Rabu, 15 Julai 2009

Ke Arah Perpaduan Melayu.


Dialog Perpaduan Ummah antara Umno dan Pas, bermatlamat untuk menyelesaikan pertelagahan antara kedua-dua parti politik berkenaan perlu diadakan,untuk mencari jalan damai antara Umno dan Pas.

"Tiada mana-mana pihak yang layak menerima sebarang faedah daripada dialog ini melainkan bangsa Melayu secara keseluruhannya.

Tidak ada sebarang syarat untuk program dialog ini,yang penting Melayu mesti bersatu di bumi Malaysia ini.
"Saya percaya jika kedua-dua faktor berkenaan diwajibkan dalam amalan berorganisasi yang matang dan bertamadun, pasti Pas masih kekal dalam keluarga Barisan Nasional (BN) seperti pilihan raya 1974.

"Bagaimanapun, kerana emosi, ego dan nafsu, perpecahan umat Islam menjadi semakin parah sehingga kini yang melewati dua generasi,"

Melayu sama melayu bertelagah di tanah Melayu siapa yang untung...Melayu kah...atau bangsa lain yang ada ditanah Melayu.....

Tak rela Melayu merempat di tanah air sendiri.......



Tiada ulasan:

Catat Ulasan