Rabu, 30 September 2009

Duit Raya Dulu Duit Raya Kini...

JIKA diingat kembali zaman kanak-kanak dulu, kita tidak pernah merungut begitu juga dengan kawan-kawan lain, malah kami senyum dengan ikhlas apabila dihulur duit raya lima sen atau 10 sen oleh tuan-tuan rumah yang kami ziarahi.

Duit raya paling banyak yang kita dapat waktu itu ialah 20 sen dan paling besar ialah 50 sen yang disedekahkan oleh tuan tuan rumah yang kami kunjungi...

Sehinggalah di penghujung hari, setelah seharian puas berhari raya dari satu rumah ke rumah yang lain, di tangan hanya ada RM1 atau paling banyak RM1.50. Dengan jumlah itu pun saya dan kekawan sudah senyum lebar kerana seperti beroleh kekayaan yang tak di duga.

Sebenarnya duit raya bukanlah motif utama saya dan kekawan lain seharian meredah tidak sahaja rumah jiran tetangga tetapi sehingga ke hujung kampung. Sebaliknya, ia semata-mata kerana seronok hendak berhari raya di rumah rakan-rakan sedarjah, terutama sekali guru-guru sekolah, malah ketua kampung, imam masjid sehinggalah rumah mak bidan.

Ketika itu duit raya bukan soalnya, jika tidak diberi pun tidak mengapa. Asal sahaja terhidang air dan pelbagai jenis kuih muih untuk dipulun al maklum saja lah musim raya.

Berbeza pula pada hari ini apabila pemberian duit raya itu semakin subur dibudayakan di kalangan masyarakat setiap kali tibanya Aidilfitri.

Daripada sekadar untuk 'suka-suka,' ia kini seolah-olah menjadi satu kemestian yang kadang kala membebankan kerana jumlahnya bukan lagi lima atau 10 sen sebaliknya paling rendah RM2 sehinggalah yang paling tinggi RM10 sehinggalah RM50 bagi seorang budak.

Malah kadang kala tanpa perlu 'merayap' atau pergi ke mana-mana, sekadar memerap duduk di rumah kerana ralit dengan pelbagai rancangan istimewa di televisyen, mudah-mudah sahaja mereka menerima 'angpau' raya itu.

KINI DUIT RAYA BAGAIKAN 1 KEWAJIPAN BAGI SETIP RUMAH YANG AKAN DIKUNJUNGI OLEH TETAMU TERUTAMA SEKALI KANAK KANAK..

Semua ini bagi memastikan hari raya dapat disambut tanpa sebarang cacat cela dan kekurangan.

KERANA penyediaan DUIT RAYA ada di antara kita yang sanggup bergolok bergadai sedangkan kebanyakannya bukanlah yang wajib dan dituntut oleh Islam,

Duit Raya merupakan satu isu dan polemik yang menarik untuk dibicarakan.

"Ini apabila ada di antara kita yang menganggap pemberian duit raya sebagai satu 'pelaburan', dengan harapan orang lain pula akan memberi duit raya untuk anak-anak mereka pula.

"Kononnya untuk tujuan simpanan atau menabung yang hendak digunakan di kala sesak dan susah tetapi lazimnya sering berakhir dengan perkara-perkara yang menyimpang daripada tujuan yang murni," sebaliknya duit pemberian hari raya akan terlepas ke kedai VEDIO GAME..yang kaya siapa yang habis siapa...Ini termasuklah duit itu dibelanjakan sesuka hati, membazir dan sebagainya.

"Namun banyak perkara kita perlu perhatikan dan ambil berat fenomena memburu duit raya di kalangan anak-anak zaman sekarang..mereka bukan nak merasa atau menjamah kuih kuih raya cuma sekadar minum sedikit air sirap atau oren dan menunggu serta mengharapkan duit raya sahaja.

Lazimnya jika di kampung-kampung dan taman taman perumahan kanak-kanak akan berkumpul beramai-ramai selepas sembahyang sunat hari raya dan mereka akan berbincang sesama mereka untuk memilih rumah-rumah siapa yang akan menjadi 'sasaran'.

"Ini menjadikan tradisi kunjung mengunjung untuk berkenal-kenalan, mengeratkan silaturrahim, bermaaf-maafan sebagaimana yang dituntut oleh agama sudah agak tercemar.

"Kanak-kanak itu tidak lagi mempunyai pemahaman yang baik mengenai kewajipan menziarahi di musim raya itu. Kebanyakan mereka akan bergerak dari satu rumah ke satu rumah yang lain semata-mata hanya kerana duit raya.

Kononnya lebih banyak rumah yang mereka 'redah' lebih banyak duit raya bakal diperoleh.

Malahan ada di antara mereka yang sanggup berkata: "Kami tak mahu minum, kami tak mahu makan, kami hanya nak duit raya aje."

Lebih teruk lagi apabila ada tanpa ditunggu-tunggu lagi, mereka terus membuka sampul duit raya.

Kanak-kanak ini kemudiannya terus mencemuh apabila habuan yang diberi tidak setimpal atau tidak seperti yang diharapkan,

"Takkan RM1 aje pakcik, rumah sebelah bagi RM2. Pakcik ni kedekutlah. Pakai kereta besar-besar tapi bagi duit raya, RM1 sahaja". Antara kata-kata sinis yang 'menghiris' kita mendengarnya.

Ada juga di kalangan kanak-kanak ini yang bargain dengan tuan rumah yang mereka kunjungi dengan berkata: "Raya tahun lepas, pakcik dah bagi RM1, takkan raya tahun ini RM1 juga lagi?"

Sebenarnya terdapat pelbagai lagi kerenah yang kurang menyenangkan apabila 'pemburuan' duit raya di kalangan kanak-kanak ini tidak dikawal.

"Kanak-kanak pada zaman 60-an dan 70-an agak berbeza lagaknya, kalau bertandang untuk berhari raya mereka tidak mementingkan duit raya tetapi kata-kata dan tingkah laku mereka adalah lebih berlapik.

"Mereka akan minum dan menjamah sedikit makanan yang dihidangkan, kemudian barulah bersalaman dengan tuan rumah sebelum beredar.

"Dan sekiranya duit raya yang diberi 20 sen atau pun 50 sen, kita tidak pernah merungut sebaliknya berterima kasih kepada tuan rumah dan terus berkunjung ke rumah yang lain pula,"

ADUHAI DUIT RAYA...

2 ulasan:

  1. Kalau nak cerita pasal raya jaman dulu, kawan dengan kenkawan beraya bukan kerna duit pun, janji tuan rumah angkat juadah raya dah cukup bagus........, sampai berak kat merata jalan sebab kekenyangan.....

    La ni, tuan rumah tak payah sedia juadah raya pun, janji beri duit, bersalam pun tak sempat dengan tuan rmah......

    Itulah budaya sekarang....

    BalasPadam
  2. Salam weh..

    Dulu lain sekarang lain, dulu rega cekelat berapa, ari ni berapa weh...mane bulih sama jaman dulu dengan jaman ni..LU PK LE SENDIRI BRO...

    BalasPadam