Rabu, 15 Julai 2009

Hidung Tak Mancung Pipi Serong Pulak

Dewan Pemuda PAS mencabar BN agar menunaikan janjinya untuk membangunkan Manek Urai dengan peruntukan sebanyak RM24 juta termasuklah membina jambatan yang bernilai RM7 juta seperti mana yang diuar-uar kepada pengundi pada pilihan raya kecil lalu.(ini lah sikap orang pas atau lebih manis di gelar tembelang pas,tak malu undi tak bagi tapi duit nak itu hipokrit namanya )

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hassan berkata, selaku kerajaan yang memerintah negara ini BN sepatutnya boleh melaksanakan pembangunan di Dun itu. ( sepatutnya pas kelantan dah bangunkan manik urai....dun-dun lain di negeri selain kelantan maju apa?)

Katanya, BN tidak perlu menunggu hanya dengan kemenangannya di lubuk PAS itu barulah boleh membangunkan Manek Urai.( ini BN punya urusan siapa nak di bantu..hak BN )

"Tidak semestinya mereka harus menang, baru hendak melaksanakan pembangunan. Mengapa harus tunggu menang? Sebab jika menang pun BN tidak dapat menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan,"( Insyallah PRK ke 13 BN memerintah manik urai malah negeri kelantan )

Jelasnya, Umno dan BN sengaja memperbodohkan rakyat dengan janji yang agak luar biasa.
"Inilah sikap BN! Kita harap dalam PRU-13 nanti rakyat tidak lagi terpedaya serta terperangkap dengan janji mereka," ( UMNO dan BN tak pernah tipu rakyat..PAS,DAP n PKR memang penipu kepada rakyat..malah cakap tak serupa bikin..tengok Pulau Pinang,Perak dan Selangor malah kelantan sendiri mundur...asyik islam jer )

Dengan janji jutaan ringgit itu, Nasruddin percaya pengundi Manek Urai mungkin terpersona dan terpedaya dengan janji BN sehingga sukar untuk membuatkan membuat keputusan bijak.
( BN nak membangunkan manik urai tapi rakyat manik urai tolak dan terjemah dalam PRK manik urai )

Justeru, katanya, PAS harus mengambil iktibar di atas kemenangan tipis parti itu dan menganggap ada hikmah yang perlu dijadikan pengajaran bagi setiap ahli PAS.
( bukti pas sudah merosot sokongan )

"Apa yang berlaku ini, semua pemimpin dan ahli parti PAS mengambil iktibar supaya kita kembali bertaut. Kemenangan itu datang daripada Allah kerana kehebatan kita,"( ini betul betul pas penipu dan agama sewenangnya diputarbelitkan )

serindik merah..apakata diluar sana weh....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan