Khamis, 16 Julai 2009

Renung Sejenak Melayu


Kuan Yew dan DAP.........

Lawatan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew ke Malaysia baru-baru ini menarik perhatian ramai dan pada masa yang sama mengundang banyak persoalan.

Memandangkan kunjungan pengasas dan Perdana Menteri pertama Singapura itu melibatkan pertemuan dengan pemimpin negara, sultan dan ketua kerajaan negeri maka ia secara tidak langsung mendapat liputan meluas media.

Tetapi acara mana dalam lawatan itu yang paling mendapat perhatian besar media republik tersebut? Seperti yang di duga ia sudah tentu lawatan Kuan Yew ke Pulau Pinang dan pertemuan dengan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng(DAP)

‘Pulau Pinang adalah satu-satunya negeri di Semenanjung Malaysia yang majoriti penduduknya bukan Melayu. Sejak pilihan raya umum lalu, negeri itu telah diperintah oleh pakatan pembangkang, dengan DAP berasaskan kaum Cina menerajui (pemerintahan).”

Ungkapan tersebut dipetik daripada perenggan kedua laporan utama akhbar Straits Times Singapura berhubung lawatan Kuan Yew ke negeri pulau mutiara itu.

Petikan itu sudah cukup untuk menjelaskan mengapa kunjungan Kuan Yew ke negeri pimpinan DAP itu begitu signifikan dan mempunyai maksud tersirat.

Walaupun Kuan Yew turut mengunjungi Kelantan, Perak dan Pahang, kehadirannya di Pulau Pinang yang turut menyaksikan mesyuarat bersama exco negeri, adalah tanda sokongan moral yang istimewa. Kuan Yew adalah pengasas People‘s Action Party (PAP), parti yang sehingga kini masih memerintah Singapura. PAP dan DAP mempunyai hubungan sejarah yang bermula ketika Singapura berada dalam Malaysia. Ia ditubuhkan bagi menggantikan PAP pimpinan Kuan Yew ketika itu, yang disingkir keluar dari Malaysia pada tahun 1965 kerana mahu menguasai politik tanah air dan menentang hak-hak orang Melayu. Konsep Malaysian Malaysia ciptaan Kuan Yew kini terus dihidupkan oleh DAP.

Bagi DAP kejayaan menawan Pulau Pinang pastinya tidak mahu dipersia-siakan dengan melakukan apa sahaja termasuk mendapatkan bantuan luar bagi terus berkuasa.

Wahai orang orang Melayu ( Tak kira UMNO dan PAS ) cuba renung sejenak.....

Tak nak bersatu lagi kah Melayu......

Jangan jadi....

MELUKUT DI TEPI GANTANG,

MEREMPAT DI TANAH AIR SENDIRI...

JANGAN NANTI ANAK CUCU KENCING DIKUBUR KITA SENDIRI.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan