Selasa, 14 Julai 2009

Bersatu Lah Melayu


Bangsa Melayu perlu diberi peringatan, panduan dan bimbingan sepanjang hayat untuk terus maju dan bersatu padu serta bijak menggunakan sumber harta, kekayaan, kewangan dan modal insan,kuat atau lemah bangsa itu bergantung kepada kejayaan orang Melayu membina perpaduan.


“Dalam hasrat membina perpaduan yang kukuh, bangsa perlu bijak mencari kejernihan dan membuang yang keruh, bersandarkan semangat persaudaraan Islam.


Dengan menghayati Islam sepenuhnya, bangsa Melayu akan didorong mengamalkan etika kerja yang tinggi, bersih, cekap dan amanah, bebas daripada salah guna kuasa, penyelewengan atau melakukan rasuah.


Jika bangsa Melayu dapat disemai dan memiliki sifat sedemikian, bangsa Melayu akan menjadi bangsa yang mulia, dihormati dan disegani, sebaliknya, bangsa yang gagal menghayati dan mengamalkan sifat sedemikian akan jatuh dan terpinggir di dunia ini.


“Berapa ramai lagi yang tergamak menjadi pelakon opera, memakai topeng Islam dan topeng Melayu, mempersendakan umat, memperdaya bangsa demi memenuhi nafsu sendiri.

Bangsa bagaikan sedang menghitung hari untuk terus bertahan di tampuk kuasa. “Jika pertelingkahan terus memuncak, jika perbalahan terus berlanjutan, akan bertambah binasalah bangsa dan pada akhirnya tidak ada lagi pihak yang menang, kerana yang menang menjadi arang sementara yang kalah menjadi abu,”


penubuhan Umno pada 1946 dan Pas pada 1951 mewujudkan dinamik politik berteraskan gerakan nasionalisme Melayu dan dinamik politik berpaksikan Islam.


kewujudan parti politik berteraskan kebangsaan Melayu dan parti politik berpaksikan Islam.

sepatutnya politik berakarkan bangsa dan berpokokkan Islam berupaya memperkuat modal pengupayaan umat, menyuburkan pohon yang kukuh, tidak goyang ditiup angin, tidak goncang dilanda ribut.


Wahai di luar sana serindikmerah minta komen....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan