Isnin, 28 Jun 2010

UMNO Rantau Panjang ( KELANTAN )

Pergolakan di Bahagian UMNO Rantau Panjang yang mengadakan dua persidangan perwakilan berasingan kelmarin sebagai serius dan merosakkan imej parti, perkara itu tidak seharusnya berlaku jika mereka yang terbabit mempunyai semangat dan menjaga maruah UMNO.

Dalam Perlembangaan (UMNO), kalau berlaku itu makna ada pihak tidak hormati perlembagaan parti, di situ ada bahagian yang sah.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengenal pasti punca kepada masalah tersebut sehingga menyebabkan persidangan perwakilan terganggu,dan perlu bentuk jawatankuasa dan siasat. Kemudian melaporkan kepada ibu pejabat tetapi yang baik kalau boleh mereka selesaikan dan perkara yang paling penting adalah semangat pemimpin UMNO di Rantau Panjang menghormati Perlembagaan Parti.

"Sudahlah Kelantan tidak kita perintah, Pas memerintah, buat hal begini amat merugikan kita,"

Krisis yang melanda UMNO Bahagian Rantau Panjang sejak 2008 lagi.

Apa Ni PKR ?

Setelah melepaskan jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor semalam, Tan Sri Khalid Ibrahim berhadapan dengan satu lagi desakan - meletakkan jawatan Menteri Besar.

Desakan terbaru tersebut meletakkan suasana politik di Selangor yang dikuasai oleh pakatan pembangkang semakin bercelaru dan bakal memburukkan pentadbiran kerajaan negeri, biarpun baru dua tahun memerintah.Ramai di kalangan pemimpin PKR sendiri berpendapat sukar untuk Abdul Khalid menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar memandangkan kuasa politik dipegang oleh Naib Presiden PKR, Azmin Ali yang dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor.

Pada masa yang sama, Abdul Khalid tidak mempunyai kuasa dalam menentukan hala tuju ekonomi Selangor kerana peranan itu dipegang oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Ketua PKR Bahagian Kuala Selangor, Arshad Abu Bakar yang mendesak Abdul Khalid meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar berkata, kebanyakan perwakilan bahagian sebenarnya tidak bersetuju dengan keputusan mengekalkan Abdul Khalid dalam jawatan tersebut.Ini kerana, kata beliau, mereka bimbang Selangor akan semakin kucar-kacir apabila pendapat dalam pentadbiran dan politik negeri tidak seiring memandangkan jawatan Menteri Besar dan Pengerusi Majlis Pimpinan negeri disandang oleh individu berbeza.

Menteri Besar masih dipegang oleh Abdul Khalid yang nyata gagal menyelesaikan banyak isu rakyat di negeri ini serta belum menunaikan janji-janji yang dibuat sebelum dilantik ke jawatan berkenaan.

Apa ni Khalid Ibrahim...cakap tak serupa bikin daaaaaa..

Ahad, 27 Jun 2010

Lagi Lagi Dadah Punya Angkara

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki yang dipercayai penagih dadah bertindak nekad menikam dan menjerut ibu tirinya sehingga cedera selepas mangsa memberinya wang tunai RM10 di Kampung Durian Burung di sini kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5 petang ketika wanita berusia 52 tahun itu berada di dapur rumahnya. Mangsa didatangi anak tirinya itu untuk memintanya wang.Lelaki berusia 34 tahun dan tinggal di Kampung Tok Jembal di sini itu kemudiannya pulang selepas menerima wang RM10 yang diberikan ibu tirinya.

Kira-kira setengah jam kemudian, ketika mangsa yang merupakan seorang ahli perniagaan sedang berada di dapur, lelaki berkenaan bertindak menikam bahagian belakang badan berdekatan pinggang dengan sebilah pisau.Suspek turut menjerut leher mangsa menggunakan rantai kunci motosikal yang menyebabkan wanita itu rebah ke lantai.

Ini diantara sebahagian dari seribu permasalahan dan ancaman dari dadah serta diri dikuasai oleh dadah...

DADAH ADALAH MUSUH NEGARA NO.1.

JAUHI DIRI ANDA TERJEBAK DENGAN NAJIS DADAH..

UMNO Di Percayai Oleh Ulama

Penyertaan golongan ulama yang menyertai UMNO baru-baru ini merupakan satu tamparan hebat buat parti Pas yang selama ini menganggap parti pembangkang itu sahaja yang menjadi pilihan golongan agama. Selama ini masyarakat hanya melihat golongan ulama selama ini memilih Pas sebagai landasan perjuangan mereka untuk meninggikan syiar Islam.

Ini sudah tentunya akan memberikan satu tamparan hebat buat Pas berikutan kemasukan para ulama-ulama ini. Sedangkan ramai yang melihat golongan seperti ini hanya akan menyertai Pas.Malah keadaan ini juga akan menyebabkan ramai di kalangan ahli-ahli Pas tertanya-tanya adakah perjuangan mereka telah tersasar.

Keyakin dengan penyertaan golongan ulama profesional itu, ia juga dilihat dapat memberi lebih pengisian terutamanya dalam aktiviti di bidang keagamaan dan memberikan ruang dan peluang kepada mereka untuk berjuang bersama-sama dalam memartabatkan bangsa Melayu dan agama Islam serta mengalu-alukan penyertaan mereka dalam UMNO dan yakin dengan kemasukan mereka dalam parti, ia akan memberi satu sentuhan dan pengisian keagamaan.

UMNO juga akan memberikan platform terbaik buat mereka untuk bersama-sama dalam berjuang di dalam parti.

Khamis, 24 Jun 2010

WAN AZIZAH dan PKR

UMNO meminta Wan Azizah Wan Ismail mendedahkan perjuangan sebenar Parti Keadilan Rakyat (PKR) sama ada berjuang untuk masa depan negara atau pun mahu melunaskan dendam suaminya, Anwar Ibrahim terhadap kerajaan.

Ramai pemimpin dalam PKR menyeru agar Azizah perlu menyahut permintaan itu kerana hanya beliau sahaja yang mengenali Anwar secara dekat, Presiden PKR itu juga perlu menjawab mengapa pentingnya PKR terus mempertahankan suaminya.

Adakah perjuangan PKR selama ini semata-mata hanya untuk mendapat kuasa sahaja atau berjuang untuk masa depan rakyat.Adakah Pas dan DAP yang menyokong PKR selama ini bertujuan untuk kesenangan masing-masing atau bagi mendapatkan kuasa sahaja dengan mengetepikan masa depan negara dan rakyat walaupun sedar caranya itu tidak baik.

Perjuangan mana-mana parti sepatutnya meletakkan masa depan negara sebagai asas dan pada masa sama rakyat juga perlu tahu apa sebenarnya diperjuangkan oleh parti tersebut.

Oh PKR........

ASW-2020 BANDAR

Sekali keperhatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Program Amanah Saham Wawasan 2020-Bandar (ASW-2020-Bandar) dengan peruntukan RM100 juta untuk membantu menjana pendapatan tambahan kepada keluarga miskin tegar dan miskin bandar.

Seramai 4,976 daripada 8,439 ketua keluarga dari golongan miskin tegar dan miskin bandar menerima bantuan melalui pelaksanaan daftar e-Kasih fasa pertama dan kedua yang dikelolakan Jabatan Perdana Menteri.

Menerusi ASW-2020-Bandar, pendapatan golongan tersebut akan ditambah menerusi pemberian dividen tahunan dan faedah lain hasil pelaburan berkenaan.

Program itu juga akan menyaksikan setiap ketua isi rumah – tanpa mengira kaum – yang layak serta berdaftar dengan program e-Kasih, akan diberikan wang prinsipal pelaburan RM10,000 yang akan tetap menjadi hak milik kerajaan.

Permodalan Nasional Berhad memainkan peranan penting dalam skim saham ini berbeza dengan skim lain yang mana mereka menerima dividen dan lain-lain pulangan pada tiap-tiap tahun sepanjang hayat mereka.

Menerusi daftar e-Kasih, garis pendapatan miskin tegar ditetapkan buat mereka yang mempunyai pendapatan bulanan kurang RM430 di Semenanjung Malaysia; Sabah (RM540); Sarawak (RM520).

Golongan miskin pula adalah mereka yang mempunyai pendapatan tidak melebihi RM720 di Semenanjung Malaysia; Sabah (RM960) dan Sarawak (RM830).

Keuntungan para pemegang saham itu akan mula menikmati dividen tahunan serta pulangan sepanjang hayat mulai September ini berdasarkan kadar ditetapkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) kelak,dengan ini pemberian saham itu adalah seiring dengan hasrat kerajaan dalam mengurangkan jumlah golongan miskin tegar dan miskin bandar di kalangan masyarakat.

Melalui program ini, katanya, kerajaan dijangka berupaya mengurangkan jumlah isi rumah miskin di seluruh negara daripada 5.7 peratus, kepada 2.8 peratus pada akhir 2010.

Melalui pendaftaran e-Kasih kini menunjukkan golongan miskin tegar dalam negara menurun kepada 33,417 orang berbanding 50,931 sebelumnya.

Walau bagaimana pun kerajaan tidak mahu mengambil konsep negara kebajikan dalam usaha membantu golongan miskin kerana ingin melihat semua rakyat yang berkemampuan bekerja bagi menyara diri dan keluarga masing-masing.