Ahad, 8 November 2009

BN Juara Rakyat.

9 Nov. - Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu bangun menjadi juara rakyat atau bersedia menghadapi nasib yang pernah menimpa parti tersohor Jepun, LDP yang tersungkur di tangan rakyat negara itu. LDP yang pernah memerintah Jepun selama lebih 50 tahun dan merintis kemerdekaan negara matahari terbit itu jatuh kerana mereka melupakan rakyat.

Oleh itu, kita mesti menjadikan BN parti yang bukan sahaja dilihat sebagai juara rakyat, tetapi bertindak menjuarai (nasib) rakyat,

LDP parti Jepun itu mempunyai banyak persamaan dengan UMNO dari segi peranan mendapat kemerdekaan negara, perjuangan mengisi kemerdekaan serta tempoh pemerintahan.LDP jatuh sebab parti itu hilang sentuhan dengan rakyatnya, kejatuhan parti LDP Jepun harus diambil iktibar dan semua parti komponen BN harus kembali kepada idea asal BN untuk memenangi hati rakyat dengan memberikan perkhidmatan terbaik.

Manakala parti-parti komponen BN pada masa ini harus meletakkan komitmen yang tinggi untuk memberi khidmat kepada masyarakat tanpa mengharapkan apa-apa balasan, semangat sukarela harus disegar dan pertingkatkan semula kerana ia merupakan resipi kejayaan pada masa lalu. Cuba di imbaskan kembali mengenai pengorbanan ahli-ahli Pergerakan Wanita UMNO dulu yang sanggup menyerahkan barang kemas masing-masing bagi mengumpul wang membolehkan bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman pergi ke London membincangkan kemerdekaan negara.

Maka jika sekiranya semua parti komponen dapat memberikan perubahan yang bermakna kepada rakyat, BN mampu memenangi pilihan raya akan datang,jika rakyat sentiasa diutamakan, adalah tidak mustahil BN akan direkodkan dalam sejarah dunia sebagai parti paling lama memerintah.

Cuba kita renungkan kekalahan BN di beberapa negeri pada pilihan raya umum lalu harus dijadikan pengajaran berguna.Ini bukanlah kerana pembangkang kuat, tetapi kerana kita lemah. Ia bukanlah kerana pembangkang popular, tetapi kerana kita menjadi kurang popular.

AYUH SEDAR LAH WAHAI BN....

Tiada ulasan:

Catat Komen