Ahad, 2 Ogos 2009

Syabas PM ( ISA )

SM 3 Ogos - Petunjuk Indeks Prestasi (KPI) kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak utuh di sisi rakyat berikutan tindakan yang amat cekap polis terhadap perhimpunan aman anti-ISA pada 1 Ogos baru-baru ini.

Iklan

"Syabas PDRM dalam operasi standard (SOP) untuk memberi justifikasi kepada tindakan ganas terhadap perhimpunan dan perarakan yang di anjurkan oleh anuar ibrahim ( yang kemaruk kuasa )

"Perhimpunan dan perarakan yang dianjurkan oleh pembangkang sentiasa berlangsung dengan huru hara dan kekecohan.

"Dalam perarakan baru baru ini,hampir 100% kedai-kedai ditutup, orang awam yang bertempiaran lari dan segala pengangkutan awam tidak beroperasi pada hari tersebut.Ini adalah salah satu contoh yang tidak baik dalam satu satu perhimpunan dan perarakan haram.

Apa yang berlaku dalam demonstrasi anti-ISA baru baru ini memperjelaskan lagi ketegasan polis untuk meyakinkan kepada orang ramai bahawa ia bertindak mengikut SOP bagi memastikan keamanan dan tidak ada kekecohan.

"Tetapi perhimpunan anti-ISA pada 1 ogos pihak pakatan pembangkang terpaksa berhadapan dengan tindakan cekap pihak polis kerana ia menacabar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang sentiasa tunjang keamanan negara.

Kepentingan ISA dibuat semata-mata untuk menjaga kepentingan dan keselamatan negara dari segala sudut dan bukan kepentingan Umno dan BN tetapi untuk keamanan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ayuh bangun dan tegas demi maruah negara dari diperkotakatik oleh musuh musuh negara.


2 ulasan:

  1. Yang sibuk nak hapuskan ISA tu orang yang takut sebab selalu buat salah.Yang anjur perhimpunan tu sebab ada kepentingan sendiri.Tak peduli dah perbuatan dia tu nak hancurkan negara dan menyusahkan rakyat umum

    BalasPadam
  2. Kalau pemikiran sudah diubah kepada tamadun rimba, begitulah jadinya......

    Yang deme gi taruk iklan penyokong kuat PAS dalam blog deme tu ngape ? ke deme ada syer ?

    BalasPadam