Khamis, 23 Julai 2009

Anuar Ibrahim Kemaruk Kuasa



SERINDIK MERAH 24 Julai - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim sengaja mahu mengelirukan rakyat apabila mempersoalkan langkah kerajaan menubuhkan inkues dan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock.

Kerajaan berusaha sebaik mungkin menegakkan keadilan kepada semua pihak berhubung tragedi kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco kerajaan negeri Selangor itu.

Sikap Anwar yang masih tetap tidak berpuas hati terhadap apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan menunjukkan beliau mempunyai agenda tertentu.

''Bermacam-macam tuduhan dilemparkan kepada kerajaan, semua pihak menuding jari kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

''Ini menunjukkan mereka seolah- olah sengaja mahu membakar sentimen perkauman dalam kalangan rakyat,''

Semalam, Kabinet bersetuju menubuhkan satu inkues yang diketuai oleh seorang majistret bagi menentukan punca kematian Beng Hock minggu lalu.

Perkara tersebut telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan turut bersetuju menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja bagi meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang diguna pakai SPRM.

Sebelum ini, pihak pembangkang menjadikan kes kematian Beng Hock sebagai modal politik dengan mengadakan perhimpunan haram sambil mengkritik kerajaan, polis dan SPRM.

Apabila kerajaan bersetuju menubuhkan inkues dan Suruhanjaya Diraja tersebut, Anwar pula mempersoalkan kewajaran langkah itu.

''Dia (Anwar) awal-awal lagi sudah membuat andaian dan tuduhan melulu, kononnya inkues dan suruhanjaya itu mempunyai kepincangan dan kelemahan,"

''Sudah menjadi lumrah politik, dia sentiasa mempertikaikan apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan walaupun usaha tersebut untuk kebaikan rakyat,''

Anwar sepatutnya memberi sepenuh kebebasan dan ruang kepada inkues dan suruhanjaya diraja memulakan tugas mereka.

Sebelum itu, Anwar dalam laman blognya menuduh suruhanjaya diraja yang ditubuhkan itu bukan untuk menyiasat punca sebenar kematian Beng Hock, tetapi hanya mengkaji peraturan soal siasat seterusnya dan tidak menjawab teka-teki kematiannya.

Apa lagi si Anuar ni tak puashati...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan