Rabu, 15 Julai 2009

BN Tetap Utuh


KEKALAHAN tipis Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan membuktikan tahap keyakinan rakyat, terutama pengundi Melayu terhadap kerajaan semakin pulih.

Keputusan itu juga menghantar isyarat wujud angin perubahan atau 'swing factor' yang besar di kalangan rakyat, khususnya penduduk di Manek Urai terhadap BN.

Keputusan itu sebagai kemenangan moral yang besar kepada BN, ia sangat memberangsangkan dan usaha memenangi hati rakyat perlu diteruskan.

Walaupun kalah, ia menunjukkan pelbagai usaha kerajaan sepanjang 103 hari pentadbiran Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak sudah mula menampakkan sambutan baik daripada rakyat.

"Keputusan ini bererti keyakinan rakyat terhadap BN sudah dapat kita pulihkan dan jika di teruskan lagi pelbagai usaha, percaya BN akan lebih mantap.

"Bagaimanapun,Umno/BN tidak boleh berasa sudah melepasi ujian,kekalahan tipis itu adalah kemenangan moral yang besar untuk BN.

"Walaupun tewas 65 undi, malah jumlah undi rosak lebih tinggi sedangkan dulu BN kalah 1,352 undi,"

Mengenai jumlah undi rosak yang tinggi melebihi bilangan majoriti, BN belum mengetahui punca sebenar, tetapi akan membuat kajian.

"Apapun,Umno/BN puas hati dengan perubahan di Manek Urai, lebih-lebih lagi ia kawasan majoriti Melayu,"

Apa pandangan yang diluar sana....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan