Rabu, 11 November 2009

PRU KE 13 BAI'AH PAS

MENAKJUBKAN! Itu sahaja kata-kata yang mampu menggambarkan bai'ah taat setia wakil rakyat Pas pada parti mereka (bukan pada Islam). Dalam banyak umat Islam di Malaysia, hanya Pas yang mampu mengeluarkan idea yang begitu beragama dan bernas.

Saya sebagai rakyat Malaysia begitu kagum dengan kaedah yang tidak pernah sesiapa dalam dunia pernah terfikir. Mungkin tidak keterlaluan untuk mengatakan Nabi Muhammad SAW sendiri pun tidak terfikir untuk meletakkan bai'ah sedemikian terhadap tentera-tentera yang memperjuangkan Islam supaya tidak lari dari medan perang.

Saya begitu bangga dengan kebijaksanaan Pas dan saya yakin UMNO sudah jauh ditinggalkan Pas dari sudut agama. Dengan bai'ah tersebut, Pas akan kekal selama-lamanya sehingga ke hari kiamat. Malah, Pas boleh jadi parti contoh kepada semua parti Islam dalam dunia termasuk di Indonesia, Iran, Iraq, dan lain-lain dalam usaha menjamin dan mengekalkan kuasa sebelum tawakal pada Allah.

Sehubungan itu, saya mohon kepada Pas supaya memperluaskan bai'ah taat setia pada semua ahli Pas termasuk ahli Kelab Penyokong Pas dan Muslimah Pas (boleh automatik tuntut fasakh daripada suami). Ini kerana Islam itu adil dan jika berjaya dilaksanakan, Pas pasti mampu memerintah Malaysia selepas PRU akan datang. Jika Pas mewajibkan semua ahli Pas bai'ah taat setia, saya bersumpah akan sertai Pas secara automatik.

Bagi menjamin kemenangan Islam Pas, adalah wajar untuk mewajibkan ahli Pas bukan saja bai'ah taat setia, tetapi juga bai'ah gerenti undi Pas di setiap pilihan raya, jika gagal, jatuh talak tiga secara automatik kepada isteri-isteri ahli Pas.

1 ulasan:

  1. Apa nak susah weh....... makin banyaklah janda-janda kat Malaysia, kerajaan UMNO-BN kan selalu bagi bantuan kepada ibu-ibu tunggal.....

    BalasPadam