Selasa, 14 Julai 2009

Majulah Sukan Untuk Negara


BAYANGAN kesebelasan utama Malaysia berdepan Manchester United dalam perlawanan persahabatan berprestij, Sabtu ini sudah mula terbentuk dalam benak fikiran K Rajagobal selepas berakhirnya pemanas badan kedua menentang Zimbabwe yang berakhir dengan kemenangan 1-0 di Stadium Shah Alam, petang semalam. Sungguhpun tidak menamakannya, pengendali kebangsaan itu dijangka menurunkan barisan dalam formasi 4-2-3-1 yang diuji menentang Zimbabwe dengan tampuk serangan ditunjangi Norshahrul Idlan Talaha yang menampilkan prestasi baik dalam kedua-dua perlawanan pemanas badan itu.

Pemain-pemain berjuang hingga ke minit 90 dan tumbangkan MU yang angkuh ini.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

BAYANGAN kesebelasan utama Malaysia berdepan Manchester United dalam perlawanan persahabatan berprestij, Sabtu ini sudah mula terbentuk dalam benak fikiran K Rajagobal selepas berakhirnya pemanas badan kedua menentang Zimbabwe yang berakhir dengan kemenangan 1-0 di Stadium Shah Alam, petang semalam. Sungguhpun tidak menamakannya, pengendali kebangsaan itu dijangka menurunkan barisan dalam formasi 4-2-3-1 yang diuji menentang Zimbabwe dengan tampuk serangan ditunjangi Norshahrul Idlan Talaha yang menampilkan prestasi baik dalam kedua-dua perlawanan pemanas badan itu.
Berjuang terus berjuang pemain-pemain pasukan Kebangsaan dan jangan mampu berjuang sehingga minit ke 50 saja....
Ayuh tumbangkan MU..

Ditelan Mati Emak Diluah Mati Bapak


SERINDIK nak ucapkan selamat mengundi kepada penduduk dan pemilih di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan hari ini. Rasanya Serindik tidak perlu beritahu apa yang patut pengundi di kawasan ini lakukan sebab mereka sudah pun mendengar banyak ceramah dan mampu membuat keputusan yang bijak. Jika mereka berasakan Pas boleh membantu mereka untuk meningkatkan taraf hidup, maka undilah Pas, tapi jika berpendapat Barisan Nasional (BN) melalui wakilnya calon Umno boleh menjamin masa depan anak, keluarga dan generasi akan datang, maka tidak ada sebab mereka menolak parti itu.

Kempunan


NEW YORK: Natrah teringin mendengar lagu dan memiliki cakera padat yang memuatkan lagu 'Ikan di laut asam di darat'. Hajat hatinya itu, bagaimanapun tidak kesampaian apabila beliau meninggal dunia akibat leukemia di rumahnya di Huijeberen, selatan Belanda, baru-baru ini.
Jd jika sesaorang itu teringin nak makan apa apa sekali pun kalau boleh cepat cepat cari dan sediakan....

Isnin, 13 Julai 2009

P.Ramlee


BANYAK kawasan di Indonesia sudah dijejaki, tetapi perjalanan kali ini ke bumi Dabo Singkep, Kabupaten Lingga, Propinsi Kepulauan Riau, Indonesia cukup berbeza. Walaupun pertama kali menjejakkan kaki ke situ, terasa seolah-olah berada di bumi sendiri, masyarakatnya, pertuturan, bahasa dan budayanya sama. Mereka bertutur bahasa Melayu Riau, lebih tepat jika dikatakan sama ketika berada di Melaka atau Johor.

Istilah kita serumpun lebih tepat jika digunakan di sana. Mereka juga peminat Allahyarham Tan Sri P Ramlee, bahkan banyak dialog ikon filem Melayu itu dijadikan bahan gurauan dan bergelak ketawa. Jangan terperanjat, dialog ‘betul, betul, betul’ filem animasi watak Upin dan Ipin juga popular di sini.

Ia sebenarnya lebih kepada kesedaran menjalin dan mengerat hubungan lampau yang pernah terjalin dan sering berkait antara bangsa Melayu. Semuanya berkait rapat dengan fakta wujudnya kerajaan Melayu Johor Riau Lingga, kesinambungan kerajaan Melaka beratus tahun dulu.

petua orang lama


SEGMEN kali ini masih lagi mengamalkan petua yang diambil daripada beberapa nelayan veteran melalui pengalaman yang ada hubung kait dengan laut, tasik mahu pun sungai.
SEGMEN kali ini masih lagi mengamalkan petua yang diambil daripada beberapa nelayan veteran melalui pengalaman yang ada hubung kait dengan laut, tasik mahu pun sungai.Banyak petua atau amalan yang boleh diguna pakai walau pun kita sudah berada dalam zaman teknologi yang mendorong pelbagai perubahan dan penggunaan peralatan canggih seperti alat pengesan GPS dan sonar, joran pancing berjenama serta kekili mewah yang menjadi keperluan asas bagi pemancing hari ini.Tidak ada salahnya pemancing sekarang mengimbau zaman silam ketika nelayan menggunakan koyan (tali pancing dipegang dan tidak menggunakan joran) serta bekalan nasi yang dibungkus dengan upih (bahagian dalam pelepah pinang), gulai cuma ikan goreng berlada serta air kopi o dalam tarmos.
Pak Nuri terus terpanggil mengisi halaman kali ini dengan pengalaman lama yang harus diketahui generasi pemancing muda hari ini supaya dapat merasakan pahit getir nelayan atau pemancing terdahulu mengisi cara hidup sebagai pelaut yang serba kekurangan. Namun mereka tetap berjaya menyara keluarga besar yang hari ini sudah memegang jawatan tinggi dalam kerajaan atau swasta.Berbekal nasi yang dibungkus dalam upih dari rumah, kita akan dapat merasakan betapa lazat dengan padatnya nasi berkenaan yang sudah sebati bagaikan nasi himpit dengan lauk ikan goreng berlada serta kopi o panas. Pastinya anda pemancing muda hari ini dapat merasakan satu kelainan atau meneruskan cara begini pada setiap kali turun memancing kerana pada hakikatnya ada kebaikan dari segi jimat masa memasak, membawa bekalan mentah dari darat, tenaga memasak serta kerenah lain. Manakala membawa bekalan dari rumah bagi setiap seorang pemancing dapat menjimatkan belanja malah hidangan dapat di nikmati bersama.Di laut, kita tidak perlu makan daripada jenis yang mewah dan terpaksa memasak berkali-kali. Ini kerana tujuan ke laut ialah untuk memancing serta mendapat tangkapan ikan yang lumayan. Justeru, kita kenalah berjaga bukan mengambil peluang untuk tidur yang panjang atau makan secara berlebihan.Pak Nuri sendiri dapat merasakan tentu ada perubahan yang bakal dirasakan jika pemancing dapat menggunakan cara tradisi lama pada satu trip memancing akan datang. Kita cuba dulu dan tentunya ada perubahan yang dapat dirasakan. Tetapi lakukan sepenuhnya daripada bekalan nasi yang dibawa dalam upih atau daun pisang, gulai ikan goreng berlada, kopi O panas dan air sejuk (air jerang) sehingga rokok daun nipah dan tali pancing menggunakan koyan.

sipadan


selamat datang ke sini....nyaman...indah...selesa