Selasa, 14 Julai 2009


SELARAS perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam sistem ekonomi pada peringkat global, Malaysia sebagai negara membangun turut berhadapan cabaran serta tekanan besar mendepani persaingan abad ke-21 ini. Persaingan daripada negara lain menuntut kita melakukan satu anjakan besar untuk melangkah ke peringkat pembangunan seterusnya dan mencapai matlamat Wawasan 2020.

Demi mencapai matlamat itu, negara memerlukan satu peningkatan tahap produktiviti dan daya saing. Oleh itu, Misi Nasional dan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) mengenal pasti pembangunan modal insan sebagai satu daripada teras utama dalam membawa transformasi negara kepada ekonomi berasaskan pengetahuan.
Modal insan adalah aset yang boleh disuntik nilai tambahnya, ditingkatkan nilai inteleknya serta diperkaya modal budayanya. Pembangunan modal insan adalah penentu bagi meningkatkan daya saing dan produktiviti negara.

Bersesuaian dengan kehendak industri serta pasaran semasa dan masa hadapan, pembangunan modal insan perlu dirancang dengan rapi supaya dapat meningkatkan bina daya generasi muda ke arah melahirkan guna tenaga terlatih dan berdaya saing.

Keusahawanan perlu diberikan penghargaan tinggi dalam masyarakat. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Orang yang paling baik antara kamu ialah orang paling banyak memberi manfaat." Oleh itu, menjadikan agenda keusahawanan sebagai wasilah atau jalan untuk kita menyebarkan manfaat atau memakmurkan ummah dan negara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan