Ahad, 8 November 2009

NIK AZIZ TAKUT PERPADUAN

9 Nov.Kenyataan terbaru Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat menerusi blognya yang mahu Muktamar Agung khas (EGM) diadakan bagi menukar pemimpin tertentu tiba-tiba menggoncang parti itu.

Ini disebabkan perbezaan pendirian berhubung isu kerjasama dengan UMNO menerusi kerajaan perpaduan yang pernah dicadangkan oleh Presiden Pas, Hadi Awang tidak lama dulu. Ternyata isu itu belum padam walaupun semua pemimpin kanan Pas dikatakan sudah mencapai kata sepakat mengenainya.

Nik Aziz yang menentang idea kerajaan perpaduan itu rupa-rupanya masih kurang senang terhadap beberapa kerat pemimpin Pas antaranya Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung, Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr.Hassan Ali yang menyokong idea itu. Malah difahamkan, Nik Aziz ‘makan hati’ dan amat tidak selesa dengan Hadi tetapi tidak dinyatakan secara terbuka,malah Nik Aziz tak sempat hendak mendengar ucapan Haji Hadi baru baru ini kerana ada urusan penting katanya atau mungkin atas percaturan politik. Ia umpama cerita pukul anak sindir menantu.

Bukan rahsia lagi, Nasharuddin dan beberapa lagi pemimpin kanan Pas diketahui adalah orang kepercayaan Hadi. Pemilihan dalam muktamar parti itu sebelum ini turut menyaksikan beberapa pemimpin pro Hadi memenangi jawatan kanan termasuk timbalan presiden, yang dilihat sebagai tamparan kepada Nik Aziz.

Maka makin jelas terdapat dua kelompok dalam Pas. Satu yang memihak kepada Hadi dan satu lagi kumpulan menyokong Nik Aziz. Dalam konteks pakatan pembangkang pula, Nik Aziz dilihat lebih akomodatif kepada aspirasi politik PKR dan DAP sementara kumpulan Hadi melihatnya sebagai berbahaya kepada kepentingan agama dan bangsa.

UMNO MEMPERJUANGKAN BANGSA AGAMA DAN NEGARA...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan