Rabu, 15 Julai 2009


SERINDIK MERAH.... Keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan, memberi petunjuk jelas kepada UMNO dan Pas bahawa rakyat mahukan perpaduan membabitkan dua parti utama orang Melayu itu, walaupun mempunyai falsafah politik berbeza.

SERINDIK MERAH berkata, faktor itu telah menyebabkan sokongan pengundi Manek Urai kepada Barisan Nasional (BN) bertambah selain rakyat mula menerima perubahan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"SERINDIK MERAH melihat keputusan ini adalah sebagai amaran awal kepada UMNO dan Pas supaya mengetepikan perbezaan falsafah dan ideologi politik, apabila ia berkait dengan kepentingan Islam dan Melayu.

"Pengundi Manek Urai mahukan pembangunan, tetapi isu perpaduan juga menjadi matlamat utama mereka dan orang Melayu keseluruhannya," katanya.

DUN Manek Urai kekal di bawah Pas selepas calonnya, Mohd. Fauzi Abdullah, 50, menang tipis dengan majoriti 65 undi mengalahkan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, yang memperoleh 5,283 undi.

Majoriti Pas itu merosot sebanyak 1,287 berbanding majoriti yang diperoleh penyandang sebelum ini, Allahyarham Ismail Yaacob.

SERINDIK MERAH berkata, peningkatan sokongan di kalangan pengundi Melayu Manek Urai juga menunjukkan UMNO masih relevan dalam memperjuangkan nasib orang Melayu.

SERINDIK MERAH menegaskan BN dan UMNO perlu melipatgandakan lagi usaha, bagi menjayakan semua pembaharuan yang ingin dilaksanakan Perdana Menteri, supaya momentum sokongan rakyat kepada BN dapat dikekalkan sehingga menjelangnya Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

'ada ubi ada batas, ada budi kita balas'.


1 ulasan:

  1. Salam bro,

    Orang Melayu sudah dapat petunjuk bro, lama mana puak-puak PAS ini nak tipu mereka dengan agama, mereka juga perlukan pembangunan hidup sempurna sebelum ke akhirat.

    Bukan ke kemiskinan itu sebahagiandari ke kufuran.......

    BalasPadam