Isnin, 13 Julai 2009

P.Ramlee


BANYAK kawasan di Indonesia sudah dijejaki, tetapi perjalanan kali ini ke bumi Dabo Singkep, Kabupaten Lingga, Propinsi Kepulauan Riau, Indonesia cukup berbeza. Walaupun pertama kali menjejakkan kaki ke situ, terasa seolah-olah berada di bumi sendiri, masyarakatnya, pertuturan, bahasa dan budayanya sama. Mereka bertutur bahasa Melayu Riau, lebih tepat jika dikatakan sama ketika berada di Melaka atau Johor.

Istilah kita serumpun lebih tepat jika digunakan di sana. Mereka juga peminat Allahyarham Tan Sri P Ramlee, bahkan banyak dialog ikon filem Melayu itu dijadikan bahan gurauan dan bergelak ketawa. Jangan terperanjat, dialog ‘betul, betul, betul’ filem animasi watak Upin dan Ipin juga popular di sini.

Ia sebenarnya lebih kepada kesedaran menjalin dan mengerat hubungan lampau yang pernah terjalin dan sering berkait antara bangsa Melayu. Semuanya berkait rapat dengan fakta wujudnya kerajaan Melayu Johor Riau Lingga, kesinambungan kerajaan Melaka beratus tahun dulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan