Ahad, 4 Julai 2010

UMNO / BN ada Empat Perkara Penting

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan empat perkara yang boleh mempengaruhi sikap rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN), keempat-empat perkara tersebut perlu dinilai oleh pemimpin dan ahli UMNO untuk menentukan tahap penerimaan rakyat kepada parti itu.

Perkara pertama adalah kepuasan rakyat terhadap kepimpinan parti di peringkat cawangan, bahagian, negeri dan nasional mengenai sesuatu program yang dijalankan.

Perkara kedua ialah bagaimana kepimpinan negeri menguruskan soal permohonan tanah, sama ada tanah yang mahu diteroka atau geran hak milik tanah sementara (TOL).

Perkara ketiga bagi parti pula, kepimpinan daripada peringkat akar umbi, cawangan dan bahagian akan dinilai oleh masyarakat bagaimana mereka mentadbir.

Perkara keempat adalah peranan wakil rakyat yang dipilih sama ada mereka disenangi pengundi atau sebaliknya.

Jika pemimpin dan ahli parti gagal dalam keempat-empat perkara tersebut dan tidak mencapai kepuasan rakyat, UMNO dan BN berhadapan masalah besar apabila tiba pilihan raya.

Justeru saya menyeru semua pemimpin parti tidak kira di peringkat akar umbi mahupun bahagian melaksanakan tanggungjawab mereka demi kepentingan rakyat.

Tambahan untuk menguatkan UMNO soal pendaftaran ahli tidak dibuat secara bermusim sebaliknya perlu dilakukan secara berterusan dengan menganjurkan pelbagai aktiviti yang boleh menarik minat orang ramai menyertai UMNO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan