Isnin, 13 Julai 2009

petua orang lama


SEGMEN kali ini masih lagi mengamalkan petua yang diambil daripada beberapa nelayan veteran melalui pengalaman yang ada hubung kait dengan laut, tasik mahu pun sungai.
SEGMEN kali ini masih lagi mengamalkan petua yang diambil daripada beberapa nelayan veteran melalui pengalaman yang ada hubung kait dengan laut, tasik mahu pun sungai.Banyak petua atau amalan yang boleh diguna pakai walau pun kita sudah berada dalam zaman teknologi yang mendorong pelbagai perubahan dan penggunaan peralatan canggih seperti alat pengesan GPS dan sonar, joran pancing berjenama serta kekili mewah yang menjadi keperluan asas bagi pemancing hari ini.Tidak ada salahnya pemancing sekarang mengimbau zaman silam ketika nelayan menggunakan koyan (tali pancing dipegang dan tidak menggunakan joran) serta bekalan nasi yang dibungkus dengan upih (bahagian dalam pelepah pinang), gulai cuma ikan goreng berlada serta air kopi o dalam tarmos.
Pak Nuri terus terpanggil mengisi halaman kali ini dengan pengalaman lama yang harus diketahui generasi pemancing muda hari ini supaya dapat merasakan pahit getir nelayan atau pemancing terdahulu mengisi cara hidup sebagai pelaut yang serba kekurangan. Namun mereka tetap berjaya menyara keluarga besar yang hari ini sudah memegang jawatan tinggi dalam kerajaan atau swasta.Berbekal nasi yang dibungkus dalam upih dari rumah, kita akan dapat merasakan betapa lazat dengan padatnya nasi berkenaan yang sudah sebati bagaikan nasi himpit dengan lauk ikan goreng berlada serta kopi o panas. Pastinya anda pemancing muda hari ini dapat merasakan satu kelainan atau meneruskan cara begini pada setiap kali turun memancing kerana pada hakikatnya ada kebaikan dari segi jimat masa memasak, membawa bekalan mentah dari darat, tenaga memasak serta kerenah lain. Manakala membawa bekalan dari rumah bagi setiap seorang pemancing dapat menjimatkan belanja malah hidangan dapat di nikmati bersama.Di laut, kita tidak perlu makan daripada jenis yang mewah dan terpaksa memasak berkali-kali. Ini kerana tujuan ke laut ialah untuk memancing serta mendapat tangkapan ikan yang lumayan. Justeru, kita kenalah berjaga bukan mengambil peluang untuk tidur yang panjang atau makan secara berlebihan.Pak Nuri sendiri dapat merasakan tentu ada perubahan yang bakal dirasakan jika pemancing dapat menggunakan cara tradisi lama pada satu trip memancing akan datang. Kita cuba dulu dan tentunya ada perubahan yang dapat dirasakan. Tetapi lakukan sepenuhnya daripada bekalan nasi yang dibawa dalam upih atau daun pisang, gulai ikan goreng berlada, kopi O panas dan air sejuk (air jerang) sehingga rokok daun nipah dan tali pancing menggunakan koyan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan