Selasa, 21 Julai 2009

Jangan Tangguk Di Air Keroh



SERINDIK MERAH amat kesal apabila kes kematian mendiang Teoh Beng Hock baru-baru ini dieksploitasi sebegitu rupa oleh pihak pembangkang sehingga menjadi sensasi.

Penulis-penulis blog berlawanan kerajaan mengulas isu ini dan komen-komen yang diberi amat serius dan sangat melampau. Ada antaranya berbau perkauman dan tidak masuk akal sama sekali.

Serindik Merah juga amat sedih akhbar-akhbar berbahasa Cina menyiarkan berita kematian berhari-hari hingga enam muka surat, sehinggalah hari pengkebumian. Mengalahkan berita kemerdekaan negara. Apa hal ini?

Pada blog Lim Kiat Siang anda boleh membaca dan menilai cara penulisan dan komen-komen diberi.

Serindik Merah tidak berniat membawa isu ini dari sudut perkauman, saya cintakan perdamaian dan kemakmuran seperti sekarang.

Tetapi bagi serindik merah ia seperti telah ada api dalam sekam dan kudis di badan telah merebak. Jika isu sebegini berterusan mungkin parah dan kemusnahan akan berlaku pada negara. Bagi mereka ini semua kerja buruk dan jahat Barisan Nasional serta UMNO.

Sehingga media-media berbahasa Melayu juga di hambur cerca. Pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus dicaci dan tidak dipercayai. Malah boleh dikatakan cubaan menghasut.

Serindik Merah juga kesal terhadap parti yang berjuang atas nama Islam ( PAS ) tetapi sanggup juga bersama mengepalai dan menjaja isu ini pada ceramah-ceramah yang diadakan.

Serindik Merah juga bersimpati kepada keluarga mendiang, juga berminat mengetahui punca kejadian sebenar dan menyerahkan kes ini pada pihak polis untuk menyelesaikannya dengan penuh profesional.

Sehingga kini serindik merah amat percaya dan penuh yakin kepada polis Malaysia menjalankan tugas. Tidak perlulah di adakan suruhanjaya bebas menyiasat perkara ini. Serindik Merah percaya kebenaran akan menjelma dan segala kemusykilan akan terjawab akhirnya.

Akhir kata Serindik Merah mohon dan merayu kepada rakyat Malaysia supaya dapat memikirkan perkara ini dengan penuh tawaduk dan melihat berdasarkan fakta yang jelas dan logik.

Kita tolak retorik yang pandai bermain dengan kata-kata manis dan kepetahan berpidato ( PAS,PKR dan DAP ) yang pandai mengambil kesempatan menggunakan isu untuk kepentingan diri dan kumpulan mereka.

KESIHAN MENDIANG..






1 ulasan:

  1. Salam,

    kalau menangguk di air keruh mudah dapat udang, kalau tak pun ular........... sebab tu puak-puak fuckan rakyat ni suka buat dari belakang....

    BalasPadam