Selasa, 14 Julai 2009

Usahawan Kacang Tumbuk


KACANG tumbuk antara kudapan istimewa masyarakat di negara ini sejak puluhan tahun lalu. Walaupun terlebih dulu popular di kalangan masyarakat Cina, kaum lain turut menggemarinya menyebabkan ia terus kekal sehingga ke hari ini. Menyedari pasaran luas bagi kudapan istimewa itu, Serindik Merah mengambil inisiatif mengeluarkan produk kacang tumbuk khususnya bagi pasaran di utara.


Malah, katanya, jika tiba musim perayaan terutama Aidilfitri pihaknya terpaksa bekerja siang dan malam untuk memenuhi permintaan, biasanya produk keluaran Serindik Merah itu mendapat permintaan tinggi daripada koperasi, sekolah, kantin, pejabat dan juga kedai runcit di seluruh Negara dan juga Taiwan. "Produk kacang tumbuk pula mendapat sambutan di luar dugaan kerana kacang tumbuk yang Serindik Merah usahakan itu adalah satu-satunya produk keluaran pengusaha Melayu di negara ini kerana kacang tumbuk jenama lain yang di dapati di seluruh negara adalah keluaran pengusaha Cina,”


Selain kacang tumbuk, Serindik Merah juga mengeluarkan biskut koko kacang, `koko rice', biskut keladi, biskut cherry, kuih pintal, rempeyek, kacang potong, biskut rempah, bahulu, kelapa, suji dan bijian.


Hingga kini Serindik Merah tak menang tangan untuk meningkatkan pengeluaran bagi menampung permintaan yang begitu menggalakan...


Selain daripada itu juga Serindik Merah ada juga membuat (pengeluran sampingan )seperti SAMBAL ITAM dan PAIS IKAN..ini pun sambutan oleh pengemar amat menggalakan.


UNTUK keterangan lanjut sila hubungi....SERINDIK MERAH..


1 ulasan:

  1. weh..orang sibuk nak membalas blog-blog pembangkang oak sibuk nak memberi makan ikan,dah gemuk ikan oak buat ikan pais gan ikan dalam kolah mandi oak.minta maaf bebanyok keh tak makan ikan pais dan kacang tumbuk,keh makan strawberi je..cepat-cepat jawap blog pembangkang.

    BalasPadam