Ahad, 27 Jun 2010

Lagi Lagi Dadah Punya Angkara

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki yang dipercayai penagih dadah bertindak nekad menikam dan menjerut ibu tirinya sehingga cedera selepas mangsa memberinya wang tunai RM10 di Kampung Durian Burung di sini kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5 petang ketika wanita berusia 52 tahun itu berada di dapur rumahnya. Mangsa didatangi anak tirinya itu untuk memintanya wang.Lelaki berusia 34 tahun dan tinggal di Kampung Tok Jembal di sini itu kemudiannya pulang selepas menerima wang RM10 yang diberikan ibu tirinya.

Kira-kira setengah jam kemudian, ketika mangsa yang merupakan seorang ahli perniagaan sedang berada di dapur, lelaki berkenaan bertindak menikam bahagian belakang badan berdekatan pinggang dengan sebilah pisau.Suspek turut menjerut leher mangsa menggunakan rantai kunci motosikal yang menyebabkan wanita itu rebah ke lantai.

Ini diantara sebahagian dari seribu permasalahan dan ancaman dari dadah serta diri dikuasai oleh dadah...

DADAH ADALAH MUSUH NEGARA NO.1.

JAUHI DIRI ANDA TERJEBAK DENGAN NAJIS DADAH..

1 ulasan:

  1. Mengapa pemborong dan pengedar dadah masih berleluasa dalam negara ? Kalau semua masyarakat bertanggungjawab membantu membenteras, tidak bersikap engkau hal engaku, aku hal aku, kawan yakin tiada dadah di Malaysia..... masyarakat hanya tahu menghina penagih, tapi tidak pernah cuba menghapuskan pemborong dan pengedar.... rasuah berleluasa dlm membenteras dadah...

    BalasPadam