'redah' lebih banyak duit raya bakal diperoleh.

Malahan ada di antara mereka yang sanggup berkata: "Kami tak mahu minum, kami tak mahu makan, kami hanya nak duit raya aje."

Lebih teruk lagi apabila ada tanpa ditunggu-tunggu lagi, mereka terus membuka sampul duit raya.

Kanak-kanak ini kemudiannya terus mencemuh apabila habuan yang diberi tidak setimpal atau tidak seperti yang diharapkan,

"Takkan RM1 aje pakcik, rumah sebelah bagi RM2. Pakcik ni kedekutlah. Pakai kereta besar-besar tapi bagi duit raya, RM1 sahaja". Antara kata-kata sinis yang 'menghiris' kita mendengarnya.

Ada juga di kalangan kanak-kanak ini yang bargain dengan tuan rumah yang mereka kunjungi dengan berkata: "Raya tahun lepas, pakcik dah bagi RM1, takkan raya tahun ini RM1 juga lagi?"

Sebenarnya terdapat pelbagai lagi kerenah yang kurang menyenangkan apabila 'pemburuan' duit raya di kalangan kanak-kanak ini tidak dikawal.

"Kanak-kanak pada zaman 60-an dan 70-an agak berbeza lagaknya, kalau bertandang untuk berhari raya mereka tidak mementingkan duit raya tetapi kata-kata dan tingkah laku mereka adalah lebih berlapik.

"Mereka akan minum dan menjamah sedikit makanan yang dihidangkan, kemudian barulah bersalaman dengan tuan rumah sebelum beredar.

"Dan sekiranya duit raya yang diberi 20 sen atau pun 50 sen, kita tidak pernah merungut sebaliknya berterima kasih kepada tuan rumah dan terus berkunjung ke rumah yang lain pula,"

ADUHAI DUIT RAYA...

Selasa, 15 September 2009

BERHATI HATI DI JALAN RAYA

PADA hari pertama Ops Sikap kali ke-20 iaitu pada 14 September 2009 telah mencatatkan angka kematian seramai tujuh orang akibat nahas jalan raya. Angka ini dijangka akan terus meningkat menjelangnya waktu puncak iaitu dua atau tiga hari sebelum dan selepas hari raya.Saban tahun, Ops Sikap diadakan bertujuan mengurangkan angka kemalangan jalan raya pada musim perayaan, sekali gus mengurangkan kehilangan nyawa yang begitu berharga.

Menjelang usianya yang kedua puluh ini, diharapkan suatu statistik yang lebih baik dapat dilihat apabila berakhirnya Ops Sikap ini.Pelbagai pihak telah cuba sedaya-upaya bagi mencapai objektif meminimumkan nahas jalan raya pada musim perayaan.

Bukan sahaja pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) turut melaksanakan tanggungjawabnya dengan kolaborasi agensi-agensi kerajaan yang lain.Pelbagai pendekatan telah dan akan diambil bagi menurunkan kadar kemalangan dan angka nahas yang maut ekoran insiden ini. Antaranya ialah larangan ke atas kenderaan barangan menggunakan jalan raya pada 18, 19 September 2009 (sebelum Hari Raya) dan 26, 27 September 2009 (selepas Hari Raya).Juga pemantauan dan kawalan trafik melalui 19 Menara Kawalan Trafik PDRM, pemantauan dan pemeriksaan perkhidmatan bas ekspres di depoh dan 35 lokasi terminal bas, pengurangan had laju maksimum sebanyak 10km/j bagi Jalan Persekutuan dan Negeri mulai 13 hingga 27 September 2009, penggalakkan penggunaan sistem pengangkutan awam serta kempen-kempen advokasi keselamatan jalan raya.

Menteri Kerja Raya juga telah mengarahkan kerja-kerja pembaikpulihan di lebuh-lebuh raya dihentikan buat seketika bagi mengurangkan risiko kesesakan dan yang lebih penting meminimumkan jumlah kemalangan.

Sungguhpun begitu, Ops Sikap ini seringkali dipandang enteng dan kurang penting oleh pengguna-pengguna jalan raya yang terbabit. Dalam mereka berwaspada dengan perangkap-perangkap had laju, pedal minyak kembali ditekan setelah lokasi penguat kuasa polis atau kamera perakam kelajuan dilepasi.Inilah sebenarnya masalah yang besar yang dilihat sukar ditangani saban tahun. Aktiviti memotong barisan boleh dilihat di mana-mana jalan asal ada sahaja barisan.

Di mana ada barisan, di situlah ada yang mengambil kesempatan memintas, tanpa memikirkan perasaan mereka yang berbaris menunggu sekian lama berbaris.Apa sahaja yang difikirkan cepat, akan mereka lakukan tanpa mengira ia garisan berkembar, bahu jalan atau selekoh. Namakan apa sahaja.Kita seharusnya ingat bahawa mungkin disebabkan perbuatan kita, ada orang lain yang menjadi mangsa. Kita mungkin terlepas namun orang lain mungkin terbabas kerana mengelakkan kenderaan kita begitu deras dan pantas.

Harga satu nyawa amatlah berharga. Apakah justifikasi yang harus diberikan untuk bilangan kes kematian di jalan raya jika bukan kerana sikap kita sendiri.

JADI BERHATI HATI DIJALAN RAYA KETIKA MEMANDU DAN INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG.....

Isnin, 14 September 2009

Melayu Di Hina Di Bumi Sendiri..

Para pemimpin UMNO menyifatkan cadangan perwakilan MIC supaya meletakkan 'kalungan selipar' pada gambar Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai perbuatan melampau, biadab dan kurang ajar.

Sehubungan itu mereka mendesak pimpinan MIC supaya segera bertanggungjawab dengan mengambil tindakan ke atas perwakilan berkenaan termasuk parti itu sendiri perlu meminta maaf kepada Dr. Mahathir.

''Kalau mereka hendak dihormati orang lain mereka mesti juga menunjukkan kepimpinan yang sopan santun, hormat menghormati seperti kita warisi daripada pemimpin-pemimpin terdahulu.

''Hanya dengan cara itu sahaja dapat kita hidup dengan harmoni, stabil dan padu mengajar generasi apa maksud sebenarnya gagasan 1Malaysia....

Cadangan itu dilontarkan sewaktu sesi perbahasan pada Perhimpunan Agung MIC ke-63 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Rata rata mengharapkan agar BN mengambil tindakan sekiranya pimpinan MIC membiarkan perkara ini berlalu begitu sahaja demi menjaga kerukunan dalam BN.

Mereka kena cari jalan menonjolkan perancangan dan kerja yang baik, bukan dengan menyalahkan orang lain apatah lagi menghina pemimpin besar negara. Budaya seperti ini bukan budaya BN. MIC perlu bertanggungjawab,

Rakyat Malaysia merasakan cadangan itu sangat kurang ajar dan melampau kerana ia penghinaan kepada Dr. Mahathir yang menjadi pemimpin untuk semua kaum di negara ini bagi satu tempoh yang lama.

Teguran dan pandangan Dr. Mahathir itu adalah pandangan seorang negarawan ulung dan jika ada yang tidak bersetuju, masih ada kaedah lain untuk menyuarakan pendapat.

Perwakilan MIC sudah menunjukkan tahap kurang matang dalam menyatakan pandangan. Memainkan isu seperti ini menghadirkan rasa marah orang Melayu.

Mendesak MIC mengambil tindakan disiplin kepada perwakilan terbabit dengan menggantung keahliannya serta merta kerana BN tidak memerlukan ahli seperti itu.

Katanya, perbandingan dengan selipar termasuk tempat alas kaki untuk menjatuhkan maruah seseorang amat ditegah oleh masyarakat Melayu dan berupa satu penghinaan yang tidak boleh dimaafkan.

Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu, jika dia benar-benar ikhlas supaya memohon maaf bagi pihak MIC di atas sikap kurang ajar perwakilan tersebut.

Dalam hal ini MIC jangan lupa bahawa menghina Dr. Mahathir samalah menghina seluruh ahli dan pemimpin UMNO serta orang Melayu...

Ahad, 23 Ogos 2009

PKR oh PKR


  • ANGGOTA Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lunas, Kedah, Mohd. Radzhi Salleh mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan melepaskan semua jawatan dalam parti serta mengisytiharkan dirinya menjadi wakil rakyat Bebas selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti tersebut.
  • Beliau tidak melepaskan jawatan sebagai Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia negeri.

  • PKR Padang Serai dibubar. 200 ahli bertindak keluar parti.

  • Bekas ahli PKR mendakwa kekecohan melibatkan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan ketika proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Isnin lalu, dibuat atas arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim.( yang kemaruk kuasa untuk menjahanamkan MELAYU di Malaysia ) Tak nampak kah lagi kita orang orang Melayu..terutama puak puak PAS..yang sekarang ini pening lalat dek Tok Guru Nik Ajis yang ( KINI MEMEGANG SYURGA DAN NERAKA )

  • Mohd. Radzhi yang kini menjadi wakil rakyat Bebas serta ahli parti lain mengisytiharkan berbuat demikian setelah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan selain menganggap perjuangan PKR kini tidak lagi seiring dengan matlamat asal penubuhannya.


    KEBERKATAN BULAN RAMADHAN, bulan yang mulia ini, saya ingin mengumumkan pembubaran PKR Bahagian Padang Serai berkuat kuasa serta-merta dan keluar parti. Tindakan saya ini disokong semua 14 ahli jawatankuasa bahagian.

    “Amat menyedihkan, PKR tidak lagi memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu sebaliknya hanya mengutamakan kepentingan politik peribadi dan pemimpin-pemimpin atas pula hanya pandai bersandiwara dan bermain politik peribadi,”

    Jamaludin turut menyarankan rakan-rakannya di bahagian lain di seluruh negara mengikut langkahnya, memandangkan perjuangan asal PKR tidak lagi relevan dan berkepentingan rakyat.

    “Saya tak letak jawatan Exco kerana itu hak Sultan Kedah, kalau Sultan suruh saya letak, saya baru letak,” katanya yang menyertai PKR sejak 1998.

    Tambahnya, beliau akan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasannya di samping memberi sokongan penuh kepada kerajaan Pusat di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    “Namun semenjak PKR berjaya menguasai dan memerintah beberapa negeri selepas Pilihan Raya Umum 8 Mac lalu (2008), saya lihat hala tuju parti telah berubah. Ia menjurus kepentingan peribadi pula, orang yang bekerja kuat untuk pucuk pimpinan parti pula diketepikan.

    Mohd. Radzhi Salleh......Tak pe lah jadi wakil rakyat bebas lebih seribu elok dan baik dari PKR...



    Khamis, 13 Ogos 2009

    Rakusnya H1N1


    14 Ogos – Kementerian Kesihatan diminta mendedahkan lokasi-lokasi panas kes selesema babi atau influenza A (H1N1) terutama kawasan yang membabitkan kematian atau mempunyai kadar jangkitan tinggi supaya orang ramai lebih berwaspada.

    Melalui pendedahan itu, orang ramai boleh mengelakkan kawasan tersebut sama seperti larangan yang dikenakan oleh kerajaan terhadap lawatan ke negara-negara yang dilanda wabak itu sebelum ini., kerajaan perlu bersikap lebih terbuka dengan mendedahkan lokasi-lokasi yang mencatatkan jumlah kes jangkitan dan kematian tinggi akibat wabak H1N1.

    “Maklumat mengenai lokasi-lokasi tersebut akan memberi mesej dan panduan kepada orang ramai agar sentiasa berwaspada selain meningkatkan tahap berjaga-jaga apabila berada di kawasan tersebut.“Sebagai contoh, jika seseorang mahu mengunjungi mana-mana kawasan yang telah diklasifikasikan sebagai berisiko H1N1, maka mereka secara sendirinya akan meningkatkan tahap berjaga-jaga,”

    Kaedah melabelkan lokasi-lokasi panas H1N1 perlu dilakukan mengikut kadar jangkitan dan kes kematian akibat wabak itu di sesuatu kawasan.Selain itu, dicadangkan kementerian membeli sejenis alat pengesan virus H1N1 yang dikatakan dijual di luar negara secara pukal untuk dibekalkan kepada pusat perubatan termasuk klinik-klinik swasta tempatan.“Dengan adanya alat itu, lebih ramai pegawai perubatan dapat melakukan kerja-kerja pengesanan virus H1N1 di kalangan pesakit mereka dengan cepat dan praktikal dalam usaha menangani penularan wabak H1N1,”

    Langkah mendedahkan lokasi panas H1N1 itu perlu memandangkan kes kematian akibat wabak itu di negara ini semakin meningkat sehingga mencecah lebih 51 orang setakat ini.

    “Kawasan atau daerah di negeri yang mencatatkan kes H1N1 tinggi perlu didedahkan kepada orang ramai sama seperti kaedah yang digunakan kerajaan dalam menangani wabak denggi selama ini,”

    “Keadaan ini akan menyebabkan masyarakat atau institusi di sekitar lokasi itu lebih sedar akan bahaya wabak H1N1 sekali gus mengambil langkah lebih ketat untuk mengelak penularan wabak itu seperti membatalkan semua majlis terbuka,”

    Kerajaan perlu mendedahkan lokasi panas H1N1 di seluruh negara agar masyarakat boleh mengambil langkah-langkah pencegahan yang sepatutnya.Kementerian Kesihatan berbuat demikian bukan bertujuan untuk menimbulkan rasa panik dalam kalangan rakyat sebaliknya hendak meningkatkan tahap kesedaran orang ramai terhadap wabak H1N1.

    “Selain itu, kerajaan perlu meningkatkan kekerapan hebahan maklumat berkaitan H1N1 di media massa kerana kita dilihat masih ketinggalan berbanding negara-negara luar dalam aspek ini,”

    Rabu, 12 Ogos 2009

    Ingat dan Fikir

    1 Malaysia ......... PDRM yang cekap dan tegas tunggu apa lagi kalau dah melampau boleh menghina Agama Islam...ISA kan mereka mereka ini....

    KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA


    13 Ogos –SERINDIK MERAH menyokong penuh saranan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengingatkan kumpulan ekstremis dan pelampau bahawa tanpa institusi raja yang menjaga golongan majoriti orang Melayu, negara ini tidak mungkin aman,makmur dan maju.

    Kerana institusi rajalah, negara ini yang suatu ketika dikenali Tanah Melayu kemudian Malaya seterusnya Malaysia terus kekal stabil dan makmur didiami pelbagai kaum terutama Melayu,Cina,India dan pelbagai kaum lagi di Sabah n Serawak termasuk pendatang halal mahupun haram....

    Oleh itu kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan ekstremis yang cuba mewujudkan unsur perpecahan dalam negara,yang kebanyakannya ditaja oleh PAKATAN PEMBANGKANG (PKR,PAS DAN DAP )

    “Menghormati institusi raja dan agama Islam sudah ada dalam Perlembagaan Negara, kalau tidak suka, keluarlah dari negara ini.( Pakatan Pembangkang kena hafal dan hayati RUKUN NEGARA )

    “Selama 52 tahun negara kita aman makmur, tiba-tiba PAKATAN PEMBANGKANG cuba hancurkan semua ini, sengaja nak buat kacau ,huru hara,menggangu ketenteraman rakyat kerana nak kan sesuatu..

    “Dulu mereka diberi kerakyatan setelah setuju mahu patuhi syarat-syarat yang diberi, kalau tak suka lagi, keluarkan mereka dan kalau ada orang Melayu sendiri tak suka, keluarkan juga mereka dengan melucutkan kerakyatannya,”

    Rata rata orang Melayu marah terhadap kandungan satu blog baru-baru ini menghina Islam, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah serta Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

    Sebelum itu pelbagai pihak turut mengkritik tindakan Exco DAP negeri Selangor, Ronnie Liu yang campur tangan dan mempertikaikan tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merampas minuman keras di Seksyen 8, Shah Alam dan tindakan Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Jeff Ooi mengaitkan syariah Islam sebagai ekstremis.

    Setiap orang Islam wajib mempertahankan agamanya daripada dihina oleh mana-mana pihak dan tidak seharusnya menyokong penghinaan itu dengan apa sahaja alasan.

    “Jangan kerana politik, mereka sanggup menjual agama. Dalam Islam, kita diwajibkan untuk pertahankan agama daripada dihina, bukan melakukannya kerana kepentingan diri,” sebagaiman yang dilakukan oleh PKR,PAS dan disokong oleh DAP.

    Kita kena ingat,Islam juga tidak membenarkan umatnya menghina agama lain kerana perbuatan saling menghina itu hanya akan menyebabkan berlaku suasana tidak tenteram.

    JADI DAN INGATLAH WAHAI PKR,PAS DAN DAP.....

    INI MALAYSIA ....1MALAYSIA

    Isnin, 3 Ogos 2009

    Melayu Sedang Di Buli


    Serindik Merah 4 Ogos - PKR ( IBU SEGALA PENGANJUR ) perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara, Sabtu lalu dipercayai mengeluarkan belanja yang banyak bagi menarik orang ramai menyertai mereka dalam perhimpunan ini.

    Melihatkan penahanan peserta perhimpunan dan sumber yang diperolehi , turut mendapati motif perhimpunan bertujuan mengalihkan perhatian rakyat terhadap beberapa kes mahkamah termasuk kes liwat membabitkan Anuar Ibrahim.

    dipetik dari sumber ''Anak-anak muda yang mengambil bahagian ini secara sinis mengatakan mereka terima upah untuk berarak. Ini agak mengejutkan pihak penganjur kerana mungkin tidak menyangka rahsia mereka akhirnya bocor juga.

    Perhimpunan haram anjuran Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) itu mengakibatkan orang ramai terperangkap dalam kesesakan jalan raya manakala peniaga menutup premis masing-masing dan banyak kejadian yang tak diingini terjadi...

    AKHIRNYA banyak pihak menuntut tindakan tegas harus dikenakan terhadap dalang di sebalik GMI supaya kejadian tersebut tidak berulang.

    ISA MESTI DI KEKALKAN....

    Ahad, 2 Ogos 2009

    Syabas PM ( ISA )

    SM 3 Ogos - Petunjuk Indeks Prestasi (KPI) kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak utuh di sisi rakyat berikutan tindakan yang amat cekap polis terhadap perhimpunan aman anti-ISA pada 1 Ogos baru-baru ini.

    Iklan

    "Syabas PDRM dalam operasi standard (SOP) untuk memberi justifikasi kepada tindakan ganas terhadap perhimpunan dan perarakan yang di anjurkan oleh anuar ibrahim ( yang kemaruk kuasa )

    "Perhimpunan dan perarakan yang dianjurkan oleh pembangkang sentiasa berlangsung dengan huru hara dan kekecohan.

    "Dalam perarakan baru baru ini,hampir 100% kedai-kedai ditutup, orang awam yang bertempiaran lari dan segala pengangkutan awam tidak beroperasi pada hari tersebut.Ini adalah salah satu contoh yang tidak baik dalam satu satu perhimpunan dan perarakan haram.

    Apa yang berlaku dalam demonstrasi anti-ISA baru baru ini memperjelaskan lagi ketegasan polis untuk meyakinkan kepada orang ramai bahawa ia bertindak mengikut SOP bagi memastikan keamanan dan tidak ada kekecohan.

    "Tetapi perhimpunan anti-ISA pada 1 ogos pihak pakatan pembangkang terpaksa berhadapan dengan tindakan cekap pihak polis kerana ia menacabar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang sentiasa tunjang keamanan negara.

    Kepentingan ISA dibuat semata-mata untuk menjaga kepentingan dan keselamatan negara dari segala sudut dan bukan kepentingan Umno dan BN tetapi untuk keamanan negara.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ayuh bangun dan tegas demi maruah negara dari diperkotakatik oleh musuh musuh negara.


    Khamis, 30 Julai 2009

    ( ISA ) BN PERTAHANKAN


    Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) memang terkenal dengan kezalimannya. Ia membawa daki karat memisahkan isteri dan suami, ayah dan anak-anak, merosakkan tali persaudaraan dan ikatan persahabatan : INI KATA DARI HATI PERUT PAKATAN PEMBANGKANG

    Ada keluarga berantakan dan bercerai-berai. Ada anak yang tertekan jiwa sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital ekoran tidak tertahan menanggung kesan psikologi yang amat sangat:KATA PAKATAN PEMBANGKANG LAGI.

    Tidak kurang karenah jahat polis cawangan khas (SB) yang menabur fitnah, mengadu-domba, selain cuba mematahkan semangat dan menghina idealisme perjuangan tahanan.

    Banyak buku-buku yang ditulis oleh bekas tahanan mendedahkan konspirasi jelik SB, pastinya setelah mendapat restu Menteri Dalam Negeri, yang tidak pernah mengira halal-haram dan dosa-pahala dlm mengatur pemerintahan.

    Serambi kuasa

    Demi memuaskan nafsu golongan elit politik yang menguasai takhta dan singgahsana kuasa, SB tadi mempergunakan pelbagai cara untuk menundukkan kumpulan atau individu yang dilihat bolehmenggugat teraju pemerintahan (bukan menggugat keselamatan awam). Walhal dalam sistem demokrasi, pemerintah boleh dicabar dan digugat penguasaan mereka, asalkan ia dibuat melalui saluran undang-undang yang sah.( PIHAK BERKUASA BUKAN BUAT SESUKA HATI WAHAI PAKATAN PEMBANGKANG )

    Namun, terdapat salah tanggap masyarakat yang harus diperbetulkan tentang kezaliman ISA ini. Antaranya, anggapan bahawa ISA hanya mencari mangsa di kalangan aktivis politik atau NGO yang pandangan mereka tidak selari dengan sikap pemerintah.( DUHAI PAKATAN PEMBANGKANG ISA TAK ZALIM )

    Dan dakyah yang selalu dikemundangkan adalah kerajaan terpaksa bertindak awal bagi mencegah sebarang kemudaratan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

    ISA sememangnya alat dan perkakas paling berkesan buat pemerintah yang begitu takutkan suara rakyat demi mempertahankan kuasa mereka. Kerajaan yang rasuah, korup, membazir, mengaut khazanah negara untuk mengisi tembolok diri dan kroni, serta menindas golongan yang sentiasa kritikal dengan penyelewengan pemerintah, selalunya hidup dalam ketakutan. Mereka bimbang kuasa sukar dipertahankan jika segala salah laku didedahkan kepada umum.

    Jalan paling mudah adalah dengan mencari alasan dan daleh agar seteru politik mereka bukan saja dapat dijinakkan tetapi juga dipenjarakan. Sebelum itu pintu untuk rakyat bersuara dipersempitkan dan ruang demokrasi ditutup. Pentas-pentas debat melalui siri ceramah politik akan cuba dipersukarkan.( WAHAI PAKATAN PEMBANGKANG KALAU TAK ISA DAH LAMA NEGARA HURU HARA )

    Cegah jenayah

    Pihak polis yang sepatutnya menumpukan usaha mencegah jenayah dikerah untuk mengawal perhimpunan pembangkang, suatu tindakan yang hanya membazirkan tenaga, masa dan dana awam.

    Polis cawangan khas dan perisikan yang lebih diperlukan untuk membanteras jenayah yang semakin berleluasa telah difokuskan untuk melumpuhkan potensi parti-parti alternatif yang dilihat berupaya mencabar kedudukan dan kuasa pemerintah.( MEMANG PAKATAN PEMBANGKANG SELALU MENCABAR KESELAMATAN NEGARA )

    Keselamatan negara memang aspek penting yang mesti dipertahankan. Kita tidak sewajarnya bersikap sambil lewa atau berkompromi dengan anasir-anasir yang boleh menggugat keharmonian awam dan menyebabkan masyarakat majmuk di negara kita bercakaran dan berpecah-belah.( PAKATAN PEMBANGKANG PENYEBAB MASYARAKAT BERPECAH BELAH )

    Namun,ia sesekali tidak boleh dijadikan alasan untuk pemerintah dengan sewenang-wenangnya menggunakan ISA untuk menahan mereka yang disyaki akan terbabit dengan kegiatan subversif.

    Prinsip keadilan sejagat dan hak asasi manusia, terutama hak untuk berhimpun, bersuara dan berpersatuan harus dihormati semua pihak. Kerajaan yang bertanggungjawab dan matang sama sekali tidak pernah bimbang kuasa mereka akan dijatuhkan hanya dengan peningkatan kesedaran berpolitik rakyat.

    Rakyat yang terpelajar dan sedar tentang hak-hak awam sebenarnya dapat membantu membangunkan lagi sesebuah negara. Mereka dapat memberi sumbangan terbaik buat negara,tanpa rasa takut dan bimbang. Tidaklah seperti berlaku dalam negara kita apabila ramai cendekiawan, sebahagiannya bertaraf profesor, yang dikunci mulut dan dizip bibir daripada menyuarakan kepentingan ramai, mengikut bidang pengkhususan masing-masing.( MEREKA INI TELAH TERMAKAN HASUTAN PAKATAN PEMBANGKANG)

    JADI KALAU TAK ADA ISA..PAKATAN PEMBANGKANG AKAN BUAT KENDURI 7 HARI 7 MALAM....

    SEDANGKAN ADA ISA NI PUN MEREKA CABAR KERAJAAN....

    ALAHAIIII.....

    Kehendak Utama Pakatan Rakyat

    SERINDIK MERAH 31Julai- Pakatan Rakyat semalam sebulat suara mendesak agar Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak dilanjutkan lagi khidmatnya dan perlu digantikan dengan KPN yang lebih berwibawa.

    ImageMenurut Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, desakan itu dibuat selepas dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang dihadiri seluruh kepimpinan parti DAP, PAS dan KeADILan menyetujui bahawa Musa Hassan tidak berjaya mengurangkan kadar jenayah di negara ini.( BANYAK KESALAHAN YANG DIBUAT DAN DIRANCANG OLEH PUAK PUAK PAKATAN PEMBANGKANG)

    Beliau berkata demikian dalam sidang medianya bersama wartawan di Bilik Jawatankuasa 1, Bangunan Parlimen pada petang semalam.

    Turut hadir ialah, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden KeADIlan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib-naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayob dan Dato' Mahfuz Omar; Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali, Dr Lee Boon Chye dan Sivarasa Rasiah; Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh; Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin; Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan dan ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin selain beberapa pimpinan PR lagi.

    Menurut Anwar, masalah jenayah dan rasuah masih terus membelenggu negara hingga persepsi negara lain buruk terhadap Malaysia.( ANUAR LAH KAKI RASUAH WAKIL WAKIL RAKYAT,TAPI ANUAR TAK SEDAR )

    Tambahnya, Pakatan Rakyat akan meminta satu pertemuan diadakan dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak berhubung hal tersebut, dan meminta Perdana Menteri mempertimbangkan tuntutan itu.

    Musa juga dakwa Anwar, terbabit dengan beberapa skandal yang hingga kini masih disangsikan beberapa siasatan yang tiada keputusan ke atasnya.

    Pakatan Rakyat juga melihat, kegagalan Musa mengatasi kemelut jenayah yang berpanjangan dan semakin parah adalah satu kegagalan besar membuatkan rakyat kini semakin bimbang dengan masalah jenayah, katanya.

    Sementara itu, Pakatan Rakyat turut memutuskan beberapa resolusi antaranya; Musa tidak sepatutnya memohon perkhidmatannya sebagai Ketua Polis Negara disambung dua tahun lagi; pelantikan ketua polis negara yang baru; Perdana Menteri patut memasukkan Indeks Prestasi (KPI) bagi pencegahan jenayah pelbagai kategori yang dicadangkan dalam Laporan Suruhanjaya Diraja Polis Dzaiddin dan Menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis.

    SIAPA ANUAR NAK ARAH PM ITU INI BEGITU BEGINI...

    SIAPA PAKATAN RAKYAT NAK TENTUKAN NEGARA INI....NAK HURU HARA NEGARA PAKATAN RAKYAT MEMANGGGG BOLEH...

    SERINDIK MERAH BERKATA ; BOLEH BELAH PKR DAP PAS.......

    Khamis, 23 Julai 2009

    PKR,DAP DAN PAS :Sakit Hati atau Rosak Hati


    DI mana hati anda?

    Perkataan 'heart' seringkali diterjemahkan sebagai 'hati' dalam konteks sosial dan perasaan sedangkan dari sudut biologi pula maknanya salah sama sekali. Maka, masih menjadi kebiasaan seseorang itu tidak mengetahui kedudukan, fungsi mahupun masalah kesihatan berkaitan hati, dan mungkin juga beberapa struktur dan organ badan yang lain.

    l Sakit dan rosak

    Di mana hati anda? Hati atau hepar (dalam bahasa Greek), merupakan organ dan kelenjar terbesar di dalam badan dan berada di sebelah bawah tulang rusuk kanan, bukannya di sebelah kiri dada (kedudukan jantung).

    Pakar Gastroenterologi Dr Serindik Merah menjelaskan hati juga mempunyai dua bahagian utama, kiri dan kanan, beserta pundi hempedu di bawahnya.

    "Hati adalah organ penting untuk menapis bahan berbahaya dari dalam darah dan membuangnya dari badan. Hati juga penting untuk penghadaman dan metabolisme protein serta karbohidrat."

    Dr. Serindik Merah menegaskan sakit hati dan rosak hati berbeza. Sakit hati adalah istilah orang ramai yang biasanya merujuk kepada sakit di bahagian hati yang mana puncanya adalah berbagai seperti jangkitan virus hepatitis atau akibat minuman keras. Ianya juga boleh disebabkan oleh hati yang bernanah (abscess) atau masalah batu hempedu.

    Kerosakan hati PKR DAP dan PAS akan membawa kehancuran,kerharmonian dan kedamaian NEGARA KITA..

    1Malaysia..


    Gejala penyakit hati, ialah kemaruk nak perintah negara...gila kuasa..tamak...rakus...

    dan semua ini berada di hati Pemimpin PKR DAP PAS dan........

    PKR DAP PAS PUN TIDAK BERSATU HATI....

    Tidur satu bantal..mimpi lain lain..

    Anuar Ibrahim Kemaruk Kuasa



    SERINDIK MERAH 24 Julai - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim sengaja mahu mengelirukan rakyat apabila mempersoalkan langkah kerajaan menubuhkan inkues dan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock.

    Kerajaan berusaha sebaik mungkin menegakkan keadilan kepada semua pihak berhubung tragedi kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco kerajaan negeri Selangor itu.

    Sikap Anwar yang masih tetap tidak berpuas hati terhadap apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan menunjukkan beliau mempunyai agenda tertentu.

    ''Bermacam-macam tuduhan dilemparkan kepada kerajaan, semua pihak menuding jari kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

    ''Ini menunjukkan mereka seolah- olah sengaja mahu membakar sentimen perkauman dalam kalangan rakyat,''

    Semalam, Kabinet bersetuju menubuhkan satu inkues yang diketuai oleh seorang majistret bagi menentukan punca kematian Beng Hock minggu lalu.

    Perkara tersebut telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan turut bersetuju menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja bagi meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang diguna pakai SPRM.

    Sebelum ini, pihak pembangkang menjadikan kes kematian Beng Hock sebagai modal politik dengan mengadakan perhimpunan haram sambil mengkritik kerajaan, polis dan SPRM.

    Apabila kerajaan bersetuju menubuhkan inkues dan Suruhanjaya Diraja tersebut, Anwar pula mempersoalkan kewajaran langkah itu.

    ''Dia (Anwar) awal-awal lagi sudah membuat andaian dan tuduhan melulu, kononnya inkues dan suruhanjaya itu mempunyai kepincangan dan kelemahan,"

    ''Sudah menjadi lumrah politik, dia sentiasa mempertikaikan apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan walaupun usaha tersebut untuk kebaikan rakyat,''

    Anwar sepatutnya memberi sepenuh kebebasan dan ruang kepada inkues dan suruhanjaya diraja memulakan tugas mereka.

    Sebelum itu, Anwar dalam laman blognya menuduh suruhanjaya diraja yang ditubuhkan itu bukan untuk menyiasat punca sebenar kematian Beng Hock, tetapi hanya mengkaji peraturan soal siasat seterusnya dan tidak menjawab teka-teki kematiannya.

    Apa lagi si Anuar ni tak puashati...

    Selasa, 21 Julai 2009

    Jangan Tangguk Di Air Keroh



    SERINDIK MERAH amat kesal apabila kes kematian mendiang Teoh Beng Hock baru-baru ini dieksploitasi sebegitu rupa oleh pihak pembangkang sehingga menjadi sensasi.

    Penulis-penulis blog berlawanan kerajaan mengulas isu ini dan komen-komen yang diberi amat serius dan sangat melampau. Ada antaranya berbau perkauman dan tidak masuk akal sama sekali.

    Serindik Merah juga amat sedih akhbar-akhbar berbahasa Cina menyiarkan berita kematian berhari-hari hingga enam muka surat, sehinggalah hari pengkebumian. Mengalahkan berita kemerdekaan negara. Apa hal ini?

    Pada blog Lim Kiat Siang anda boleh membaca dan menilai cara penulisan dan komen-komen diberi.

    Serindik Merah tidak berniat membawa isu ini dari sudut perkauman, saya cintakan perdamaian dan kemakmuran seperti sekarang.

    Tetapi bagi serindik merah ia seperti telah ada api dalam sekam dan kudis di badan telah merebak. Jika isu sebegini berterusan mungkin parah dan kemusnahan akan berlaku pada negara. Bagi mereka ini semua kerja buruk dan jahat Barisan Nasional serta UMNO.

    Sehingga media-media berbahasa Melayu juga di hambur cerca. Pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus dicaci dan tidak dipercayai. Malah boleh dikatakan cubaan menghasut.

    Serindik Merah juga kesal terhadap parti yang berjuang atas nama Islam ( PAS ) tetapi sanggup juga bersama mengepalai dan menjaja isu ini pada ceramah-ceramah yang diadakan.

    Serindik Merah juga bersimpati kepada keluarga mendiang, juga berminat mengetahui punca kejadian sebenar dan menyerahkan kes ini pada pihak polis untuk menyelesaikannya dengan penuh profesional.

    Sehingga kini serindik merah amat percaya dan penuh yakin kepada polis Malaysia menjalankan tugas. Tidak perlulah di adakan suruhanjaya bebas menyiasat perkara ini. Serindik Merah percaya kebenaran akan menjelma dan segala kemusykilan akan terjawab akhirnya.

    Akhir kata Serindik Merah mohon dan merayu kepada rakyat Malaysia supaya dapat memikirkan perkara ini dengan penuh tawaduk dan melihat berdasarkan fakta yang jelas dan logik.

    Kita tolak retorik yang pandai bermain dengan kata-kata manis dan kepetahan berpidato ( PAS,PKR dan DAP ) yang pandai mengambil kesempatan menggunakan isu untuk kepentingan diri dan kumpulan mereka.

    KESIHAN MENDIANG..






    Zaid Ibrahim Bagaikan Kacang Lupakan Kulit


    SERindik MeraH 22 Julai - Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, mengingatkan Datuk Zaid Ibrahim supaya tidak bersikap lupa diri setelah mengecap kejayaan semasa berada dalam UMNO.

    MT UMNO, tindakan Zaid mendakwa perjuangan UMNO masa kini bersifat perkauman adalah tidak tepat kerana parti itu merupakan komponen Barisan Nasional (BN) yang selama ini memperjuangkan nasib semua kaum.

    ''Tindakan Zaid membuat dakwaan (dalam blognya) itu dilihat seperti orang yang lupa diri selepas mendapat faedah dan kejayaan menerusi UMNO ketika berada dalam parti.

    ''Beliau (Zaid) perlu ingat bahawa kejayaan firma beliau juga berlandaskan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan,"

    Tindakan Zaid mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan dakwaan terhadap perjuangan UMNO adalah berbentuk perkauman.

    Tindakan Zaid itu dianggap seperti tidak memahami 'asam garam' politik seolah-olah masih mentah dalam berpolitik.

    ''Zaid masih baru ketika berada dalam UMNO, dia tidak pernah berasa susah dan menghadapi naik turun dalam politik sebaliknya terus menjadi menteri,"

    Disini serINDIK MeRaH ingin menyarankan agar Zahid Ibrahim ( yang tidak diperlukan lagi dalam UMNO ) agar terjun dengan labunya dan tidak mengajak orang lain terjun sekali untuk berkubur dalam kelemasan.

    BIARKAN BIARKAN biarkan.

    Isnin, 20 Julai 2009

    MU vs RAKYAT


    SeMENJAK DUAmenjak MALAYSIA dilanda demam Manchester United (MU) - kelab bola sepak paling popular di dunia - yang mengadakan kunjungan ke negara ini. Sesi latihan pasukan itu sahaja disaksikan lebih 40,000 penonton. Petang semalam, Stadium Bukit Jalil, dibanjiri lebih 85,000 penonton, sekali gus mencatatkan jumlah penonton teramai di stadium itu setakat ini biarpun dibandingkan ketika upacara pembukaan Sukan Komanwel pada 1998.

    AKAN TETAPI 2 PERLAWANAN TETAP MALAYSIA KALAH JUGA KENA 5-2.

    Begitulah penangan MU. Walaupun Awang bukan peminat MU tetapi mengakui pengaruh besar pasukan itu kepada para peminat bola sepak di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Untuk seketika, para penonton dari semua kaum, agama dan pengikut pelbagai parti politik, melupakan segala perbezaan dan isu-isu semasa yang panas sebaliknya bersatu hati untuk menyaksikan persembahan MU bimbingan Sir Alex Ferguson.

    AGUNGKAN ORANG PUTIH TAPI BAHASA ORANG PUTIH NAK DI MANSUHKAN DALAM SAINS N MATEMATIK....

    Tetapi ada perkara yang lebih menggembirakan Awang iaitu prestasi pasukan kita yang beraksi dalam perlawanan persahabatan dengan MU.

    Percaya atau tidak rakyat Malaysia turut berbangga dengan persembahan Pasukan Malaysia yang hanya tewas tipis 2-3 kepada MU yang dibarisi pemain hebat bertaraf dunia. Dua jaringan menarik Amri Yahyah cukup menceriakan. Pasukan negara sememangnya mempamerkan permainan mantap, lebih bertenaga dan menyakinkan - tidak seperti kebanyakan aksi mereka sebelum ini. Ramalan ramai bahawa pasukan kita akan dibelasah teruk tidak menjadi kenyataan, semalam.( MU hanya bermain 45% permainan mereka 55% di sembunyikan atau lebih tepat lagi pemain MU hanya nak mengeluarkan peluh sebab ditaja oleh Malaysia). Ternyata bahawa perbezaan saiz badan, pengalaman dan taraf, bukan penghalang untuk para pemain negara memberikan saingan terbaik kepada MU. Tetapi terlalu awal untuk berpuas hati kerana ini adalah perlawanan persahabatan saja.

    Apa pun, Rakyat berharap, prestasi yang ditunjukkan akan menjadi titik tolak baru kepada kebangkitan pasukan negara sebagai jaguh Asia sebagaimana yang dikecapi pada dekad 1960-an hingga awal 1980-an. Itulah juga harapan rakyat Malaysia sejak prestasi pasukan bola sepak kita merudum begitu lama.

    Jangan jadi jaguh kampung saja...jangan jadi menang sorak kampung tergadai....

    MALAYSIA BOLEH...


    SERINDIK MERAH 21julai..

    UMNO membidas kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu kerana sanggup mempolitikkan kematian Teo Beng Hock bagi meraih simpati rakyat berbanding usaha memajukan negeri.

    Tindakan mempertikaikan kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco kerajaan negeri itu serta mengadakan perhimpunan haram sengaja dilakukan bagi menutup kelemahan sendiri.

    Pakatan Pembangkang juga berbuat demikian bagi mengalih pandangan masyarakat terhadap isu sebenar iaitu SPRM sedang menyiasat dakwaan beberapa Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor itu menyalahgunakan peruntukan wang kerajaan negeri.

    Kepimpinan Menteri Besar, Si anak Ibrahim (Khalid) seperti tidak ada kerja lain, hanya mengadakan perhimpunan membantah serta membuat tuduhan melulu terhadap SPRM. Ini semua perbuatan menangguk di air keruh,"

    Kerja Pakatan Pembangkang sekarang ialah :MEMBANTAH..PERHIMPUNAN HARAM...SALAHKAN UMNO.....MEMBUAT HURU HARA DALAM DEWAN RAKYAT....

    TETAPI NEGERI YANG DITADBIR TIDAK DIURUSKAN DENGAN SEMPURNA...

    JANJI KOSONG SAJA.....

    APA DAA PAKATAN RAKYAT....CAKAP TAK SERUPA BIKIN...

    TIPU RAKYAT....YANG PANDAI..

    PPSMI

    DASAR Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) masih berkuat kuasa sehingga 2012 memberi kesan yang bukan sedikit terhadap aspek pembelajaran di negara ini terutama mereka yang terbabit dalam industri pendidikan

    Isu beberapa sekolah sama ada di ibu kota atau negeri lain menggunakan bahasa Malaysia mengajar subjek Sains dan Matematik atau kekal mengajar dalam bahasa Inggerismungkin tidak terlalu memberi kesan kepada segelintir pihak.

    "Melihat dalam skop yang lebih luas. Isu bahasa bukan hanya melihat kepentingan dalam keadaan sekarang, tetapi masa depan.

    "Ini kerana pendidikan adalah sesuatu yang dinamik, sentiasa berkembang mengikut jalur semasa dan tidak mustahil apabila murid melangkah ke sekolah menengah apatah lagi ke institusi pengajian tinggi kebanyakan buku rujukan dalam bahasa Inggeris.

    "Tidak salah penguasaan bahasa ibunda, tetapi penekanan perlu diberikan dalam bahasa Inggeris supaya seimbang dan menjadikan pelajar untuk lebih cemerlang. Kita tidak mahu hanya digelar 'jaguh kampung' yang hanya tahu menguasai satu bahasa.

    "Lagipun menguasai bahasa Inggeris tidak melonggarkan akar budaya atau agama jika seseorang itu ada prinsip tersendiri,"

    Berdasarkan pengalaman kawan-kawan apabila melangkah ke luar negara menuntut ilmu, kebanyakan terdedah dengan bahasa penjajah dan tentunya ia menuntut tahap pencapaian komunikasi lebih tinggi dan di situlah segalanya bagaikan teruji.

    "Apabila di luar negara, kita harus dilakukan sendiri. Ketika itu mereka akan faham jika tiada penguasaan dalam bahasa Inggeris,"

    "Bayangkan jika penguasaan bahasa Inggeris lemah, tentu sukar kerana buku rujukan, kawan-kawan dan pensyarah semuanya bangsa asing,"

    Apa salahnya jika anak-anak Melayu boleh menguasai banyak di dunia ini..paling tidaknya dapat menguasi bahasa Cina,Tamil,Inggeris n Arab..

    "UNTUNG SABUT TIMBUL...
    UNTUNG BATU TENGELAM.....