Ahad, 19 Julai 2009

DSAI PEMUSNAH MELAYU DAN NEGARA


11 Tahun Yang Lalu......gelombang politik terbesar di dalam negara ini hanya berlaku sebaik sahaja berlaku peristiwa pemecatan DS Anwar Ibrahim dari kabinet dan parti Umno.

Sebelum peristiwa tersebut, gelombang politik juga pernah berlaku tatkala berlaku pertembungan merebut jawatan Presiden Umno di antara Tun Dr Mahathir dengan YBM Tengku Razaliegh yang mana mengakibatkan wujudnya Parti Melayu Semangat 46 (S46).

Sebelum itu juga, Umno pernah diharamkan sebelum Tun Mahathir menubuhkan Umno Baru yang kekal hingga sekarang.

Namun gelombang politik yang menyaksikan pertarungan di antara UMNO/BN dengan Parti S46 yang telah bergabung bersama PAS dan DAP tidak sehebat gelombang yang dibawa oleh DS Anwar Ibrahim selepas tahun 1997.

Saya yakin sesiapa yang membaca kembali sejarah pada awal era reformasi sehinggalah kini, suka atau tidak terpaksa mengakui bahawa pengaruh Pak Nuar sememangnya banyak mempengaruhi sokongan rakyat terhadap parti-parti pembangkang yang ketika itu begitu mudah diratah oleh UMNO/BN, kecuali kekuatan kental PAS di Kelantan.

Kesilapan besra yang dilakukan olek Pak Nuar terhapat parti dan negara, sehingga menyebabkan beliau dipecat dari kabinet dan parti, pembangkang terus mendapat tempat dihati rakyat.

Rakyat sudah tidak lagi meyakini Umno malahan mereka seolah-olah tidak percaya tergamaknya Umno mengkhianati tokoh Melayu yang Pro Islam ini. Tetapi bak kata orang, benih yang baik dicampak ke mana sekali pun tetap akan boleh hidup subur.

Secara jujurnya, parti PAS dilihat lebih banyak memakan hasil daripada peristiwa yang berlaku dan saya percaya ini adalah `kifarah' buat Pak Nuar yang mungkin ketika di dalam Umno melakukan beberapa kesilapan di dalam pendekatannya.

Kini, setelah pembangkang mulai mendominasi beberapa buah negeri selepas pilihanraya Ke 12 yang lalu sehingga menyebabkan kerajaan Bn gagal memperolehi majoriti 2/3 di dalam Parlimen, sudah terdapat suara-suara sumbang terutamanya di dalam PAS yang seolah-olah menidakkan sumbangan, ketokohan dan jasa Pak Nuar.

Serindik Merah mengucapkan syabas kepada PAS kerana sehingga kini masih tetap dengan pendirian tegas berkenaan dasar Islam mereka.( ISLAM ACUAN PAS ) yang suka menangguk di air keroh,bersengkokol dengan DAP dan PKR...( PEMUSNAH MELAYU )

Tetapi, Serindik Merah kurang selesa apabila terdapat beberapa pemimpin yang sering mengaitkan pemimpin yang lain di dalam PAS sebagai 'orang Pak Nuar'.

Memang banyak dosa Pak Nuar sehingga beliau diheret bersama di dalam kancah perebutan kuasa di dalam PAS? Salahkah sekiranya mana-mana pemimpin PAS berbaik serta menyokong perjuangan Pak Nuar selama ini?

Apakah dengan menyokong perjuangan Pak Nuar bermakna mereka meninggalkan prinsip mereka yang termaktub di dalam PAS ?

Semua persoalan ini tidak mampu Serindik Merah huraikan melainkan pemimpin-pemimpin PAS itu sendiri. Meskipun Serindik Merah tidak menyokong Pak Nuar dan tetap tidak menyokong serta menghormati pemimpin PAS.

Memang benar, mungkin rakyat terlalu simpati saya terhadap Pak Nuar menyebabkan Pak Nuar dijadikan bahan tohmahan untuk melemahkan lawan politik sesama mereka.

Saya hairan mengapa wujud gelaran pemimpin ini 'orang Pak Nuar' dan pemimpin itu 'orang Tuan Guru'. Setahu saya di dalam PAS pemimpin mereka adalah Presiden mereka dan Tuan Guru Nik Aziz adalah Muryidul Am mereka, tiada yang lain dari itu.

Umum mengetahui bahawa Presiden PAS dan Tuan Guru Nik Aziz sendiri tidak pernah ingin berjauhan dari perjuangan Pak Nuar malahan ingin dirapatkan lagi.

Harus diingat WAHAI ORANG ORANG UMNO /BN bahawa musuh sentiasa berada di sekeliling dan jika kita tersilap langkah, musuh akan mengambil kesempatan. Bukan tujuan tulisan ini untuk membela Pak Nuar yang bukan seorang yang maksum dan bukan juga seorang Ulamak,tetapi seorang Al-Juburi...

Kesihan juga kepada Pak Nuar yang tidak mampu mempertahankan dirinya apabila dikaitkan di dalam mainan politik oleh rakan-rakan seperjuangannya sendiri. Mungkin Pak Nuar hanya mampu berkata di dalam hatinya," Kalaulah aku dapat memerintah Malaysia seperti Dunia Ana yang punya.....aku jual Malaysia ini...aku kaya aku kaya.....wehhhhhhh aku kaya dahhhhhh..hati Pak Nura berkata....

Serindik Merah nangis nengok KERAKUSAN NUAR....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan