Rabu, 11 November 2009

Anuar Oh Anuar.....

12 Nov. – Langkah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggerakkan strategi menyerang kepimpinan Perdana Menteri, dilihat sebagai percubaan untuk mengalih perhatian daripada pelbagai kemelut peribadi dan parti yang diterajuinya.

Anwar juga sudah mula berasa tercabar dengan gabungan mantap Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila dasar demi dasar yang dilancarkan kerajaan diterima rakyat.Kenapa Anwar mahu menyerang Perdana Menteri? Dia sepatutnya tidak lari daripada kenyataan bahawa PKR dan dirinya sedang menghadapi banyak masalah dalaman.Dia sendiri pun sedang berhadapan dengan perbicaraan mahkamah dan PKR juga sedang dilanda tsunami kepimpinan. Orang dalaman PKR itu juga sedang mengkritik kepimpinan Anwar.

Kenyataan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin tentang mesyuarat Majlis Tertinggi PKR yang dipengerusikan Anwar kelmarin.Pada mesyuarat itu, menurut Zulkifli, Penasihat PKR itu menasihati ahli-ahli mengenai strategi baru untuk melancarkan serangan peribadi terhadap Perdana Menteri. Anwar sengaja mahu mengalihkan pandangan orang ramai terhadap pelbagai isu yang sedang dihadapinya.

Begitulah yang berlaku setiap kali dia mahu ke mahkamah, ada sahaja perkara yang dibangkitkan supaya orang ramai ‘terleka’ dengan kisahnya.Justeru itu rata rata rakyat Malaysia tidak bersetuju dan berasa meluat dengan tindak-tanduk Anwar yang mahu menyerang Perdana Menteri.

Anuar dan PKR sudah kelam-kabut sebab Najib dan Muhyiddin bergabung dengan baik. Pemimpin negara ini sudah berjaya mengembalikan keyakinan rakyat terhadap dasar kerajaan Barisan Nasional (BN).Anwar dan pemimpin pembangkang kenalah matang dalam politik. Jangan berpolitik sepanjang masa. Kita sepatutnya bersama-sama memberi tumpuan terhadap pembangunan negara.

PKR baru-baru ini berhadapan dengan krisis dalaman yang menyaksikan dua pemimpinnya di Sabah iaitu Datuk Dr. Jeffrey Kitingan meletak jawatan sebagai Naib Presiden dan Christina Liew pula meletak jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu.Seorang wakil rakyatnya iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah pula bertindak keluar parti itu dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Ketiga-tiganya memberi alasan hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti itu yang diterajui ‘3A’ iaitu Anwar; Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presidennya, Azmin Ali.

Kelmarin, Anwar menggelar ahli parti itu yang gagal mematuhi disiplin dan ideologi parti sebagai ‘pengacau’ dan meminta mereka berundur sebelum disingkirkan. Anwar gemar menyalahkan kerajaan kononnya wujud konspirasi sehingga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga dikaitkan begitu.

Bila mereka menang lima negeri pada pilihan raya umum tahun lalu, tidak pula mereka mengatakan SPR ada konspirasi. Kalau pemimpin mereka didapati tidak bersalah oleh SPRM, tidak pula mereka menuduh agensi berkenaan ada konspirasi.Semua isu dan perkara yang tidak betul pada pandangan Anwar, semuanya ada konspirasi. Sampai bila dia mahu membohongi rakyat.

Mengenai tindakan Anwar yang menimbulkan keresahan pelabur kononnya negara ini tidak stabil dari segi politik termasuk laporan negatif agensi media asing,ini adalah salah satu itu strategi untuk melihat rakyat ini berada dalam kesusahan.Siapa yang hendak melabur, jika strategi demikian dimainkan oleh Anwar. Yang menjadi mangsa ialah rakyat. Kalau pelabur datang, peluang pekerjaan akan lebih baik.

Pada masa yang sama,kita tidak mahu rakyat jangan terlalu seronok melihat gelagat serta kenyataan Anwar kerana kelak negara akan terus menderita dan menjadi mangsa kerakusannya.Orang yang menjadi ‘aktor’ akan terus menjadi ‘aktor’. Dia punya ‘sarkas’ akan pergi dari satu tempat ke satu tempat yang lain, yang menderita adalah mereka yang ditinggalkan.


DAN INILAH YANG AKAN PKR LAKUKAN SEPANJANG MASA.......

Tiada ulasan:

Catat Komen