Isnin, 28 Jun 2010

Apa Ni PKR ?

Setelah melepaskan jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor semalam, Tan Sri Khalid Ibrahim berhadapan dengan satu lagi desakan - meletakkan jawatan Menteri Besar.

Desakan terbaru tersebut meletakkan suasana politik di Selangor yang dikuasai oleh pakatan pembangkang semakin bercelaru dan bakal memburukkan pentadbiran kerajaan negeri, biarpun baru dua tahun memerintah.Ramai di kalangan pemimpin PKR sendiri berpendapat sukar untuk Abdul Khalid menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar memandangkan kuasa politik dipegang oleh Naib Presiden PKR, Azmin Ali yang dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor.

Pada masa yang sama, Abdul Khalid tidak mempunyai kuasa dalam menentukan hala tuju ekonomi Selangor kerana peranan itu dipegang oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Ketua PKR Bahagian Kuala Selangor, Arshad Abu Bakar yang mendesak Abdul Khalid meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar berkata, kebanyakan perwakilan bahagian sebenarnya tidak bersetuju dengan keputusan mengekalkan Abdul Khalid dalam jawatan tersebut.Ini kerana, kata beliau, mereka bimbang Selangor akan semakin kucar-kacir apabila pendapat dalam pentadbiran dan politik negeri tidak seiring memandangkan jawatan Menteri Besar dan Pengerusi Majlis Pimpinan negeri disandang oleh individu berbeza.

Menteri Besar masih dipegang oleh Abdul Khalid yang nyata gagal menyelesaikan banyak isu rakyat di negeri ini serta belum menunaikan janji-janji yang dibuat sebelum dilantik ke jawatan berkenaan.

Apa ni Khalid Ibrahim...cakap tak serupa bikin daaaaaa..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan