Selasa, 15 September 2009

BERHATI HATI DI JALAN RAYA

PADA hari pertama Ops Sikap kali ke-20 iaitu pada 14 September 2009 telah mencatatkan angka kematian seramai tujuh orang akibat nahas jalan raya. Angka ini dijangka akan terus meningkat menjelangnya waktu puncak iaitu dua atau tiga hari sebelum dan selepas hari raya.Saban tahun, Ops Sikap diadakan bertujuan mengurangkan angka kemalangan jalan raya pada musim perayaan, sekali gus mengurangkan kehilangan nyawa yang begitu berharga.

Menjelang usianya yang kedua puluh ini, diharapkan suatu statistik yang lebih baik dapat dilihat apabila berakhirnya Ops Sikap ini.Pelbagai pihak telah cuba sedaya-upaya bagi mencapai objektif meminimumkan nahas jalan raya pada musim perayaan.

Bukan sahaja pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) turut melaksanakan tanggungjawabnya dengan kolaborasi agensi-agensi kerajaan yang lain.Pelbagai pendekatan telah dan akan diambil bagi menurunkan kadar kemalangan dan angka nahas yang maut ekoran insiden ini. Antaranya ialah larangan ke atas kenderaan barangan menggunakan jalan raya pada 18, 19 September 2009 (sebelum Hari Raya) dan 26, 27 September 2009 (selepas Hari Raya).Juga pemantauan dan kawalan trafik melalui 19 Menara Kawalan Trafik PDRM, pemantauan dan pemeriksaan perkhidmatan bas ekspres di depoh dan 35 lokasi terminal bas, pengurangan had laju maksimum sebanyak 10km/j bagi Jalan Persekutuan dan Negeri mulai 13 hingga 27 September 2009, penggalakkan penggunaan sistem pengangkutan awam serta kempen-kempen advokasi keselamatan jalan raya.

Menteri Kerja Raya juga telah mengarahkan kerja-kerja pembaikpulihan di lebuh-lebuh raya dihentikan buat seketika bagi mengurangkan risiko kesesakan dan yang lebih penting meminimumkan jumlah kemalangan.

Sungguhpun begitu, Ops Sikap ini seringkali dipandang enteng dan kurang penting oleh pengguna-pengguna jalan raya yang terbabit. Dalam mereka berwaspada dengan perangkap-perangkap had laju, pedal minyak kembali ditekan setelah lokasi penguat kuasa polis atau kamera perakam kelajuan dilepasi.Inilah sebenarnya masalah yang besar yang dilihat sukar ditangani saban tahun. Aktiviti memotong barisan boleh dilihat di mana-mana jalan asal ada sahaja barisan.

Di mana ada barisan, di situlah ada yang mengambil kesempatan memintas, tanpa memikirkan perasaan mereka yang berbaris menunggu sekian lama berbaris.Apa sahaja yang difikirkan cepat, akan mereka lakukan tanpa mengira ia garisan berkembar, bahu jalan atau selekoh. Namakan apa sahaja.Kita seharusnya ingat bahawa mungkin disebabkan perbuatan kita, ada orang lain yang menjadi mangsa. Kita mungkin terlepas namun orang lain mungkin terbabas kerana mengelakkan kenderaan kita begitu deras dan pantas.

Harga satu nyawa amatlah berharga. Apakah justifikasi yang harus diberikan untuk bilangan kes kematian di jalan raya jika bukan kerana sikap kita sendiri.

JADI BERHATI HATI DIJALAN RAYA KETIKA MEMANDU DAN INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG.....

2 ulasan:

  1. Salam, berhati-hatilah kalau berjalan, jangan mata asyik melilau je.....

    Selamat Hari raya, maaf zahir batin.

    BalasPadam
  2. Salam.

    Jalan dah mula sebuk masa ini, semoga berhati dalam perjalanan balik ke kampung.
    Selamat menyambut hari raya maaf zahir batin.

    BalasPadam