Jumaat, 17 Julai 2009

PRU Ke 13 UMNO/BN Perlu Kerja Lebih Kuat


SERINDIK MERAH..17 Julai – Jentera UMNO/Barisan Nasional (BN) tidak boleh berehat, sebaliknya perlu terus bekerja lebih keras bagi memastikan kebangkitan semula ‘gelombang biru’ di seluruh negara.

Sehubungan itu Jentera Pilihan Raya UMNO/BN supaya bekerja keras untuk rakyat kerana sudah terdapat petanda kebangkitan semula itu.

Dengan AURA Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakan pembaharuan mesra rakyat serta diperkuatkan dengan kemenangan moral BN di Manek Urai baru-baru ini, kecekalan hati yang tidak mengenal rasa putus asa mendampingi rakyat sahaja mampu mengekalkan mandat BN di masa akan datang.

‘‘BN (sebenarnya pun) masih berkerajaan dengan mempunyai kuasa majoriti di peringkat negara meskipun di beberapa negeri menghadapi masalah.

‘‘Dari Manek Urai, UMNO/BN tidak pernah berputus asa dan ada kebangkitan semula gelombang biru melanda seluruh negara. Oleh itu kita perlu berjuang dan kena kerja keras lagi, itu pokoknya,” .

Pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai Selasa lalu, BN tewas tipis 65 undi kepada Pas dalam satu pertarungan yang disifatkan sengit oleh penganalisis, berikutan kesan pembaharuan untuk rakyat yang dilaksanakan pentadbiran Najib sejak mengambil alih kepimpinan kerajaan 3 April lalu.

Mengenai kemelut politik di Selangor yang menyaksikan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN termasuk Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo digantung menghadiri sidang Dewan ,ini adalah kesannya jika BN lemah atau kehilangan majoriti dalam sesebuah negeri.

‘‘Pakatan Pembangkang tidak tahu cara politik mereka (pakatan pembangkang), mungkin mereka tidak tahan dengan hujah-hujah dan serangan bertubi-tubi yang datang dari BN sekali gus cuba menidakkan keberkesanan wakil UMNO/BN dalam Dewan.

‘‘Apa pun ini keputusan Dewan dan UMNO/BN terima dalam sistem yang diamalkan bahawa majoriti menjadi penentu.”

Jadi untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO/BN..maka sekali lagi segenap pelusuk jentera UMNO/BN perlu mengembeling tenaga padu bagi memenangi hati rakyat tak kira dimana berada dan dalam keadaan apa sekali pun...

UMNO/BN ubah cara pergaulan,pakaian,kereta,dan jangan tunjuk sangat kekayaan... DEKATILAH RAKYAT HINGGA KE AKAR UMBI....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan