Ahad, 19 Julai 2009

BIARKAN SI LUNCAI (JUI MENG ) TERJUN DENGAN LABUNYA


Malaysia 20 julai – Pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) perlu berhenti daripada terus mempersoalkan tindakan bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng keluar daripada parti itu dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sebaliknya, terus menerus tumpukan segala permasalahan rakyat, Kerajaan perlu menumpukan usaha melaksanakan apa yang dikehendaki oleh rakyat.

Ia adalah perkara utama yang diperhatikan oleh rakyat, khususnya dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu kini.

Sejajar dengan pengumuman 11 perkara oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena 100 hari pelantikan beliau pada minggu lalu.

‘‘Apa yang penting kini adalah kita perlu memastikan BN menjadi parti yang lebih baik dari ( PAS,PKR n DAP ) dengan melaksanakan yang dikehendaki oleh rakyat dan sensitif terhadap keperluan mereka.

‘‘Malah, kita juga perlu bersedia bekerja bersungguh-sungguh untuk melaksanakan apa yang telah dijanjikan oleh kerajaan,’’

Kelmarin, Jui Meng yang juga bekas Menteri Kesihatan mengumumkan beliau keluar daripada MCA dan menyertai PKR kerana wawasannya untuk pembaharuan dalam manifestonya pada pemilihan presiden MCA tahun lepas, sama dengan Agenda Malaysia penasihat PKR, Anwar Ibrahim.

Pengumuman itu dibuat beliau pada persidangan akhbar selepas menghadiri Forum Awam PKR di Petaling Jaya.

Keputusan Jui Meng itu adalah hak peribadinya sendiri dan ia tidak akan membawa perpecahan dalam BN.

‘‘Itu adalah pilihannya dan beliau bebas untuk membuat pilihan sama ada menjadi ahli MCA atau parti politik yang lain,’’

YANG PENTING ahli UMNO perlu mengelakkan wujudnya konflik sesama sendiri kerana ia akan menyebabkan parti menjadi lemah.

‘‘Rakyat Malaysia suka Kerajaan bekerja dan bukannya bergaduh sesama sendiri dalam apa jua isu.

‘‘Mereka perhatikan sejauh manakah kemampuan Kerajaan untuk melaksanakan dasar dan program yang diputuskan oleh kerajaan,’’

JADI.......

Jui Meng biar kemana hendak pergi....ADA TIDAK MENAMBAH..TIADA TIDAK MENGURANGKAN..........PERGI BERSAMA LABUNYA..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan