Jumaat, 3 Disember 2010

PKR vs Azizah Ismail dan Anuar Ibrahim

SETELAH agak lama menyepi diri terutama ketika PKR dilanda kekalutan, akhirnya Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail bersuara.

Itu pun agaknya kerana beliau terpaksa, Jika tidak, Wan Azizah akan berusaha mengelak daripada menangani secara terbuka permasalahan serius yang melanda parti itu. Makin ramai pemimpin PKR dan berduyun-duyun ahli bertindak keluar parti kerana sudah hilang kepercayaan.

Sayang sekali, Wan Azizah gagal mengupas kemelut dalam parti itu dan tidak mengambil kesempatan untuk menyuntik keyakinan baru kepada para penyokong serta pengikut PKR.

Ini mungkin disebabkan beliau kurang berpengalaman dalam menangani krisis. Lagipun orang yang paling berkuasa dalam PKR bukan beliau tetapi suaminya, Anwar Ibrahim. Awang percaya tangan dan minda Wan Azizah cukup terikat kerana terpaksa mengikut rentak Anwar dan Azmin Ali. Inilah yang akhirnya menjadikan beliau, presiden parti yang paling lemah.

Rasanya tiada parti politik di dunia, yang presidennya menjadi pak turut semata-mata.

Realitinya, ahli-ahli hanya melihat Wan Azizah dengan imej seorang isteri dan bukan sebagai pemimpin. Persoalannya di mana prinsip beliau, jika tidak pun sebagai pemimpin, setidak-tidaknya sebagai seorang insan yang mempunyai amanah?

AZIZAH antara lain menyebut tentang perlunya bangsa Melayu dan umat Islam tidak diperdayakan menerusi konsep tertentu. Apabila bercakap tentang diperdaya, sedarkah Wan Azizah, ramai ahli PKR merasakan mereka menjadi mangsa muslihat Anwar demi kepentingan peribadi. Isu moral Anwar, dalam diam makin terbongkar satu demi satu.

Tindakannya yang dilihat menggadai kepentingan bangsa selain ghairah mendapatkan campur tangan asing untuk menyelamatkan diri, membuatkan lebih ramai meluat. Begitu juga dengan strateginya menangguh-nangguhkan kes liwat di mahkamah, menampakkan beliau terdesak.

Siapa yang sebenarnya memperdaya siapa? Malah sudah menjadi bahan perbualan hangat bahawa Wan Azizah dikatakan turut sama bersubahat. Menurut mereka, Wan Azizah tahu apa yang berlaku dan apa sebenarnya masalah Anwar. Ramai ahli dalam PKR sedih kerana beliau tidak berani mendokong kebenaran hanya kerana mahu mempertahankan suami, yang berdepan dengan isu moral, integriti dan hipokrasi.

Wan Azizah berkata, dalam tradisi bangsa, Melayu amat menyedari kepentingan menjaga maruah diri supaya dipandang tinggi oleh orang lain.

Mari semua rakyat Malaysia merenung sejenak sambil bertanya, kepada siapakah sepatutnya ingatan itu ditujukan. Kuman di seberang laut nampak tetapi gajah di depan buat-buat tidak nampak.

Sebaliknya, lebih mengejutkan Wan Azizah menyatakan Anwar adalah pilihan tuhan untuk memimpin Malaysia dan tiada siapa boleh saingi kehebatannya. Jika itu yang Wan Azizah percaya atau mungkin terpaksa tuturkan atas arahan sesiapa jua, bersedialah untuk menerima hakikat. Biar sehebat manapun percaturan, Anwar juga boleh jatuh kerana ketentuan Allah. Apabila tiba saat itu nanti, janganlah pula menyalahkan pihak lain atau menuduh adanya konspirasi. Puncanya adalah nafsu termasuk untuk berkuasa atas apa cara sekalipun. Nafsu yang gagal diurus akhirnya makan tuan.

Perangkap Anuar kepada YAB PM

Kerajaan tidak perlu terperangkap dengan mainan politik pembangkang yang sememangnya mendambakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 dilaksanakan pada tahun hadapan. Soal pilihan raya umum tidak perlu terlalu dilayan oleh kerajaan kerana Barisan Nasional (BN) masih mempunyai mandat sehingga 2013.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sengaja memalu gendang pilihan raya dengan harapan kerajaan akan terperangkap bagi membolehkan pertuduhan liwat yang sedang dihadapinya digugurkan.Ini adalah taktik Anwar supaya Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mengadakan pilihan raya umum pada pertengahan tahun depan bagi membolehkan beliau menggunakan isu tersebut untuk memburukkan kerajaan dan kepimpinan UMNO.

Anwar sengaja berbuat demikian kerana perbicaraan kes liwatnya dijangka tidak akan selesai pada tahun depan, jadi peluang itu akan dimanipulasikan sebagai kempen politik jika PRU-13 dilakukan pada 2011.

Dalam masa yang sama di ingatkan agar pemimpin UMNO supaya berhati-hati dengan kecenderungan pihak tertentu yang tidak kisah dengan isu pelantikan Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri jika pembangkang berkuasa.

Kit Siang Punya Cita-cita

Penasihat DAP, Lim Kit Siang hanya layak menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri jika pelantikannya diputuskan hasil pemuafakatan semua parti dalam pakatan pembangkang.

Justeru Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menegaskan, sesiapa sahaja termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berhak membuat ketetapan itu jika tiada kesepakatan dibuat dalam pakatan pembangkang terlebih dahulu. Sesiapa saja termasuk beliau (Anwar) tidak berhak isytiharkan Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri jika kita (pakatan pembangkang) menang Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Lainlah jika sudah ada muafakat dan semua parti dalam pakatan pembangkang bersetuju untuk lantik beliau (Kit Siang) jadi Timbalan Perdana Menteri.Harun diminta mengulas pendiriannya sebelum ini yang tidak bersetuju dengan tindakan Anwar menamakan pemimpin DAP itu sebagai Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berjaya mentadbir negara.

Harun tetap dengan pendiriannya berhubung isu itu walaupun bercanggah pendapat dengan Timba lannya, Datuk Ahmad Yaakob yang bersetuju Kit Siang dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri.Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu yakin semua parti dalam pakatan pembangkang termasuk Pas akan dapat menerima pelantikan Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri jika pelantikannya mendapat persetujuan semua pihak dalam pakatan itu.

Malah, beliau juga percaya Kit Siang mampu menjalankan tanggungjawabnya dengan cekap berdasarkan prinsip pemerintahan Islam sekiranya pemimpin DAP itu diberi mandat menjadi pemimpin nombor dua negara kelak.

Ahad, 4 Julai 2010

UMNO / BN ada Empat Perkara Penting

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan empat perkara yang boleh mempengaruhi sikap rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN), keempat-empat perkara tersebut perlu dinilai oleh pemimpin dan ahli UMNO untuk menentukan tahap penerimaan rakyat kepada parti itu.

Perkara pertama adalah kepuasan rakyat terhadap kepimpinan parti di peringkat cawangan, bahagian, negeri dan nasional mengenai sesuatu program yang dijalankan.

Perkara kedua ialah bagaimana kepimpinan negeri menguruskan soal permohonan tanah, sama ada tanah yang mahu diteroka atau geran hak milik tanah sementara (TOL).

Perkara ketiga bagi parti pula, kepimpinan daripada peringkat akar umbi, cawangan dan bahagian akan dinilai oleh masyarakat bagaimana mereka mentadbir.

Perkara keempat adalah peranan wakil rakyat yang dipilih sama ada mereka disenangi pengundi atau sebaliknya.

Jika pemimpin dan ahli parti gagal dalam keempat-empat perkara tersebut dan tidak mencapai kepuasan rakyat, UMNO dan BN berhadapan masalah besar apabila tiba pilihan raya.

Justeru saya menyeru semua pemimpin parti tidak kira di peringkat akar umbi mahupun bahagian melaksanakan tanggungjawab mereka demi kepentingan rakyat.

Tambahan untuk menguatkan UMNO soal pendaftaran ahli tidak dibuat secara bermusim sebaliknya perlu dilakukan secara berterusan dengan menganjurkan pelbagai aktiviti yang boleh menarik minat orang ramai menyertai UMNO.

Khamis, 1 Julai 2010

SIFAT TERPUJI RASULULLAH SAW

NABI Muhammad SAW ialah seorang nabi dan rasul yang memiliki akhlak terpuji. Baginda seorang insan mulia yang sanggup memaafkan kesalahan orang lain.

Pada suatu hari, ketika baginda sedang berehat-rehat, datanglah seorang wanita Yahudi membawa hidangan yang lazat berupa kambing panggang.

Wanita itu mengetahui bahawa Rasulullah amat gemar kambing panggang.

Bahagian kegemaran baginda ialah paha kanan bahagian depan. Lalu wanita tersebut menabur racun di atas kambing panggang itu.

Dia melebihkan racun di paha kanan hadapan kambing yang dihidangkan itu.

Setelah melihat hidangan itu, maka Rasulullah pun berasa lapar. Selepas membaca bismillah, baginda pun makan dengan berselera sekali.

Baginda makan bersama seorang sahabat, Bisyir bin Barra bin Ma'rur. Namun, sewaktu baginda sedang mengunyah makanan itu, timbul perasaan was-was di hati.

Rasulullah pun meluahkan kembali daging kambing panggang yang sedang dikunyah.

Ternyata suara hati baginda itu benar. Bisyir bin Barra bin Ma'rur telah menjadi korban. Sahabat baginda itu meninggal dunia kerana termakan racun dalam makanan tersebut.

Rasulullah pun bertanya dan wanita Yahudi itu mengaku secara berterus terang tanpa berselindung berkata: "Aku mahu menguji kamu. Jika engkau seorang rasul, sudah pasti engkau akan mendapat petunjuk mengenai hal ini. Tetapi kalau engkau hanya orang biasa, maka aku pasti merasa puas kerana dapat menyingkirmu kerana engkau telah banyak membawa kemusnahan kepada kaum Yahudi."

Rasulullah mendengar penjelasan wanita itu dengan tenang. Kemudian, baginda pun memaafkan wanita itu. Baginda tidak menghukum wanita itu walaupun perbuatannya itu telah mengakibatkan kematian seorang sahabat baginda.

Baginda sanggup memberi kemaafan kepada seorang wanita yang ternyata mahu membunuh baginda.



Karpal Singh PAS

Pas menganggap kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh mengenai konsep negara Islam acuan Pas adalah salah sebagai kata-kata orang yang jahil. Sebagai sahabat Pas, Karpal tidak sepatutnya membuat kenyataan seumpama itu dan perlu berfikir sebelum menyatakannya.

Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mencabar Karpal agar membuktikan kesahihan kenyataannya itu.

Sebagai orang Islam kita perlu menerima pandangan yang bukan Islam dan itu hak dia untuk memberi pandangan.Jika yang memberikan kenyataan itu bukan Islam dan mungkin dia tidak tahu.

Bagaimanapun sesiapa yang dah berkawan dengan kita (orang Islam), sepatutnya menghormati kita kerana bila dah berkawan kita perlu berbaik-baik.Semalam, Nik Aziz mencabar Karpal supaya membuktikan konsep negara Islam acuan Pas yang telah dilaksanakan di Kelantan selama 20 tahun adalah salah.

Pas menganggap kenyataan Karpal yang menolak gagasan pembentukan konsep negara Islam Pas jika pakatan pembangkang dapat menguasai pentadbiran negara sebagai kenyataan peribadi, Pas tidak kesal dengan apa yang dikatakan oleh Karpal itu kerana ia keluar dari mulut orang bukan Islam.

Jika UMNO yang cakap kesal sebab ahli UMNO orang Islam. Karpal ini bukan Islam jadi kita boleh dakwahkan dia.

alahai pas sayang lagi kat karpal ni dah terang-terang tak sokong ISLAM...

Hati Anuar Ibrahim

Rakyat perlu menilai dan membuat pertimbangan sendiri mengenai perjuangan sebenar Ketua Pembangkang, Si Anwar Ibrahim yang berusaha menjernihkan hubungannya dengan pemimpin Yahudi Amerika Syarikat (AS). Rakyat perlu menyoal apakah politik sebenar penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dan untuk apakah ia berjuang.

Kunjungan Anwar ke Washington bagi menjernihkan hubungan dengan beberapa tokoh Yahudi di sana baru-baru ini jelas membuktikan bahawa beliau dengan kumpulan tersebut memang intim dan jelas dengan pendedahan yang dibuat oleh kolumnis terkenal berbangsa Yahudi, Jackson Diehl dalam tulisannya di akhbar The Washington Post, kelmarin mengenai kunjungan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke Washington, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Diehl dalam tulisannya bertajuk 'Flirting with zealotry in Malaysia' (Bermain dengan kefanatikan di Malaysia) menyatakan bahawa Anwar meluangkan banyak masa untuk menawarkan penjelasan kepada rakan-rakan lama beliau termasuk Pengerusi Jawatankuasa Luar Negeri, Howard Berman dan beberapa pemimpin Yahudi.

Anwar dalam tulisan itu juga dikatakan menyesal menggunakan istilah seperti 'pencerobohan Zionis' yang biasanya digunakan oleh Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad.Kenapa saya perlu menggunakannya jika hal itu menyebabkan begitu banyak salah faham? Saya harus lebih berhati-hati.

Tindakan Anwar menjernihkan hubungannya dengan pemimpin-pemimpin Yahudi di AS berikutan penyertaannya dalam satu tunjuk perasaan di luar kedutaan Amerika di Kuala Lumpur baru-baru ini.Tunjuk perasaan itu juga menyaksikan sehelai bendera Israel dibakar dan Anwar juga membuat sindiran pedas mengenai firma perhubungan awam yang berpejabat di Washington menurutnya, "dikuasai Yahudi" Apco Worldwide, yang digunakan khidmatnya oleh kerajaan Malaysia.

Si Anwar tanpa segan silu ke negara itu untuk memohon maaf di atas kesilapan beliau kerana khuatir ia mungkin akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakan-rakannya itu.

Rakyat Malaysia perlu tahu di sini bahawa ia menunjukkan hubungan yang rapat antara Anwar dengan kumpulan-kumpulan yang dikatakan pro-zionis atau pro-Yahudi.