Ahad, 8 November 2009

MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN

ALAHAI KEPADA PEROKOK SEPERTI kebiasaan, perokok adalah spesies yang akan menggelabah menjelang pembentangan bajet sejak dahulu lagi. Ye lah, bukan apa, ini disebabkan setiap kali bajet dibentangkan, cukai rokok pasti akan dinaikkan tidak kiralah tahun defisit atau lebihan, cukai rokok dan rakan 'sejenayahnya', arak pasti akan dinaikkan.

Namun tahun ini, bajet yang dibentangkan seolah-olah memihak kepada mereka pula.

Sah perokok akan tersenyum lebar walaupun kini mereka rata-rata terpaksa membayar sekotak RM9.30 untuk 20 batang bagi rokok yang berjenama manakala sekitar RM4 lebih untuk yang kurang berjenama.TERMASUK ROKOK SELUDUP DARI INDON.

Jadi selepas 30 Oktober lalu, muka perokok tersenyum ( SENYUM DALAM KESAKITAN ) tidak seperti selalu masam mencuka dan pahit kalau dilihat sekali imbas.

Apa pun, pasti ada rasional kenapa bajet kali ini tidak menaikkan atau mengubah cukai rokok seperti selalu.

Cuma apa yang ingin diutarakan kali ini ialah susulan daripada keadaan itu, ramai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyarankan harga rokok di naikkan sehingga RM30 sekotak.

Walau apa cara sahaja yang akan dapat menyebabkan perokok meninggalkan tabiat buruk mereka, akan disokong 300 % kerana itu lah yang terbaik untuk mereka kaki perokok.

Bukan nak menindakkan hak individu, tapi ini soal kesihatan individu terbabit dan juga orang lain.

Seperti yang sering di katakan, segelintir perokok memang berperangai tidak senonoh dan mereka juga penyumbang kepada kepupusan segelintir spesies laut udara dan darat.

Bukan apa, sepanjang hidup jarang terdapat dan nampak ada perokok yang akan membuang putung rokok ke dalam bekas yang sepatutnya dibuang ketika memandu kereta, menaiki motosikal, memancing, melepak di taman atau di dalam hutan ketika berkhemah malah berdating pun mereka buang puntung ikut seseka hati saja.

Apa yang mereka lakukan hanyalah menjentik putung rokok itu ke mana-mana sahaja tidak kira tempat, dan yang lebih tepat, ikut mana sempat sahaja.

Inilah mentaliti segelintir daripada perokok. Mungkin otak mereka dah beku dengan tar, nikotin dan karbon monoksida yang realitinya memang membawa binasa kepada manusia.

Asap rokok membahayakan kepada yang bukan perokok jika mereka mahu mati, matilah sendiri dan janganlah menyusahkan orang lain yang tidak bersalah.

Tapi yang segelintir lagi yang tidak mendatangkan masalah ini mungkin boleh dibilang dengan jari.

Berlainan dengan Jepun, negara yang pernah satu ketika dahulu dibom dan hampir musnah.

Kegigihan rakyat Negara Matahari Terbit itu berjaya membangunkan kembali negara mereka dan kini menjadi antara gergasi dunia dalam pelbagai bidang.

Namun semua yang dikecapi itu tidak mengalpakan mereka daripada menjaga persekitaran supaya lebih aman, bersih dan juga makmur.

Mereka walaupun boleh dikatakan dalam 10 yang ditemui, lapan daripadanya perokok, namun tidak mengamalkan 'budaya' rakyat Malaysia yang membuang-buang tanpa melihat keadaan sekeliling.Mereka lebih tertib, tak kiralah di tepi jalan, di restoran, di pejabat atau di mana-mana sahaja.Mereka akan merokok hanya di tempat yang disediakan dan akan membuang putung rokok ke dalam bekas yang disediakan. Kalau dikira, tempat membuang rokok ada di mana-mana dan disediakan tempat khas.

Jadi mereka akan berkumpul di satu tempat untuk menghisap rokok, tidak berjalan-jalan sambil membuang putung rokok merata-rata.

Lebih menarik, pemandu teksi (yang amat banyak, suka membantu dan tidak menipu meter) akan parking tepi jalan berdekatan kawasan merokok berkenaan akan merokok di situ dan sesudah habis, dia meneruskan perjalanan. Jadi mereka tidak merokok di dalam teksi.

Apakan daya, berbuihlah kerajaan membuat pelbagai kempen, tapi tak berkesan.Malah ada yang mengatakan merokok itu baik untuk kesihatan dan mereka tetap sihat dan segar walaupun dah berusia setengah abad.(contoh :perokok umur 40 tahun tapi urat saraf dalam badan berumur 56 tahun )

Entahlah, itu pada fikiran masing-masing.

Pada Serindik Merah : 'Biarlah Si Perokok Terbang Dengan Asapnya '

Fikir Fikirkan lah.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan